Showing posts with label tentang wanita. Show all posts
Showing posts with label tentang wanita. Show all posts

Sunday, June 5, 2011

Menstrual cycle


Setiap perempuan yang dah akhil (yang dikenali sebagai wanita) akan melalui fasa kitara ini setiap bulan. Yes, every months except if you’re pregnant la kan.

Rata-rata aku perhatikan dan melalui pengalaman aku sendiri, ramai dalam kalangan wanita ni tak faham or salah tafsir pasal kitaran haid mereka. 

kaedah kalendar memang berkesan if korang nak pastikan period korang consisten ke tak.




“bulan lepas aku datang period 12hb. Tapi hari ni dah 20hb da, nape period aku tak datang lagi ni?”
“Period ko tak tetap la tu. Aku punye bulan lepas 10hb, dan bulan ni pon 10hb jugak”,
“Weh jap, aku punyer dua kali la sebulan. Awal bulan sekali and hujung bulan sekali. Camne ek?”

Contoh diatas tu merupakan antara dialog-dialong yang biasa kedengaran dalam kalangan kawan-kawan wanita ku. Come on la my dear, tak kan pasal fisiologi diri sendiri pun tak taw. Meh sini aku habaq kat hagpa sume.

Kalo hagpa sume nak taw samada kitaran haid hangpa tu tetap ataupun tidak, hagpa kene faham dulu apekah yang dimaksudkan dengan TETAP sebelum hangpa sume buat conclusion bahawa kitaran haid hangpa tidak tetap.

Definisi kitaran TETAP.

Kitaran tetap bermakna antara 25 hingga 35 hari, iaitu pengiraan daripada hari pertama pendarahan kepada permulaan haid selepas itu. Faham tak??

ok camni, dengan kata mudahnye, korang kene kira berapa lama (hari) dari hari pertama period korang dengan next period pada bulan depan. Contohnya, hari first period korang pada bulan april jatuh pada 10hb manakala pada bulan mei, korang datang period 15hb. Ini bermaksud kitaran haid korang ialah 35 hari. Jadi pada bulan Jun mungkin period korang akan jatuh pada 18hb. 

Tapi before  tu, korang mesti betol-betol confirm la kitaran period korang before korang  expect the day yang korang akan datang period. Caranye senang je,  setiap kali period korang kene catat tarikh period korang.korang catatla dalam 6 bulan ka. Pastu tengok, konsisten tak period korang. Pastu bolehla korang buat conclusion samada period korang tetap ataupun tak. 

Sekarang faham tak? Korang semua memang normal jika korang tidak mengalami haid pada tarikh yang sama pada setiap bulan. Don’t worry k, it’s normal my dear. 

p/s: ader banyak sebab yang mendorong kitaran haid yang tidak tetap.
      picture credit to google.com

Friday, April 15, 2011

Aku dan mesin basuh..

Memang diakui penggunaan mesin atau peralatan elektronik telah meningkatkan produktiviti dan megurangkan tugas manusia. Hal ini kerana, dengan adanya alatan canggih secara tidak langusng ia telah membantu meringankan tugas dan beban manusia. Contohnya, dulu-dulu kalau nk bancuh simen, tukang rumah terpaksa bancuh sendiri, tetapi dengan kemajuan teknologi sekarang ini, mesin pembancuh simen telah diciptakan. Jadi secara tidak langsung dengan menggunakan mesin pembancuh simen ini, masa yang digunakan oleh pembancuh simen untuk membancuh simen dapat dikurangkan..ha, sekarang korang faham tak??


Ok, tapi hari ini aku bukan nak citer pasal mesin pembancuh simen ni. Ini hari aku mau citer kisah aku ngan mesin basuh.nape aku tak suka ngan mesin basuh ni???

