Showing posts with label coretanku. Show all posts
Showing posts with label coretanku. Show all posts

Wednesday, September 11, 2013

Off day...

assalamualaikum w.b.t..

Hari ini aku off day selepas kerja malam 2 hari berturut-turut. Tapi ku gagahkan juga hati dan kaki ini untuk melangkah masuk ke ofis etiqa walau sekejap.

Misi untuk bulan ni untuk dapatkan 4 kes sahaja. Walaupun nampak macam sikit, tapi kalo tak berusaha jenuh jugak nak mencari tu. Rezeki tak kan datang bergolek kalau tak diusahakan. Pokok pangkalnye kena usaha. 

Walaupun sikit, tapi lama-lama kalo kita konsisten buat, nanti jadi bukit jugak kan. Jadi, aku try buat slow-slow untuk cari lagi satu kes untuk bulan september. Moga-moga dimudahkan oleh Allah. Ameen

Owh, lupa nak update, skrg da kerja jadi nurse balik, huhu..menyarung kembali pakaian yang beruniform itu. Tapi kat tempat lain. Moga dimudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki...amin

 

Monday, October 22, 2012

hakikat yang terpaksa diterima

sampai pada suatu masa dan ketika diri kita akan rasa penat dan jemu untuk berusaha. setelah berulang kali berusaha tetapi masih juga menemui jalan buntu dan kegagalan membuatkan motivasi diri semakin menurun. akhirnya kita berserah saja pada takdir. mungkin begini agaknya aturan tuhan untukku. terima apa adanya.
walaupn kadang-kadang agak pahit untuk ditelan dan dicernakan, tetapi kita terpaksa jua.

menyedari hakikat kita sebagai HAMBA..membuatkan kita akur akan aturan ilahi..ya, kita ini hamba.siapa kita untuk mempersoalkan apa yang telah ditetapkan. terimala takdir seadanya.

kadang-kadang, menulis lebih senang dari menghadapi realiti itu sendiri. ya, itu aku akui. jadi untuk menghilangkan bebanan dihati ini, aku menulis. menulis apa saja yang bermain dan berlegar-legar difikiran. dengan harapan ia tidak menyesakkan kotak fikiranku ini.

hari-hari yang dilalui terasa seperti biasa, cumanya aku perlukan satu semangat yang luar biasa untuk cekalkan hati ini menyarungkan uiform ini. bukan tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan, tapi entahlah..hati ini..

ya, ini masalah hati. hati ini tidak lagi berada disini. jadi, bagaimana lagi harusku melangkah andai hati terasa kosong???

Friday, October 12, 2012

nasi lemak goreng

"auuum....auuum", sayup-sayup terdengar di hujung talian orang sedang mengaum.
"yah, tu 'harimau' mana tu yang nak makan orang tu?" "auuummmm", ajukku pada kakak ku.
"si nana dan ari la tu, tengah makan nasi" balas kakak ku.
"owh..kak long mana?"tanya ku lagi
"kak long, uteh nak cakap ni" panggil kakakku. kak long (nana) baru berusia lima tahun, sudah pandai membaca dan menulis dah. mulutnye kalo bercerita, pot pet pot pet sampai penat kita mendengarnya. daya imaginasi memang tinggi sangat. kadang-kadang sampai tak tercapai dek akal warasku ini, hhuhu

"kak long buat ape?"
"makan nasi..nasi lemak goreng"
"wah..sedapnye..aaauuum...aauuumm, sedapnye"
"aauumm..aauumm"ajuknye sambil mengekek.pecah ketawa aku.

tapi, yang musykilnye, cammane nasi lemak goreng tu? em, tak pernah pulak aku jumpa dan makan sebelum ini. hati bagai digaru-garu je nak tahu kakak aku beli kat mana nasi lemak goreng tu. camner agaknya rasa nasi lemak tu. sedap ke, lemak tak?macam-macam lagi yang bermain kat fikiran ni.

bila telefon sudah beralih tangan, aku tanye kakak aku, camne rupanya nasi lemak goreng tu?
"nasi goreng campur ikan bilis masak sambal, jadilah nasi lemak goreng", beritahunya sambil tergelak.
"huh??aku dah macam hilang idea.
"oo..okey, aku ingatkan macam mana yang selalu dengar nasi kerabu goreng je"
aku pun mengaum dekat kakak aku"aauuummmmm", tekekek-kekek kakak aku gelak.haha..sambil tu aku masih lagi terdengar anak-anak buah aku mengaum..

