Monday, March 23, 2009

stop!!.....continue...

gambar adik2 skspm 07 group aku, masa nie diorang tgh present kertas kerja..



Semalam, 22/03/09, kami semua terpaksa membentangkan kertas kerja yang telah disiapkan seminggu lebih awal sebelum tarikh pembentangan. Masa yang diperuntukkan untuk setiap group ialah 20 minutes termasuk Q& A session, tak boleh lebih.

Group ke-2, mengambil masa lebih dari yang sepatutnya. Bilangan slide di power point masih lagi banyak, tetapi mereka terpaksa pergi kepada bahagian penutup selepas diarahkan oleh pensyarah kami.. Erm..aku mula merancang strategi, macam mana nk habiskan 40 slide dalam masa 20 minute..

Jeng-jeng, tibalah kumpulan aku pulak present..Aku kupulan 5, dan aku juga merupakan 1st presenter..ERM....aku po mula lah mukadimah...

Tiba-tiba, dewan kuliahyang sebelumnya agak sunyi, menjadi riuh dengan suara teman-teman..aku terdengar percakapan salah seorang temanku (yang menjadi penonton, di barisan hadapan ),'amboi, lajunya cakap, nk kejar masa tu'...Aku hanya mampu tersenyum..

***************************************************************************
Selepas presentation aku selesai, tiba-tiba kenangan lama menggamit memori ketika aku present case study utk subjek neurology and ent..
Masa tu tiba giliran aku utk present, bila aku baca slide presentation tu, tiba-tiba lecturer aku kata, "stop..stop"..Sau kelas terdiam..Aku ape lg pucat and kaget la..
Pastu pensyarah tu tanya aku, "why are you read too faster, the audience can't catch what are you trying to say". Aku dah pucat dah (sebenarnya, subjek ni yg paling aku takut...memang mencabar lah...huuuuu)..

Lepas tu dia cakap, "you read it again, ok now start", aku pon start la bace..pastu dia kata, "ok, pause for a while, give time to your friends to digest the information". Ok, now continue......ok, Good..good, i wantyou to maintain this speed and the voice tone".

Memang malu giler la masa tu, rase nak lari je.. Tapi, bila terkenang balik rasa lucu pon ade..hehe,

**********************************************************************************

Berbalik pada presentation aku yang first tadi, aku cepat tu sebab bab aku yang aku rasa agak kompleks dan panjang sikit berbanding dengan kawan-kawan yang lain. Aku kene explain pasal patient's data, statistik, and pathophysiology of the disease.. Tu yang aku cakap cepat takut xdan masa..hehe, nasib baik tak kene tegur..


p/s: Ada sorang kawan aku pernah tanye, kenapa aku suka cakap cepat..Tergamam aku seketika, aku rasa aku cakap biase je, mungkin kerana dah terbiasa cakap cepat sampai aku sendiri pon tak perasan aku cakap cepat sebenarnya...

Menunggu waktu berbuka puasa;
:-)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...