Showing posts with label Luahan hatiku. Show all posts
Showing posts with label Luahan hatiku. Show all posts

Sunday, October 6, 2013

semoga terus diberi petunjuk

assalamualaikum dan salam malam isnin..........

Memang aku akui sudah jarang berkesempatan untuk update blog ni. ketiadaan internet dekat rumah menyukarkan dan menyulitkan keadaan untuk sentiasa update blog.

Perkembangan diri yang terbaru, tak ade apa rasanya. still macam dulu juga cumanya sangat-sangat bersyukur sekarang ini sebab dah temui rentak kerjaya yang agak selesa dan stabil. alhamdulillah.

Sekarang tengah masih lagi berusaha untuk mengukuhkan bisness dalam bidang etiqa. semoga allah terus berikan kekuatan untuk melakukan dua kerja dalam satu masa. amin

Baru-baru ini hidup aku sikit tunggang langgang gara-gara ikutkan sangat kata hati. Rasanya tak perlulah aku nak explain detail kat sini, cukup aku je yang laluinya..Insya'allah, aku rasa aku sudah buat keputusan yang terbaik untuk diri aku. semoga percaturan aku kali ini tidak tersilap lagi.

Semoga aku terus diberi petunjuk hidayah dan istiqamah dengan apa yang aku sedang lakukan sekarang..amin




Sunday, September 22, 2013

saat diuji dengan nasihat sendiri

salam...........

Terasa lemah badan dan urat sarafku. Hidup kembali kelam kabut sekarang ni, tidak kutemui rentak hidupku.
Benarlah kata-kata yang pernah aku dengar, kadang-kadang kita akan diuji dengan kata-kata kita sendiri.

"kau tak kena sedap la kau cakap"
"sabar, sabar!!sampai bila?"
Ya, sekarang aku tengah diuji dengan kata-kataku sendiri. Nasihat yang kulemparkan kepada 'teman tapi mesra' terpantul terpalit, sedang menguji diriku saat ini. Nasihat dan harapku agar dirinya berubah dan menjadi lebih baik.........

Segala usaha dan daya serta nasihat secara percuma telah ku berikan. Nampaknya, semakin aku ingin menolong dirinya seakan-akan aku turut terheret sama dalam situasi dirinya..

Macam manakah ini??? 
Ya Allah, berikanlah aku petunjuk..mudahkanlah urusanku dan jauhkan kami dari tergoda dengan bisikan syaitan..amin

Jiwa Kacau, 3.25 am

Thursday, October 25, 2012

i've tried my best

i think i've tried my best..yup, i did my best for the interview session last mont. study all night long, balik keje je study sikit, walau penat pon selak jugak note-note lama. sambil tu doa tak putus-putus supaya allah mudahkan urusan temuduga tu. alhamdulillah, masalah cuti settle.

lepas interview last month tu rasa lega sangat-sangat. tak pernah rasa setenang ni before this. melangkah keluar bilik interview dengan penuh semangat sambil bersyukur sangat kat allah coz permudahkan urusanku.

hari ni, member sms suruh tengok email, keputusan interview tu dah keluar. alhamdulillah, dia lulus. tapi, aku failed. frust jugak la. tapi tak seteruk tak lulus kastam dulu. aku terima dengan hati yang terbuka. mungkin ini ketentuan tuhan untukku. mungkin ader rezeki yang lebih baik menanti. tapi sampai bila ya allah. aku dah tak sanggup dah nak lalui hidup kat sini. kalo aku berhenti nati, aku nak keje ape?? aku tak nak jadi penganggur dah. tolong aku ya allah..

tambahan sekarang ni teman tapi mesra lak buat hal. ya allah lapangkan hatiku dengan dugaanmu ini. aku dah tak sanggup ya allah.

mama, kak yah, sorry im dispoint you all. but, i've tried my best after all.(T_T)...aku pon tak tahu kenapa rezeki untuk aku seakan-akan terlalu sukar. ya allah, jika rezekiku berada dilangit kau turunkanlah, jika dibumi kau keluarkanlah, jika haram kau halalkanlah dan jika susah kau mudahkanlah..amin ya robbal'alamin

Monday, October 22, 2012

hakikat yang terpaksa diterima

sampai pada suatu masa dan ketika diri kita akan rasa penat dan jemu untuk berusaha. setelah berulang kali berusaha tetapi masih juga menemui jalan buntu dan kegagalan membuatkan motivasi diri semakin menurun. akhirnya kita berserah saja pada takdir. mungkin begini agaknya aturan tuhan untukku. terima apa adanya.
walaupn kadang-kadang agak pahit untuk ditelan dan dicernakan, tetapi kita terpaksa jua.