Alahai sayang, makan la dulu. pastu baru boleh main.teringat waktu kecil-kecil dulu. kitaorang sume 9 beradik. yang da besar-besar tak masuk port. yang kecil-kecil je lebih kurang 5 orang semua. waktu makan duduk bersila dilantai dalam bulatan. dalam pinggan masing-masing dah ada lauk dah. sape yang makan paling cepat, kirenya sapa yang habis dulu dialah yang paling hebat. Juara la katakan. selalunya abang yang no 3 la yang jadi juara. nasi bersepah-sepah tak kire, janji sape makan habis dulu dialah juara. gelaran no satu tu memangla mahal waktu tu..

tiap-tiap kali makan ader je gamenye. tula namanya pun budak-budak.main je kejenye. tak payah fikir apa-apa. rasa nak makan nasi minta je kat mak atau kakak yang besar, "mak nak nasi".mesti diceduknye.

bila da besar ni sume kene buat sendiri. pikir dan selesai masalah sendiri. nak makan pun kene cari duit sendiri dah T_T...serius, rindu giler zaman kanak-kanak dulu, mandi ramai-ramai dekat kolah, pergi sekolah naik basikal membonceng ngan abang, zaman mak suapkan nasi dan macam-macam lagi.

i wish masa dapat diputar kembali ke masa dulu. tapi, tak mungkin kan??

Tuesday, October 9, 2012

ku pinangmu dengan bismillah

amboi..amboi tajuk post tak leh tahan tu. gempak gitu..hehe

ni bukan pasal aku nak p pinang mana-mana jejaka. tidak sama sekali. ni pasal lirik lagu nyanyian rossa dan kumpulan unggu. mula-mula tak berapa perasan sangat pasal lagu ni. kerap jugak la dengar lagu ni berkumandang kat radio. tapi tak kesah pun.

sampai la suatu hari, dimana aku sedang menggodek internet dan bukak youtube. tapi tak tahu nak tengok ape. tiba-tiba mata ku terpandang tajuk lagu ni..KU PINANGMU DENGAN BISMILLAH..
em, cam sweet je tajuknye. lalu aku pun klik la videonye..ok la..huhu

tapi, part tajuk tu memang tak leh blah..terasa hati bagai ditarik-tarik untu tengok video lagunya. video biasa je. tajuk yang bikin gempak tu.

berharap agar bakal en suami cakap ayat ni kat aku..huhu =)..bakal en suami, please take note ya!!i'm waiting =P

Saturday, June 30, 2012

Debaran di jiwa

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, hari ni masih lagi diberi kesempatan dan waktu oleh allah untuk mencoretkan sesuatu di belog kesayangan ini.

Entah mengapa sejak dua tiga hari ni hati asyik berdebar-debar je. Macam ader sesuatu yang tak kena atau bakal terjadi (sesungguhnya Allah maha mengetahui segalanya). Buat kerja pun tak boleh fokus sangat. Benda remeh pun boleh buat silap.Ya Allah, kenapa debaran hati ini berdetap tidak tenang. Mudahkanlah ya allah, mudahkanlah...amin. Itu adalah diantara ungkapan ku sejak dua tiga hari ini sebelum pergi kerja dan semasa  kerja..

Aku cuba kuatkan diri dan fokus..fokus. Tak mahu fikir yang negatif. Sentiasa positif. Teringat kata prof dr muhaya, kita yang menentukan samada kita ni bahagia atau tidak. YA, hanya kita yang boleh menentukan kebahagiaan diri kita.

'Apa yang kita fikir, itulah yang akan terjadi' begitulah kata-kata prof dr muhaya yang aku ingat. Allah juga berfirman yang bermaksud, "Aku sesuai dengan tanggapan hambaKu terhadapKu". Jadi aku mesti berfikir positif dan berkelakuan positif. Insya'allah, aku tak akan membiarkan keadaan serta masyarakat sekeliling mengganggu emosi dan sekaligus meragut kebahagiaanku.

