Showing posts with label oh dunia. Show all posts
Showing posts with label oh dunia. Show all posts

Monday, June 6, 2011

Jodoh itu rahsia Allah


Tiba-tiba lak tergerak hati nak menulis pasal jodoh hari ini. Bukan ape, dok tengah boring-boring semalam sempat gak aku layan citer ayat-ayat cinta. Even dah banyak kali tengok dan dah khatam pun novelnye, semalam baru terperasan benda ni.

Ingat tak masa Aisyah suruh fahri kawen ngan maria. Fahri tak nak kan??lepas Aisyah cakap ayat ni, barulah terbuka hati fahri untuk kawen ngan Maria.

“jodoh itu rahsia Allah”

Betol-betol. Jodoh tu memang rahsia Allah. Kalo kita dah tahu sape jodoh kita, tak yah la pening-pening kepala lagi dok kapel and pikir pasal jodoh  kan? Kan?? Hidup senang, hati pun riang..hahaha (erkkk ye ka??) 

sabar menghadapi ujian hidup...kerana jalan keluar yang tidak mempunyai jalan keluar ialah SABAR

Saturday, June 4, 2011

Apa nak jadi???


Bangun je pagi-pagi, mesti belek surat khabar selai dua. Baca mana-mana berita yang menarik. Macam hari-hari yang lepas jugakla, frontpage paper metro mesti pasal jenayah.

Aduh, ape nak jadi ni??every day, mesti ader je cite-cite camni. Citer yang dok buang bayi merata-rata ni cam tak de penghujungnya.hampir tiap-tiap hari ade dalam paper. Cam sampah lak diorang treat bayi ni. Istighfar panjang aku bila bace berita yang bayi kene buang dari tingkat 5 apartment tu. Astagfirullah hal azim, ape nak jadi ni.Kadang-kadang tension jugak bila hari-hari dok hadap and bace citer macam ni kan. Apa nak jadi ni???
Agak-agaknye kan, orang m’sia sekarang ni ramai yang ‘sakit jiwa’ kot. Nampak dari luaran cam ok jer, tapi taw-taw pembunuh, perogol bersiri, penagih dadah.huh, Seram bangat ni.

Malas la aku nak citer pasal ni pagi-pagi ni, buat down aku jer. Jom cari kata-kata motivasi untuk pagi ni. Semoga hari anda akan selalu ceria!!!! Peace no war!!

Kata-kata untuk hari ini:
LIVE LIFE TO THE FULLEST!!!!
p/s: ingat siapa korang pada hari ini akan menentukan siapa korang pada hari esok. jadi jangan kotorkan sejarah hidup korang dengan benda-benda yang tak berfaedah. sekali korang buat jahat, sejarah hitam tu akan terpalit dan kekal dalam lipatan hidup korang selama-lamanya. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...