menyedari hakikat kita sebagai HAMBA..membuatkan kita akur akan aturan ilahi..ya, kita ini hamba.siapa kita untuk mempersoalkan apa yang telah ditetapkan. terimala takdir seadanya.

kadang-kadang, menulis lebih senang dari menghadapi realiti itu sendiri. ya, itu aku akui. jadi untuk menghilangkan bebanan dihati ini, aku menulis. menulis apa saja yang bermain dan berlegar-legar difikiran. dengan harapan ia tidak menyesakkan kotak fikiranku ini.

hari-hari yang dilalui terasa seperti biasa, cumanya aku perlukan satu semangat yang luar biasa untuk cekalkan hati ini menyarungkan uiform ini. bukan tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan, tapi entahlah..hati ini..

ya, ini masalah hati. hati ini tidak lagi berada disini. jadi, bagaimana lagi harusku melangkah andai hati terasa kosong???

Friday, October 19, 2012

punca ketenangan

huh!!! pagi-pagi lagi dah mengeluh. tak berapa bagus ni. jangan tiru ek..ni bukan mengeluh pasal nasib diri, tapi menghembus nafas tanda kelegaan yang teramat sangat..alhamdulullah

seperti yang diwar-warkan dalam beberapa post yang lepas, this month is busy month and chaotic month! jadual kerja yang tak menentu, tidur yang tak berapa nak lelap dengn badan yang lemah dan lesu..macam-macam rasa yang ada bila jadual tidur tidak menentu. akhirnya, ubat jadi peneman setia. bila rasa nak sakit tekak terus amek antibioik makan, rasa nak demam amik panadol makan, rasa sakit badan sikit-sikit terus makan ubat. rasa NAK je, terus makan ubat coz tak nak sakit tu jadi melarat. kalau dulu punyalah liat nak makan ubat, lebih rela demam dan selsema sampai hingus meleleh-leleh daripada makan ubat. but now, the situation is different. tak boleh buat perangai macam budak-budak lagi dah...i'm growing

em..bila dah buzy semacam ni, ramai pulak members and teman tapi mesra komplain,"call tak angkat, sms pun tak jawab, hang buat ape?"..huh, cammane nak jawab tu? susahla kalo orang tak mau paham ape yang kite cakap dan cammane bidang keje kite ni. tensen jugak kadang-kadang. berapa kali kene cakap? keje i tak tentu masa, tambah-tambah lagi for this month, cuba tahan dan faham situasi i ni. tak kan setiap kali kita mesti gaduh perkara yang sama kan??i think, kadang-kadang silent is better. tak sakit hati. balik keje tidur

time makan pon dah tak teratur sekarang ni. kalau diberi pilihan antara nak makan dulu ke tidur? of course i akan pilih tidur dulu, lepas bangun tido baru makan. kadang-kadang naik bengang jugak bila tengak syok-syok tidur tu, orang kacau. waktu tu je yang ader untuk kite nak rest, paham la sikit kan.makan pon sanggup tolak tepi semata-mata nak rest.

hari ni lega sikit, masuk keje malam..jadi pagi ni boleh la lepak-lepak sikit. kemas bilik yang dah berabuk berapa minggu dah tak sapu T_T..

hati rasa tenang, aman dan damai je bangun pagi ni. tak der nak kelam kabut bersiap pergi keje. lepas solat, baca surah kahfi, memang rasa tenang giler-giler..kalau hari-hari biasa, memang kelam kabut. cuba bayangkan, habis keje kadang-kadang pukul 3-4 pagi, pastu kol 8 pagi dah kene masuk keje balik dah. kalo dah waktu keje camni, selalunya lepas solat subuh i sambung tidur kejap and 750 am baru bangun. memangla kelam kabut coz waktu keje kol 8 am. nasib baik asrama and tempat keje dekat je. lewat 10 minute biasala tu...huhu, jangan tiru perangai tak elok ni

hari ni tek der kelam kabut. bangn tidur senyuman melebar je..hehe.