*****jeng jeng jeng****jum follow aku

Masa aku kecik-kecik dulu, family aku boleh dikategorikan sebagai keluarga miskin, kais pagi makan pagi n kais petang makan petang. Gitulah gamaknye, keadaan kitaorang pada waktu tu. Jadi, kat rumah aku waktu tu, semua kerja dibuat secara manually, dari basuh kain, masak nasi, sapu karpet, basuh karpet, basuh tandas, basuh bilik air dan sebagainya. Kita orang adik beradik akan bergotong royong membersihkannya.

Waktu aku kecik dulu, akak aku je yang banyak buat kerja, aku yang kecik ni rilex je, tolong kacau ader la. Tiba masa aku naik sekolah menengah, akak aku masuk asrama. Jadi, tinggal lah aku je perempuan yang besar dan boleh diharap kat rumah oleh ibu aku untuk jaga adik-adik aku yang dua orang lagi tu. Selalunya, bila aku balik je dari sekolah, abang aku da siap masak nasi da. Lauk mak aku da siapkan sebelum dia pergi keje pagi tu. So, tugas aku ialah, basuh kain dan basuh pinggan mangkuk, kuali serta periuk belanga kat dapur. Yang paling aku serik sekali ialah, bab basuh kain..memang aku surrender. Kalo boleh memang tak nak basuh kain. kalo sikit takpe jugak, nie satu besen besar, huhu..
~ma, xmo dah basuh kain banyak-banyak, sob3~

Bila aku masuk matrik, aku still basuh baju guna tangan. Kalo nak guna mesin basuh, kene masukkan syiling 50 sen empat keping. Yang aku paling tak tahan basuh kain guna mesin kat matrik ni, kene beratur ikut turn nak basuh kain.hangpa mesti tercongok kat depan mesin basuh tu, tunggu turn. Kalo hangpa takdak konfem-konfem ader orang potong line. Sat lagi dia amek bakul kain korang letak blakang skali…bengang kan???

Pastu, kalo kain korag da siap dimesin dan korang lambat keluarkannya dari mesin, haa siap la korang. Korang carik la kain korang tu kat ceruk mana-mana..uh, tensen sungguh.

Bila akak aku belikan mesin basuh kat rumah, akulah orang yang paling excited sekali nak basuh baju. Huhu, semuanya dihujung jari…tada, 15 minit kemudian, kain sume da siap dibasuh, dan dikeringkan. Siap letak softener skali tu..tapi, panas yang disangka ke petang rupanye hujan ditengah hari..sape punyer kerja pun tak tau, aku tengok seluar putih kesayangan aku bertompok-tompok color merah…

Waaaaa…cilake. Ni mesin punye pasal la ni. Sape yang masukkan seluar putih aku dalam mesin basuh, dah tu, baju sape lak yang luntur?? Oh

Lagi, masa tu aku nak keringkan baju sekolah aku. Sehelai ja. Tapi muatan mesin da penuh. Aku sumbat jugak, tak kira (takkan nak spin selai je baju kn?). Masa nak jemur tu, aku tengok, lengan baju sekolah aku koyak..adui, dah ler aku bawak selai je baju sekolah pergi rumah mak cik aku..masalah betol la. Baju sekolah baru lak tu..jadi terpaksalah aku pakai baju sekolah buruk p sekolah pada tahun tu. huk3

Kalo korang perasan la kan, tiap-tiap kali basuh dengan mesin, ader tak habuk-habuk or sabun lekat kat pakaian korang???ader kan? Pastu, kene amek basuh lagi sekali. Da buang masa da kat situ, basuh benda yang sama pada waktu yang sama berulang kali.

Lagi, basuh baju ngan mesin basuh bukannye bersih pun. Kalo hang setakat berpeluh tu, bolehla basuh baju guna mesin. Tapi kalo hang ni jenis yang aktif, bek hang basuh baju guna tangan. Biar penat sikit, asal puas hati. Ye dakk???

Ha, itulah sebab-sebabnye aku tak suka baju-baju aku dibasuh guna mesin basuh :) mungkin jugak sebab aku dah terbiasa basuh baju guna tangan kot~hmmmmm

p/s: suka sangat tengok air menitik-nitik dari baju yang kita basuh di ampaian. Cam ader satu kepuasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...