setelah 2 bulan berada di perantauan, bertungkus lumus bekerja siang dan malam, akhirnya dapat juga aku pulang ke kampung halaman yang tercinta..huh!! lega rasanya. menurut perancangannya, aku akan bercuti selama 5 hari..hanya jumlah tu je yang diluluskan,
dengan perasaan gembira dan excited yang teramat sangat aku war-warkan kepulanganku kepada orang-orang yang terdekat denganku, hehe (no red carpet la cik arija, jgn dok berangan)
kepulanganku kali ini membawa satu misi dan visi.ceh2, macam penting sangat je bunyi ayat tu kn?
kawan-kawan satu tempat kerja sibuk dok tanye, (saje je aku buat diorang tertanya-tanya,xmo bagi tahu dulu,hehe..xpe2 tunggu masa yang sesuai nanti aku bagi tahu), ko nak balik bertunang ka?? doktor pon sibuk dok tanye soklan yang sama...
tet!!!!!aku senyum ja..hanya yang terdekat dgn aku ja tahu nape aku balik awal, kalo ikut perancangannya aku dijadualkan balik bulan 4 ni. tapi tu la takdir allah mengatasi segala-galanya.
tapi, dalam entry kali ni bukan benda alah ni yang aku nak cerita..punya panjang intro aku ye, isi-isi dan point utamanya tak masuk lagi tu..hhuhu,maklumla dah lama sangat tak menulis
ceritanya macam ni, waktu tiba di kelantan hari tu (trip tm-kb), jam lebih kurang dalam pukul 5 gitu. maka, setibanya aku di kb, aku turun dari bas nak balik ke rumah, aku terus ke stesen bas utama yang akan bawa aku pulang.
intai-intai bas, toleh kiri toleh kanan, bas yang bernombor 39, dari kb ke bachok xder lagi. jadi aku decide nak naik teksi.malas nak cal sesapa cz tak nak menyusahkan.nak berdikari la kononnya. pastu, berputar-putar la aku seorang diri mencari teksi. untuk pengetahuan, harga untuk sebuah teksi rm 20 dari kb ke tempat aku. memandangkan tiada penumpang lain yang sama haluan dengan aku (buat masa tu),membuatkan aku termenung seorang diri..mahalnye, dah la gaji tak masuk lagi =(
lebih kurang 15 minit kemudian, aku terjumpa geng yang sama haluan dengan aku..alhamdulillah.murah sikit. jadi harga yang disepakati sebelum naik prebet sapu tu ialah rm 5 seorang.
alkisahnya, semasa dalam perjalanan pulang tu, pak cik tu tanye destinasi yang tepat tiap-tiap kitaorang. cerita punya cerita, pak cik tu suruh tambah lagi rm 5 seorang. hangin la rasa. majoritinya decide xmo bayar lebih. jadi pak cik tersebut hantar kitaorang balik ke kb semula.
jam menunjukkan hampir pukul 6pm. dah la zohor aku terlepas. aku igtkan dan la aku balik jamak dan qasar kat rumah. dah situasi da berubah jadi camni, maka terpaksalah aku sembahyang dekat musalla di hadapan pasar siti khadijah..dugaan sungguh hidup ni..
nak tahu kisah selanjutnya??ape yang terjadi kat musalla tu? ikuti episod seterusnya..(cam poyo je ayat aku kn, camla ader orang nk baca..huhu)...u/p: lunanisa n teany haron, wey, tlg miscoll aku. no korang berdua da xder..hilang. nati aku story.mls nk on fb, harap maklum..hehe
Showing posts with label pengalaman hidup. Show all posts
Showing posts with label pengalaman hidup. Show all posts
Tuesday, February 7, 2012
Tuesday, November 22, 2011
buruk
"Tulisan doktor memang semua buruk ek?"
"Nape adik tanye camtu?"
"tu, tulisan abang tu, buruk je"
"Nape adik tanye camtu?"
"tu, tulisan abang tu, buruk je"
Saturday, October 15, 2011
menu hari ini ialah.....