Sunday, October 7, 2012

ikut resmi padi

dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...

em, dalam hidup ni banyak peristiwa yang berlaku, yang secara tak langsungnya mengajar kita erti kedewasaan, kematangan.. ada suka, ada duka, ada tawa, ada tangis dan bermacam lagi la rasa untuk melengkapkan aroma dalam hidup kita. macam masakan juga, kalo tak cukup rempah ratus dan bahan-bahan, masakan kita tak sedap kan??tak de ummmph, orang kata.

begitu jugalah dengan hidup kita ini. ada macam-macam rasa.tanpa rasa tersebut, mungkin hidup kita akan tawar dan jemu. walaupun pahit untuk dilalui waktu ini, tapi percayalah ia akan menjadi penawar yang terbaik buat kita suatu hari nanti. insya'allah.

aku percaya nasib dan ketentuan hidup seseorang semuanya sudah tersusun dan teratur sebelum kita dilahirkan lagi. cumanya, kita perlu usaha sikit je untuk kearah itu. sebab kita tak tahu ape nasib atau rezeki kita. sebab itulah kita dinasihatkan supaya berusaha bersungguh-sungguh sambil tawakal dan berdoa.

contohnya macam aku sekarang ni. walaupun dikatakan boleh hidup agak mewah dengan hasil kerja kat tempat ni, tapi hati aku tak senang, tak gembira.asyik stress je. tapi, setiap pagi aku akan positifkan minda dan fikiran aku supaya ianya tak memberi kesan pada hasil kerja aku. aku percaya, mesti ada sebab kenapa allah hantar aku kerja kat sini. tak mungkin allah buat sesuatu tanpa sebab. tu yang menjadi penguat semangat aku selama ini.

dan aku berharap dan berdoa semoga keadaan ini tidak berterusan.insya'allah..

p/s: udah lari dari tajuk sebenarnya..huhu. actually, ada cerita disebalik luahan hati ini. demi menjaga nama baik mereka yang terlibat, aku rasa biarlah aku luahkan melalui tulisan hati ini. rasa tenang sikit kalau dah luahkan. biarpun melalui tulisan =)

Monday, October 1, 2012

Nafas baru

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

syukur alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menyedut udara dan merasai nikmat yang dikurniakan Allah untuk diri ini.

Terasa hari-hari yang dilalui kini terasa semakin sukar jika nak dibandingkan sewaktu mula-mula masuk kerja dahulu. Entah, mengapa hati walang dan sentiasa tidak tenang. Fikiran pun terasa sepertinya kosong.
Bebanan dan tanggungjawab yang digalas serta kepercayaan yang diberikan semakin meninggi, tapi...derap kaki untuk melangkah terasa semakin berat. seberatnya hati untuk bangun pagi dan menyarung uniform pergi kerja..

Ya allah, permudahkanlah untukku akan urusanku..permudahkanlah untukku akan urusanku..mudahkanlah ya allah, mudahkanlah

Lapangkanlah hati ini, sembuhkanlah luka yang bertamu..kembalikanlah sinar dalam hidupku...

Saturday, June 30, 2012

Debaran di jiwa

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, hari ni masih lagi diberi kesempatan dan waktu oleh allah untuk mencoretkan sesuatu di belog kesayangan ini.

Entah mengapa sejak dua tiga hari ni hati asyik berdebar-debar je. Macam ader sesuatu yang tak kena atau bakal terjadi (sesungguhnya Allah maha mengetahui segalanya). Buat kerja pun tak boleh fokus sangat. Benda remeh pun boleh buat silap.Ya Allah, kenapa debaran hati ini berdetap tidak tenang. Mudahkanlah ya allah, mudahkanlah...amin. Itu adalah diantara ungkapan ku sejak dua tiga hari ini sebelum pergi kerja dan semasa  kerja..

Aku cuba kuatkan diri dan fokus..fokus. Tak mahu fikir yang negatif. Sentiasa positif. Teringat kata prof dr muhaya, kita yang menentukan samada kita ni bahagia atau tidak. YA, hanya kita yang boleh menentukan kebahagiaan diri kita.

'Apa yang kita fikir, itulah yang akan terjadi' begitulah kata-kata prof dr muhaya yang aku ingat. Allah juga berfirman yang bermaksud, "Aku sesuai dengan tanggapan hambaKu terhadapKu". Jadi aku mesti berfikir positif dan berkelakuan positif. Insya'allah, aku tak akan membiarkan keadaan serta masyarakat sekeliling mengganggu emosi dan sekaligus meragut kebahagiaanku.

Ya Rahman, sesungguhnya solatku, ibadahku hidup dan matiku hanya padamu. Ameen

picture: credit to google.com

Wednesday, September 14, 2011

ya Allah ya Rahman, bantulah aku!!

ya allah bantulah aku
sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan dengan izinmu jua
aku merayu padamu ya rahman,
berkatilah usaha-usahaku serta perkenankanlah doa-doaku
sesungguhnya aku sangat lemah tika ini ya rabb,
bantulah akuu..amin3

Tuesday, July 12, 2011

................?????

disini ku masih sendiri
merenungi langit biru
tanpa kamu menemani

di tempat ini ku bertahan
 masih menunggu.....
masih berharap.......
 agar didalam hatimu masih ada rindu
seperti rinduku ini...............


