Showing posts with label kerjaya. Show all posts
Showing posts with label kerjaya. Show all posts

Wednesday, September 4, 2013

mabrur.


Dengan nama allah yang maha pengasih dan maha penyayang,
Assalamualaikum w.b.r

Rasanya belum terlambat lagi untuk I ucapkan selamat hari raya aidilfitri dan salam merdeka kepada semua. 

Alhamdulillah, hidup saat ini bertambah baik. Segala doa-doa yang dipanjatkan sebelum ini akhirnya satu persatu terjawab. Alhamdulillah..

Benarlah janji allah, setiap manusia akan diuji berdasarkan tahap keimanan masing-masing. Dan janji allah adalah pasti. Cuma kita sebagai khalifah dan hambanya mesti banyak bersabar redha dengan apa yang berlaku. Insya’allah setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya, Cuma cepat atau lambat sahaja kesedaran itu datang pada kita. Plan dan persiapan untuk bertunang pada tahun ini terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Tak mahu lagi nak dikenang kisah lampau, sekarang nak cerita tentang perkembangan produk etiqa yang terhangat dipasaran iaitu, mabrur.

Mabrur merupakan satu pelan haji yang sangat komprehensif untuk mempersiapkan diri anda dan ahli keluarga ke tempat yang berprestij. Hasil kerjasama antara etiqa takaful berhad dan lembaga tabung haji Malaysia ini akan memudahkan rakyat Malaysia dan bakal-bakal haji khususnya untuk mendaftarkan diri mereka dan ahli keluarga untuk memunaikan rukun islam yang ke lima itu.

Antara kelebihan yang akan diperolehi jika anda mendaftarkan diri  ialah;
  •         Pembukaan akaun tabung haji secara percuma (bagi yang belum mempunyai akaun) dan bayaran tunai tetap akan dikreditkan secara automatic kedalam akaun tabung haji

  •      Pendaftaran haji pada tahun ke-3, selepas mendaftar di etiqa

  •      Perlindungan komprehensif dengan manfaat badal haji dan ihsar*
 *manfaat badal haji akan dilaksanakan jika orang yang dilindungi meninggal dunia sebelum sempat     mengerjakan haji (rm 3000.00)

        *manfaat ihsar akan dibayar sekiranya jemaah haji dikenakan dam disebabkan oleh masalah kesihatan/ perubatan (rm 1000.00)

*elaun hospital rm 100.00/hari akan dibayar jika orang yang dilindungi dimasukkan ke wad (berkuatkuasa selepas 45 hari dari tarikh polisi dikeluarkan)

·   Jumlah bayaran tunai tetap sehingga 123% daripada jumlah asas dilindungi akan dibayar (bonus dari etiqa)

·   Tambahan 100% daripada jumlah asas dilindungi akan dibayar sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan di makkah atau madinah (umur peserta yang dilindungi mestilah berumur kurang dari 70 thn pada masa kejadian)

·   Elaun haji, umrah dan penjagaan anak*
*elaun haji/umrah Rm 1000.00 akan diberikan kpd bakal jemaah haji sebelum bertolak ke makkah- selepas 5 tahun sijil berkuat kuasa
*Elaun penjagaan anak yang ditinggalkan semasa mengerjakan haji akan diberikan kepada penjaga (anak mestilah berumur 18 kebawah) Rm 1000.00

·   Boleh disertakan sekali dengan kad perubatan- bil hospital ditanggung 100% oleh etiqa takaful berhad

Thursday, April 4, 2013

Etiqa Takaful


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, hari ini masih lagi sempat dan diberi kekuatan untuk menjalankan segala suruhannya serta menyebarkan kebaikan kepada semua orang. Syukur Alhamdulillah.

Bila bercerita tentang kebaikan ni, banyak sebenarnya yang ingin I kongsikan disini. Diam bukan sebarang diam. Diam-diam ubi berisi =)

Pada 15 february lalu, Alhamdulillah I telah pun lulus exam untuk jadi agen takaful etiqa yang berdaftar. Maka, bermula dari tarikh tersebut dengan rasminya I telah dilantik menjadi ejen takaful etiqa. Maka bermulalah tugasku sebagai ejen takaful.

Menjadi ejen takaful ni sebenarnya best sangat-sangat. .nak tahu kenapa??? jom scroll kebawah ;

  • ·         Waktu kerja yang sangat-sangat fleksibel. Tak kisah u nak start kerja pukul berapa dan nak balik pukul berapa pun. Tak ade orang nak marah.  