Ya Rahman, sesungguhnya solatku, ibadahku hidup dan matiku hanya padamu. Ameen

picture: credit to google.com

Tuesday, November 22, 2011

buruk

"Tulisan doktor memang semua buruk ek?"
"Nape adik tanye camtu?"
"tu, tulisan abang tu, buruk je"

Wednesday, October 26, 2011

ler moh fellow kite vacation, are we not?

during the school holidays soon da, da kinds of plans that have been planned together with other friends. mintak-ngan mintakla all plans run smoothly.
 I plan to go hiking to the mountain Stong tu day were canceled coz they left for the mountains Stong on Thursday morning. so, me and the gang frust menonggeng can not go, go Posted jugak school .. T_T so sad next week, the children happily start da exam. 2 weeks old. Posted diorang exam finished, I go camping boys lak ngan degree 6. 
Credits, holidays .. Yahooo! bestnye =) Credits, starting at the plan I n the gang. ask-mintala not rain soon, I was delayed again Posted at kitaorang plan. oh yes, the end of this week insha'allah, I went pilot silver cape. go interview .. good luck an approved leave pk tu me. wish me best of luck ya! daa .. see u later =)  
bahasa ape ni???aku pon pening nak baca nih!!google chrome punye pasal la ni. saje aku nak test camner dia nak translate blog aku jadi english. nilah hasilnya.
cer korang buat jgak..
p/s: cik arija yang xder kerja dan kebosanan dengan kata lain malas ler..k, adios

Friday, August 12, 2011

salam ramadhan

lama rasanye tak update blog ni.maklumlah banyak sangat peristiwa yang berlaku yang menuntut diberi lebih perhatian..daripada episod pindah rumah, kemas rumah, kenduri and laptop plak buat hal..jadi, blog ni seakan-akan terabai buat seketika.

rasanya belum terlambat lagi kot nak wish salam ramadhan kat kengkawan semua. semoga ramadhan kali ini membawa seribu rahmat dan kebaikan buat kita semua. Insha'allah =)

Friday, July 8, 2011

bicara hati


Tatkala sendirian hatiku terdengar degupan cintamu…….
Bukan aku pinta untuk jatuh cinta. Mungkin satu ketentuan bahawa kita memang telah dijodohkan. 

Aku tidak pasti sebenarnya! Adakah wajar tindakan kita dalam mencipta ikatan yang tidak pernah aku fikirkan selama ini?

Tanpa kasih sayang seperti pasangan lain, kau dan aku bersatu! Jangka waktu yang kita ambil untuk menyempurnakan ikatan ini akhirnya telah menghayutkan kita dengan perasaan sayang anegerah TUHAN. Aku berjaya menempatkan perasaanku dalam jiwamu dan kau telah mencuri hatiku ini tanpa aku sedar.

Tetapi, mengapa mesti kita berjauhan hanya kerana sedikit rintangan yang datang dalam kehidupan kita? Jadi…jangalah kau meninggalkan aku bersama-sama kerinduan yang hanya akan menjadi milikmu.

Pulanglah! Kerana hanya kau yang kurindu…  

15/04/2010, 1746 hours........

Sunday, June 19, 2011

Kisah cik arija, bawang putih dan cik jerawat part 2


Semalam aku ada cerita kan pasal muka aku yang ‘bengkak’ akibat serangan cik jerawa batu ni.
Natijahnya, hari ni aku amek cuti, p klinik. Lama dah rasanye tak pergi klinik as patient. Lain plak rase. Dah tak tahu da macam mane prosedur dia. Yang aku ingat mula-mula kene p daftar. Lepas tu tak ingat dah. Nasib baikla akak kat kaunter tu bagi tahu kene pergi mana lepas tu.

Jadi, kisah aku dengan cik jerawat ni sudah berakhir apabila seorang MA (medical assistant) yang hensem tu bagitahu, ‘owh, takpe nati ‘dia’hilang sendiri la ni..dalam masa 2 atau 3 hari lagi hilang la ni’…lega siki hati aku mendengarnye.
*hensemnye* kamooooo!!!!
Walaupun begitu, aku still lagi worried..takut tinggal parut plak nati..huh!!! MA yang hensem tu suggest, p cari ubat hilangkan parut kat farmasi..adeh bang, ujung-ujung bulan ni ayang xder duit la.camne?? aku cakap dalam hati je ni, gile kalo aku cakap macam ni kat MA tu, hahaha, nati tak pasal-pasal aku kene cop meroyan..haha

Ape-ape pun tolong doakan aku ye, semoga cikjerawat batu ni tak tinggalkan parut kat muka aku.amin =) 

Ps: nak bonjella?? Sape gigit bibir mulut awak???

Saturday, June 18, 2011

Kisah cik arija, Bawang putih dan cik jerawat

Setiap wanita pasti menginginkan kulit wajah yang bersih, putih, gebu dan tanpa sebarang cela. Tipu la kalo ader sape-sape yang cakap dia tak suka kulit yang bersih….

biarpun hitam, asal bersih. Ya, biar hitam, asal BERSIH..sejuk je mata memandang

Bila nampak je jerawat mula menampakkan diri, mesti kita rasa worried giler kan. Down je..begitulah juga ape yang aku rasa.