Tuesday, May 10, 2011

REBAT TANAH UUM

Sehari dua ni kecoh dimedia-media massa mahupun elektronik berkenaan isu rebat cukai tanah UUM. Mengapakah teganya kerajaan Negeri Kedah menolak rebat daripada intitusi berkenaan? Mengapa? MENGAPA?

Persoalan inilah yang terus menghantui mindaku sehari dua ini. Adakah benar apa yang telah dicanangkan oleh media arus perdana ini??? Akal logikku keras menolak dan menafikan tomahan-tomahan yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu keatas kerajaan negeri Kedah ini.

Antara percaya dan tidak,aku terus menyelongkar pelosok-pelosok web untuk merungkai persoalan ini. Setelah puas mencari dan menyelongkar, akhirnya aku terjumpa web kerajaan negeri kedah. Akhirnya segala persoalan yang bermain dimindaku terjawab dengan jayanya. Kalau ader sape-sape yang berminat nak tahu pasal isu ini, sila KLIK SINI!!!!

p/s: ini hanyalah luahan hati aku dan ianya tiada kaitan dengan mana-mana parti politik!!!

Saturday, October 3, 2009

Ada aku kisah??

Mmg aku kisah pon..
Kisah sgt2 tp benci gak kadang2 tu..erm..xsukala situasi camni
Tak taw nape..masa blom dapat ye2 je, dah dapat wat cam kain buruk lak..niela org y xreti bersyukur..sape tu??aku la kot, hehe
Tgklah apa dah jadi ngan laptop aku sekarang. Aku tak amek kesah pon. Aku igt g masa mula2 beli dulu, punya la jaga laptop ni, skrg ni..sampai berhabuk2 pn xdernye aku nak vacum and lap.sian laptop aku dapat tuan cam ni..huhu
Igt lg masa laptop aku blackout hari tu, aku relax and slamber giler je..aku igt rosak biasa je, skali bawak g kedai, org kedai tu cakap,

“dik, laptop awak ni mother board yang rosak”
“oo..mother board, pastu oleh baiki x? bp lama amek masa and kosnye brp?” tanya ku dgn slambernye
“kalo mother board yang rosak cam satu laptop ni r rosak cz mother board tu system y plg besar dalam satu omputer tu..xberbaloi rasanya kalo baiki pon”
Ah??terkejut beruk la aku..masa ni baru la gabra semacam..seram sejuk je rasanye..mane nak cekau duit beli laptop baru…errm..sedey sgt2..mmg nampak gler la muka frust..baru nyesal xjaga elok2 laptop. Kalo x, asyik men game je keje aku

“erm..xpelah, kita tgk dulu macam mana, kalau boley baiki n berbaloi ngan harga dan adik pon setuju, kita baiki la, ok?”tanye abg tu ngan penuh berhemah.
Lega sikit hati aku bila dengar dia cakap cam tu..at keast ade g harapan walaupun tipis
“Ok2, tapi saya nk cepat ni, agak2 bp lama bley siap ek?”
“lebih kurang sebulan la”

Mak ai..lama tu.pastu, camne aku nk siapkn proposal aku ni??buat muka sedey n kesian g kat kedai tu.hehe
Naseb baek abg tu baik ht, kasi pnjam laptop dia kat aku..huhu, tima kasih byk2 abg, jasamu dikenang

Friday, October 2, 2009

Ku kecewa

Kecewa sangat ngan diri sendiri..Nape la aku tak boley wat cam org lain wat..Cam xder semangat jew..asal g wad je mesti ader yang tak kene..erm

Minggu lepas minggu last aku kat 3u, hari last tu aku kene 'serang' ngan pn tini..rasa sedih sgt2 and down..Dia kata;

"dah 12 minggu awak masuk wad and dah sebulan awak masuk surgery wad, takkan awak tak taw ape special procedure kat wad surgery ni"..Aku xtaw nk wat muka camner, sengih2 jela, xkan nk nangis dpn2 patient..Dalam hati hanya tuhan je y taw..
Memang salah aku pon...Aku tak serius bila msk wad..