  • ·         Tak perlu bersesak-sesak dijalan raya and kejar masa coz nak punch card. Tiada kerungsingan langsung. Anda boleh berlapang dada dan tersenyum sepanjang hari. Nak bangun pukul berapa pun tak kisah. Yang penting kerja jalan =)

  • ·         Boleh makan angin secara percuma. Buat kerja ni memerlukan anda berjalan ke merata-rata tempat. So, sambil bekerja tu, bolehla kenal tempat orang sekali kan?? Bak kata pepatah sambil menyelam minum air, ye tak?

  • ·         Kursus dan latihan disediakan secara percuma oleh individu yang berkelayakkan dan professional

  • ·         APA YANG PALING PENTING IALAH BULAN-BULAN TETAP MASSSUKK WALAUPUN ANDA SEDANG TIDURRRR!!! MENARIK KAN??

Jika anda rasa tugas sebagai ejen takaful ni sangat menarik dan ingin tahu lebih lanjut mengenainya bolehlah hantar sebarang pertanyaan di arizawaty@gmail.com  saya akan berbesar hati utk menjawab segala pertanyaan anda dan sangat mengalu-alukan kedatangan anda untuk menjadi sebahagian daripada kami =)

Cukup sampai disini dulu buat masa sekarang. Banyak lagi kisah-kisah menarik yang ingin I kongsikan disini. Kalau ada masa, insya’allah, I akan update lagi.

SEBARKAN KEBAIKAN, HIDUP ANDA PASTI CERIA =)

Thursday, October 25, 2012

i've tried my best

i think i've tried my best..yup, i did my best for the interview session last mont. study all night long, balik keje je study sikit, walau penat pon selak jugak note-note lama. sambil tu doa tak putus-putus supaya allah mudahkan urusan temuduga tu. alhamdulillah, masalah cuti settle.

lepas interview last month tu rasa lega sangat-sangat. tak pernah rasa setenang ni before this. melangkah keluar bilik interview dengan penuh semangat sambil bersyukur sangat kat allah coz permudahkan urusanku.

hari ni, member sms suruh tengok email, keputusan interview tu dah keluar. alhamdulillah, dia lulus. tapi, aku failed. frust jugak la. tapi tak seteruk tak lulus kastam dulu. aku terima dengan hati yang terbuka. mungkin ini ketentuan tuhan untukku. mungkin ader rezeki yang lebih baik menanti. tapi sampai bila ya allah. aku dah tak sanggup dah nak lalui hidup kat sini. kalo aku berhenti nati, aku nak keje ape?? aku tak nak jadi penganggur dah. tolong aku ya allah..

tambahan sekarang ni teman tapi mesra lak buat hal. ya allah lapangkan hatiku dengan dugaanmu ini. aku dah tak sanggup ya allah.

mama, kak yah, sorry im dispoint you all. but, i've tried my best after all.(T_T)...aku pon tak tahu kenapa rezeki untuk aku seakan-akan terlalu sukar. ya allah, jika rezekiku berada dilangit kau turunkanlah, jika dibumi kau keluarkanlah, jika haram kau halalkanlah dan jika susah kau mudahkanlah..amin ya robbal'alamin

Friday, October 19, 2012

punca ketenangan

huh!!! pagi-pagi lagi dah mengeluh. tak berapa bagus ni. jangan tiru ek..ni bukan mengeluh pasal nasib diri, tapi menghembus nafas tanda kelegaan yang teramat sangat..alhamdulullah

seperti yang diwar-warkan dalam beberapa post yang lepas, this month is busy month and chaotic month! jadual kerja yang tak menentu, tidur yang tak berapa nak lelap dengn badan yang lemah dan lesu..macam-macam rasa yang ada bila jadual tidur tidak menentu. akhirnya, ubat jadi peneman setia. bila rasa nak sakit tekak terus amek antibioik makan, rasa nak demam amik panadol makan, rasa sakit badan sikit-sikit terus makan ubat. rasa NAK je, terus makan ubat coz tak nak sakit tu jadi melarat. kalau dulu punyalah liat nak makan ubat, lebih rela demam dan selsema sampai hingus meleleh-leleh daripada makan ubat. but now, the situation is different. tak boleh buat perangai macam budak-budak lagi dah...i'm growing