Demi menghilangkan jerawat batu yang baru berusia sehari ini, aku mencuba petua yang diambil dari internet. Petua dia simple je.  Ape dia??
Ambil seulas bawang putih kemudian tumbuk sampai hancur. Lepas tu, tempek kat tempat yang ader jerawat tu.
owh bawang putih!!kalo jeruk sedap jugak ni

Pada pukul 1 pagi, aku memulakan operasi ini..ketung..ketang  ketung..ketang..alu dan lesung batu berbunyi..bila aku tempek bawang putih ni kat tempat jerawat tu, mak aiiii panasnye rasa. Tapi aku sabar je…..sabar, sabar kan nak cantik, bisikku dalam hati sampai aku terlena

Bangun je dari tidur, awat aku rasa muka aku lain macam je ni? Aih, tak boleh jadi ni..aku amek cermin..belek-belek muka aku. 

Ya, allah awat makin teruk ni..bengkak plak dah..huh, camne nak p sekolah esok ni??? malu la aku T_T

 So, moral of the story ialah, jangan sesekali mencuba sesuatu yang kita tak pernah cuba..tambah-tambah area muka.mungkin benda tu sesuai bagi orang lain tapi tidak bagi kita..so be careful ya!!!!

p/s: seperti tikus membaiki labu =( ku kecewa

Wednesday, June 15, 2011

nora elena


Aku tak follow sangat pun citer ni. Kalo boring tahap gaban baru aku tengok. Seingat-ingat aku dua episode je aku tengok citer ni. Kalo adik aku memang tak penah miss. Asal pukul 7 je mesti tercongok kat depan tv, asal dia tercongok kat depan tv je mesti pukul 7<;;;;;;;;;;;; hehe, contoh je nak tunjukkan betapa komitednye dia ngan cerita tu.

Sepanjang dua episode yang aku tengok ni (bukan berturut-turut), aku ader terperasan satu benda..emmm musykil jugak aku. Adakah citer nora Elena ni adaptasi dari sebuah novel??

Kenapa aku berkata begitu?sebabnya, aku pernah terbaca novel ni dulu. Tapi aku dah lupa dah tajuknye ape and penulis novel tu sape. Tapi jalan cerita nora Elena ni sebijik-sebijik sama ngan novel yang aku penah baca tu..

Em..musykil jugak ni. Jap, aku nak godek-godek tenet jap. Nak cari pasal nora Elena ni.

aiii.....nak cari laki yang ideal camni, dlm mimpi pun tak dapat aku ase, huhu

Hah!!memang sah, citer nora Elena ni memang adaptasi dari sebuah novel..Kasih yang suci
Telahan aku memang tepat and mengena =)
kalo sape2 yg xder masa nak baca buku ni, leh layan citer ni kat tv 3..tapi feel baca buku and tengok kat tv tak kan pernah sama even jalan ceritanya sama..percayalah cakap aku..TAK KAN SAMANYE...kan dah huruf besar tu, siap bold lagi =)
 p/s: gambo cam biasala, cekau kat google.com....info ni aku dapat kat belog ni, masa tengah mencari tadi.............silalah kelik kalo nak taw sinopsis dia

Sunday, June 12, 2011

Biar betik?????


Aku bukan nak cerita pasal betik . Tapi ingin menceritakan rasa terkejutku. Memang terkejut. Bukan main-main ni

Duda idaman Malaya telah dirampas orang daaa. Siapa tu??? Siapa lagi, ni kisah si yusry kru la. Bukak je televisyen, terus mata terfokus pasal tengok yusry and lisa…OMG, diorang mengaku tengah bercinta oooo


Memang agak terkejut beruk jugak la. Adakah aku serang je yang baru tahu ni??? Coz masa aku godek-godek tenet cari gambar lisa and yusry, rupanya khabar angin ini sudah lama tersebar..demmm awat aku baru je taw, memang ketinggalan sungguh ahk

Walaupun frust menonggeng-nonggeng, aku tetap merestui hubungan kalian berdua. Eh, perlu ka? Penting sangat ke ko pada diorang tu??? Piiiirahhhhh….., Diorang tak perlu restu dari ko la cik arija, jgn nak perasan k…diorang pon tak kenal ko, ko je eksen lebih….

huhu, ok ok, aku angkat bendera putih ahk

Apepun, semoga diorang bahagia la. Sweet sangat tengok lisa and yusry bersama. Lisa yang ayu, and simple je..i like it…

so sweet la, buat i jeles je, haha
 p/s: picture credit to google lah, mane lagi nak cekau gambo2 ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...