Erm..bilala aku nak berubah ni??Ya Allah, berilah aku kekuatan dan permudahkan segala urusanku dunia dan akhirat..ameen

Saturday, July 4, 2009

Wanita yang kau pilih

Suka sangat dengar lagu nyayian rossa ni,tak tahu kenapa; maybe ade persamaan kot.huhu
Walau apapun, lagu rossa memang best..Hayatilah lirik lagu ni ek

Malam selalu panjang
Di waktu aku merindukanmu
Kau bisa menjaga aku
Hingga diriku merasa teduh
Aku seperti kamu
Menginginkan dan memerlukanmu
Karena kita tak mampu
Selalu pergi menjauh
Kau jadikan aku ini
Wanita yang kau pilih
Untuk jadi kekasihmu
Dan kau pun tlah aku minta
Setia sepertiku
hingga waktunya tiba
Aku percaya penuh
Kau kan buatku bahagia
Karna cinta tercipta
Datangnya dari dalam hatiku
Kau jadikan aku ini
Wanita yang kau pilih
Untuk jadi kekasihmu
Dan kau pun tlah aku minta
Setia sepertiku
hingga waktunya tiba

Wednesday, July 1, 2009

Rindu yang dinodai persengketaan part 1

Lama dah tak jumpa adik aku yang seorang ni.Maklumlah dia sedang belajar di selatan tanah air manakala aku di kelantan. Cuti semester dia pon sekejap je, seminggu. Bila aku dapat berita yang dia akan balik, hatiku melonjak gembira untuk melepaskan kerinduan yang telah lama terbuku, tapi malangnye, masa dia balik aku ada kelas. Kelas preparation sebelum masuk ward.Erm..

Pada petang Khamis tu, selepas kelas aku ingat tak nak balik walaupun esok cuti sebab banyak benda yang aku kene buat sebelum masuk ward. tapi disebabkan rindu yang tak tertahan, aku melangkahkan kaki ku mencari teksi dan balik ke rumah.

Setibanya aku dirumah, tiada orang. Adikku keluar berjumpa dengan guru-guru sekolah menengah..Erm..tak pe, coz malam ni boleh jumpa lg..aku nak datang usm hari sabtu, lambat lagi, fikirku.

Sewaktu aku tengah makan adikku pulang, aku sembunyikan dulu perasaan rinduku ini..Biar dia sapa aku dulu..Tak terduga olehku, dia menyambut kepulanganku dengan senyuman dan pertanyaan yang ramah sebagai adik kakak. Mungkin dia juga rindu padaku, fikirku..tapi tak tahu macam mana nak sembunyikan rindunya itu..fikirku, kerna, setiap butir kata dan tingkahnye itu jelas membuktikan segala-galanye..

Hehe..bangga aku ader adik macam tu, tapi yang paling bestnye, aku berjaya sembunyikan perasaan aku padanya.tak nak obvious sangat, kalo tak kantoi la aku..huhu

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Setiap tahun, tanggal 10 may, pasti detik ini akan diraikan di seluruh dunia..Ya, HAri Ibu!!! Namun, wajarkah hari ibu, hanya disambut pada tanggal 10 may setiap tahun???ERm???





Bagi aku, hari-hari adalah hari ibu..Tiada yang hari yang specifik utk aku raikan hari ibu..kerana, seperti yang aku cakap tadi..hari-hari dalam hidupku malah setiap detik dan saat dalam hidupku adalah hari ibu..Selepas Allah dan Rasulullah cintaku hanyalah utk IBU..


Tak terucap oleh kata-kata, tak ternilai oleh wang ringgit, emas dan permata kasih dan pengorbanan ibu terhadap kami..9 bulan berada dikandungannya, pening, muntah, mual semuanya ditanggung oleh ibu seorang diri, kemudia lahir kedunia...aku yang penuh dengan kerenah dilayan oleh ibu dengan begitu sabar..bilaku demam, ibu berjaga ditengah malam, bila ku menagis kerana lapar, ibu bangun ditengah malam menyusukan..


sehingga sekarang aku masih lagi di bawah jagaanmu ibu..besarnya pengorbanan mu ibu, tak terbalas rasanya.. Jasamu..

Air mata ibu

by siti nurhaliza


Apakah sebenarnya

Terbuku dikalbumu

Apakah erti linang airmata di pipimu
Ucapkanlah padaku

Tak bisa kurungkainya

Rahsia yang kau pendam itu
Aku hanya menduga

Tidak mampu merasa

Sebenar-benar perasaanmu
Pengorbanan yang kau lakukan

Untuk dewasakan ku

Hanya bisa ditanggung oleh hati ibu
Namun kupercaya

Takkan terlerai kasih

Ikatan ini takkan putus
Aku hanya menduga

Tidak mampu merasa

Sebenar-benar perasaanmu
Pengorbanan yang kau lakukan

Untuk dewasakan ku

Hanya bisa ditanggung oleh hati ibu
Telah kau telan lara

Dan terima segala

Dugaan dan badai yang melanda…

Duhai ibu








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...