em..bila dah buzy semacam ni, ramai pulak members and teman tapi mesra komplain,"call tak angkat, sms pun tak jawab, hang buat ape?"..huh, cammane nak jawab tu? susahla kalo orang tak mau paham ape yang kite cakap dan cammane bidang keje kite ni. tensen jugak kadang-kadang. berapa kali kene cakap? keje i tak tentu masa, tambah-tambah lagi for this month, cuba tahan dan faham situasi i ni. tak kan setiap kali kita mesti gaduh perkara yang sama kan??i think, kadang-kadang silent is better. tak sakit hati. balik keje tidur

time makan pon dah tak teratur sekarang ni. kalau diberi pilihan antara nak makan dulu ke tidur? of course i akan pilih tidur dulu, lepas bangun tido baru makan. kadang-kadang naik bengang jugak bila tengak syok-syok tidur tu, orang kacau. waktu tu je yang ader untuk kite nak rest, paham la sikit kan.makan pon sanggup tolak tepi semata-mata nak rest.

hari ni lega sikit, masuk keje malam..jadi pagi ni boleh la lepak-lepak sikit. kemas bilik yang dah berabuk berapa minggu dah tak sapu T_T..

hati rasa tenang, aman dan damai je bangun pagi ni. tak der nak kelam kabut bersiap pergi keje. lepas solat, baca surah kahfi, memang rasa tenang giler-giler..kalau hari-hari biasa, memang kelam kabut. cuba bayangkan, habis keje kadang-kadang pukul 3-4 pagi, pastu kol 8 pagi dah kene masuk keje balik dah. kalo dah waktu keje camni, selalunya lepas solat subuh i sambung tidur kejap and 750 am baru bangun. memangla kelam kabut coz waktu keje kol 8 am. nasib baik asrama and tempat keje dekat je. lewat 10 minute biasala tu...huhu, jangan tiru perangai tak elok ni

hari ni tek der kelam kabut. bangn tidur senyuman melebar je..hehe.

Wednesday, October 10, 2012

cepatnya masa berlalu....

cepat sungguh masa berlalu. pejam celik pejam celik tanpa aku sedari hari ini sudah hari rabu..huh!!
kalau dulu nak habiskan satu bulan tu, ya allah, lambatnya masa berlalu. tak sabar nak tunggu malam supaya hari berlalu dengan cepat.

sekarang ni jadi terbalik pulak. ke aku yang dah tak betul??huhu
sebenarnya bulan oktober ni agak sibuk sikit. list orang bersalin penuh. jadual kerja pun padat aje. tak der masa nak goyang-goyang kaki, nak bergayut even sms pon. kadang-kadang kalo ader yg sms or call, tengah malam baru tengok henpon. tapi kuatkan hati reply jugak tengah-tengah malam buta tu.kena marah pon redha jer janji kite dah reply kan, =)

semalam memang rasa exhausted sangat. bila patient tanye, "bila saya kene datang balik ni?".."puan datang seminggu dari tarikh sekarang la"jawabku.."berapa haribulan ye?"tanyanye kembali..."errrr"..kepala aku dah blank dah.hari ni berapa hari bulan hah?hari ape ni??

tengok, punyalah ignorance nye aku. em..bangun je pagi, celik mata, siapkan diri terus pakai uniform pegi keje. tak sempat da nak wish good morning cam dulu-dulu. nak buat macam mana bangun pon da lambat. mandi pon ala kadar je. kadang-kadang tak sarapan pon p keje. sarapan tempat keje dalam pantry, tu pon kalo ader orang yang baik hati tolong beli sarapan.kalo tak, minum air jela =(

serius la, this week busy sangat-sangat. kalo balik keje tanggal uniform, terus tido. tak dan nak basuh muka pon. nak reply org punya sms pon tak larat.da penat sangat kan. dalam kepala otak ni terbayang tido je kalo ader masa lapang..

Nikmatnya kalo dapat cuti..=P


Monday, October 8, 2012

menangislah sayang..

menagislah sayang..menangislah...ku ingin dengar suara tangisanmu..menangislah.

jantungku berdegup kencang, peluh sudah mula membasahi dahi walaupun berada dalam aircond. tanganku pantas memasang ambu bag. sementara itu, doktor resucitate baby dengan mulut..huh, menangislah sayang.berjuanglah untuk hidupmu..berjuanglah bersama-sama kami..kami semua ternanti-nanti tangisanmu..menangislah sayang

oksigen full, masing-masing sudah berpeluh untuk menyelamatkan baby..

"nurse, doktor..kenapa saya tak dengar baby saya menagis?baby saya ok ke"?.pertanyaan ibu beliau haya sepi dibawa angin..

"ergggh"..dada baby berombak..alhamdulillah, baby sudah mula menarik nafas. semangat untuk terus berjuang menyelamatkan baby masih lagi berkobar-kobar..

"erggh..erghh"...alhamdulillah, terima kasih allah.terima kasih.

walaupun kamu belum mengeluarkan suara mu sayang, tapi melihat dadamu yang berombak memberikan rasa lega di hatiku. apatah lagi kedua orang tua mu. teruskan perjuangan mu sayang

Thursday, October 20, 2011

moh ler kite bercuti sesama, nak tak??

sempena cuti sekolah yang da tak lama lagi, macam-macam da plan yang telah dirancangkan bersama dengan kawan-kawan yang lain. mintak-mintakla segala perancangan berjalan ngan lancar. Plan nak pergi mendaki ke gunung stong hari tu terpaksa dibatalkan coz mereka bertolak ke gunung stong pada pagi khamis. so, aku and the geng frust menonggeng tak dapat pergi, kene pergi sekolah jugak..so sad  T_T

next week, kanak-kanak riang da start exam. 2 minggu lamanya. habis je diorang exam, nak pergi berkhemah lak ngan budak-budak darjah 6. pastu, cuti..Yahooo!!!bestnye =)

pastu, bermula la rancangan aku n the geng. minta-mintala tak hujan nanti, kalo tak memang tergendala lagi la plan kitaorang.

oh ya, hujung minggu ni insha'allah, aku pergi tanjung malim perak. pergi interview..nasib baik pk 1 luluskan cuti aku tu.
wish me best of luck ya!! daa..see u later =)

Thursday, May 19, 2011

Hadiah sempena hari guru


Tak terlambat lagi kiranya aku nak ucapkan selamat hari guru pada cikgu-cikgu yang telah mengajar aku dari aku kecik hinggalah sampai ke university. Ucapan ini juga ditujukan khas buat cikgu-cikgu yang tak formal aku. Yang mana, beliau sanggup melayan segala macam kerenah aku dari aku kecik hinggalah sekarang.

Macam-macam ucapan dan hadiah yang aku terima daripada daripada para pelajarku sekalian sempena hari guru ni. Time kasih ye!!hehe

Tapi, ketahuilah para pelajarku sekalian, cikgu tak pernah pun minta segala jasa dan pengorbanan cikgu dibalas. Cukuplah andainya korang sudi mendoakan cikgu. Harapan terbesar cikgu adalah ingin korang Berjaya. Ye Berjaya dalam hidup..cukuplah andainya korang memahaminya ape yang cikgu ajarkan. Itu sudah cukup membanggakan cikgu..

Pernah satu ketika aku mengeluh depan mak aku;
Cik arija: susahnye nak suruh budak-budak ni faham ape yang kite ajar. Tak tahu dah nak terangkan camne lagi ni..tensionnye ngajar budak-budak ni!!!!

Mak: sabarlah…ilmu tu kan milik Allah. Kefahaman tu pun milik Allah jugak. Doa banyak-banyak biar Allah permudahkan segalanya.Insya’allah

Ye, aku memang tension sangat-sangat kalo ngajar budak yang susah faham ni. Tambah-tambah budak kelas belakang, memang tension tahap gaban la.

Semoga segalanya berjalan lancar..amin

p/s: semoga aku terus istiqamah dan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi untuk terus mendidik anak bangsa menjadi muslim dan muslimah yang professional

Tuesday, May 3, 2011

Ye ke nama Allah 99????


“cikgu, cikgu, ye ke Allah ader 99 nama?” Tanya muridku setelah sekembalinya beliau dari tandas.
“ye, Allah ade 99 nama”, jawabku.
“oo..banyaknye nama Allah” ngomelnya sambil menyatakan kekagumannya itu kepada kawan-kawannya yang lain.
“eh, ye ke Allah ade 99 nama ni”, Tanya ku untuk menguji beliau dan kawan-kawannye.
“entah”, jawab kawannya yang lain.
“eh eh, mane boleh cam tu” kataku. “ok, awak ingat tak ape yang awak nasyid pagi-pagi sebelum kita masuk ke kelas?”, tanyaku kemudiannya.
“asma ul-husna cikgu”, jawab mereke.
“ye, asma ul-husna tu merupakan nama-nama bagi allah. Ok sekarang cuba awak bernasyid dan bilang nama-nama allah tu. Cukup tak 99”. Ujarku kepada mereka.

“nas alukaya …………………..” mereka mula bernasyid . mula-mula 3 orang je yang bernasyid. Makin lama makin kuat pulak suara diorang ni. Rupa-rupanya hampir satu kelas bernasyid asma ul-husna, sehinggakan menarik perhatian guru kelas sebelah kelas aku.

…………….setelah selesai bernasyid………………………………………………………..

“Ha, betol tak Allah ade 99 name? cukup tak?” tanyeku.
“errrr…lupa nak bilang la cikgu”, murid yang mula-mula bertanya soalan kepadaku tadi menjawab.
Owh..ok!!!!ujarku dalam hati sambil tersenyum.

p/s: rupa-rupanya, dalam perjalanan masuk ke kelas tadi, budak tu terdengar cikgu kelas sebelah yang ngajar. Pintar sungguh budak-budak sekarang ni. Naluri ingin tahu mengatasi segala-galanya.
picture credit to: google.com

Monday, April 25, 2011

saya sayang cikgu

Di sekolah aku memang banyak sangat pasangan yang kembar. Macam-macam ader. Tapi dalam banyak-banyak kembar tu, hanye mereka berdua ni je yang boleh mencuri dan menarik perhatian aku. Nak taw kenapa? Jom ikut story aku.

Mereka berdua ni ibaratnye cam isi dengan kuku. Maklumlah, sejak dalam perut lagi mereka duduk sekali, ye dak?makan setali pusat, berak dan kencing pun dalam satu placenta. Mane boleh nak dipisahkan.

Al-kisahnye, mereka berdua ni berada dalam kelas yang berlainan, tapi kedua-dua kelas mereka ni aku yang ngajornye. Mereka berdua ni pelik dan istimewa sikit dari pasangan yang lain. Dalam kelas mereka tak suka bergaul dengan kawan-kawan lain. Mereka berdua ni, hidup dalam dunia mereka sendiri. Tiap kali aku masuk, mesti main. Main robot-robot dengan pensel, tak pun melukis. Memang tu je keja dia hari-hari. Banyak giler buku lukisan dia, tapi buku BM aku satu je. Tu pun puas pujuk nak suruh beli. Haish!!!

Bila masuk time blaja, memang malas tahap gaban. Tak penahnye siap keje aku tu kecuali ade habuan. Ape habuannye??coklatla, ape lagi. Matila cikgu kalo hari-hari nak beli coklat kat kau orang berdua. Kalo dah bagi coklat kat sorang tu, yang lain mesti jeles. Nak coklat jugak, kalo hari-hari camni, boleh bankrupt la cikgu yang oi..

Satu hari tu, lepas siap ngaja kat depan kelas, aku pergi slow talk dengan dia (si adik, kite letak name dia ni amer).

Cik arija: assalamualaikum..(terperanjat dia coz masa tu dia tengah main robot-robot dengan pensel)

Amer: …………………..(reaksi terkejut)

Cik arija: tak jawab pun salam cikgu (sambil duduk kat kerusi sebelah dia)

Amer: senyum

Cik arija: cikgu nak tanye satu soalan boleh tak?

Amer: boleh (senyum lagi)

Cik arija: kenapa eh amer selalu tak menulis masa cikgu?

Amer: cikgu tulis banyak sangat la. Amer penat. Dah la balik dari sekolah kene pergi kelas tusyen lagi. Pukul 7 baru balik. Hari jumaat sabtu pun tusyen jugak. Dari pukul 2 hingga 5. Nak main pun tak sempat.

Cik arija: oooo..begitu. pastu, kat tempat tusyen amer menulis tak?

Amer: menulis

Cik arija: kat tempat tusyen menulis pulak. Tapi, kat sekolah amer tak menulis pun. Kenapa?

Amer: ……….(diam sambil senyum-senyum)

Cik arija: same je kat sekolah ke kat tusyen ke, dua-dua amer bayar kan?em, amer sayang cikgu ke sayang cikgu tusyen?

Amer: tak tahu

Cik arija: tak tahu? Em, cikgu kat tempat tusyen amer ader tak datang cakap-cakap macam ni kat amer? Tanye amer, ambil berat pasal amer?

Amer: tak de

Cik arija: ok, sekarang sape yang lebih sayang kat amer? Cikgu ka cikgu tusyen?

Amer: cikgu
Cik arija: amer sayang cikgu tak?

Amer: sayang

Cik arija: pastu, keje cikgu tak pernah pun siap. Ye ke sayang kat cikgu ni?

Amer: ye, sayang cikgu

Cik arija: ok, kalo sayang cikgu nak buat camne?

Amer: kene siapkan keje sekolah

Cik arija: betul?

Amer: ye, janji..esok saya siapkan keje cikgu (dengan penuh semangat dia berkata-kata)

Ok, settle satu bab.haha, cara lembut lebih berkesan dari kekerasan kan?

Thursday, April 21, 2011

kesibukkan melanda

Yes, this week was superb busy. why?? Why?? wHy?? WHY??? Please choose the best answer.
a. I have a date this weekend
b. I have party this weekend
c. My wedding ceremony this weekend

So, ape jawapan korang??? Adakah A, B, or C??? ok, jum usha jawapan aku lak? Nape eh??

Its because exam week. Yes, its EXAM WEEK..korang tak salah tengok pun. see, cara tulis pun da macam arahan kat buku soalan, huhu..fortunately, everythings over today, hehehe…eh jap-jap, even exam dah habistapi aku still sibuk..sibuk kenapa??

Ha, nilah dia mendenye. Kalo dah namenye exam tu, mestilah ader orangkan nak kene mark paper budak-budak tu kan. So, Keje sape lagi tu, kalo bukan keje cikgu. Jadi, keje aku weekend ni, mark paper budak-budak. Tak sempat la nak bersiar-siar kat blog orang lagi. Hobi aku tu, terpaksa diberhentikan seketika buat masa ni. No date, no party and no wedding ceremony!!!!Adios..=)

p/s: ader tujuh paper sume nak kene mark ni..aduh, pening gue sih!!!

Thursday, April 14, 2011

aku seorang pendidik???

ye, ape yang kamu kamu semua baca kat atas tu memang betol..tugas or keje aku sekarang ialah seorang pendidik aka guru or cikgu. Pendidik anak bangsa la katakan..ceh ceh ceh, ayat tak tahan oooo aku ingat lagi, masa aku kecik-kecik dulu, aku suka main cikgu-cikgu sama kawan-kawan aku. balik je dari sekolah, campak beg, makan-makan nasi, terus merayap kat rumah kawan. masa kecik-kecik dulu best, main bagai nak rak, tak yah pikir masalah-masalah yang tak berkaitan. masalah aku zaman kecik dulu cuma satu je, abang-abang ngan kakak-kakak aku selalu usik aku..huhu.Jadi, azam aku, aku nak cepat-cepat besar, bila aku besar leh la aku kacau dan balas dendam ka diorang plak..tu masa kecik-kecik la, bila da besar masing-masing dok jauh dan ader family sendiri..nak gadoh pun tak sempat..kadang-kadang rindu sangat zaman gaduh-gaduh masa kecik dulu nan adik-beradik aku..huhu oh, kita sudah terpesong tajuk ni..ok berbalik pada kerjaya aku as cikgu..cam mimpi lak aku jadi cikgu ni coz mase ka u dulu aku blaja nak jadi nurse, tiba-tiba jadi cikgu lak. pelik kan..ye memang pelik tapi inilah kenyataannye, so terima la Masa aku sekolah dulu, aku tengok rilek je cikgu-cikgu ajar n handle aku dan kawan-kawan. Hairan jugak aku, camne la cikgu-cikgu aku tuh boleh sabar ngan kerenah n perangai kitaorang ni.. "cikgu, saya tak bawak buku la", "cikgu, pensel saya hilang", "cikgu, dia mengata saya," ...cikgu...cikgu..cikgu...arggghhhhh pening la cikgu, kalo sorang ngadu takpe la jugak, ni kalo satu kelas ader 40 orang,n semuanye pegi ngadu kat cikgu,,peningla cikgu..even hal kecik pun nak ngadu kat cikgu..budak-budak "cikgu, amir berak dalam kelas", adu seorang budak.. so, pe reaksi korang??? p/s:bukan senang nak jadi pendidik, sekaang baru rase insaf coz pernah tak dengar kata cikgu masa kecik-kecik dulu..cikgu, maafkan segala kesalahan anak muridmu ini,hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...