Tengok tak tahajud cinta semalam??eeii....geram je kan ending dia tu, tergantung cenggitu jer.tak taw camner kesudahan dia..mencinye =(
k la, tak mo la ulas panjang-panjang cerita tahajud cinta tu. hari ni aku nak citer benda yang aku da buat, huhu
semalam rancangnya nak buat telur gulung inti udang dan ayam untuk sarapan pagi. da siap bagitahu kat mak da, esok sarapan pagi kita cuba resepi baru ye...dengan perasaan excited nak masak sarapan pagi ni, yeay!!!
tup-tup tak jadi plak. alkisahnye, ingat lepas solat subuh tu nak baring kejap. bila bangun, tengok sume orang tengah makan nasi lemak bungkus dan nasi impit..berkecai harapan nak try resepi baru =(, nasib baik la tak kene sindir
jadi untuk makan tengah hari, aku masak jer sup ayam, ayam goreng dan puding karamel..selalunya mak yang masak untuk makan tengah hari, tapi disebabkan dia pergi rumah pak cik, dia da pesan siap-siap suruh masak sup ayam..kalo tak pesan mesti aku tak buat ni.ish3(sambil geleng-geleng kepala)
Tapi kan, yang bestnye, puding karamel aku memang menjadi. serius ni, tak tipu. kalo dulu aku buat lembik la, pahit la dan macam-macam lagi. tapi kali ni memang ngam-ngam. siap kene puji ngan nenek dan mak aku lagi..kembang la aku. maklumla orang jarang-jarang masuk dapur, pastu jenis mudah fed-up, kalo buat benda dan benda tu tak menjadi seperti yang kita inginkan, terus hilang mood nak masak. Tapi sekarang alhamdulillah, sikap tu da menghilang da sikit-sikit.perubahan hormon barangkali, hahaha, ape aku merepek ni.
ok la, bye-bye..kalo ader masa nati aku update lagi..=))

Thursday, July 14, 2011
mencukur rumput
situasi: [cuba bayangkan ok]..................Seorang pemuda/pak cik sedang melibas parang di kawasan semak/rumput panjang.
Dapat imagine tak camne situasi dia??aku dah godek-godek google tadi tapi tak jumpa la gambar yang aku nak. saje je nak kongsikan jawapan student aku yang aku rasa memang tak bleh blah sangat-sangat.
soalan dia camni: bina ayat berdasarkan gambar yang diberikan.
jawapan pelajar 1: ayah saya sedang menebas rumput dengan parang
jawapan pelajar 2: ayah saya sedang memotong rumput.
jawapan pelajar 3: ayah saya sedang MENCUKUR rumput.
cik arija: owh, betapa kecewa dan hampanya aku dengan jawapan no.3 tu, T_T......
tapi, lepas beberapa hari, and aku cerita balik benda ni kat cikgu-cikgu lain, hampir pecah perut kitaorang gelak. Bila dok ramai-ramai dan kongsikan jawapan para pelajar yang 'luar biasa' ni, boleh gak hilangkan tensen. bagus jugak kadang-kadang jawapan yang 'luar biasa' ni.=)
ok, cuba korang pulak bina ayat berdasarkan gambar rajah kat atas tu.

![]() |
ihsan dari yahoo.com |
Sunday, June 19, 2011
Kisah cik arija, bawang putih dan cik jerawat part 2
Semalam aku ada cerita kan pasal muka aku yang ‘bengkak’ akibat serangan cik jerawa batu ni.
Natijahnya, hari ni aku amek cuti, p klinik. Lama dah rasanye tak pergi klinik as patient. Lain plak rase. Dah tak tahu da macam mane prosedur dia. Yang aku ingat mula-mula kene p daftar. Lepas tu tak ingat dah. Nasib baikla akak kat kaunter tu bagi tahu kene pergi mana lepas tu.
Jadi, kisah aku dengan cik jerawat ni sudah berakhir apabila seorang MA (medical assistant) yang hensem tu bagitahu, ‘owh, takpe nati ‘dia’hilang sendiri la ni..dalam masa 2 atau 3 hari lagi hilang la ni’…lega siki hati aku mendengarnye.
![]() |
*hensemnye* kamooooo!!!! |
Walaupun begitu, aku still lagi worried..takut tinggal parut plak nati..huh!!! MA yang hensem tu suggest, p cari ubat hilangkan parut kat farmasi..adeh bang, ujung-ujung bulan ni ayang xder duit la.camne?? aku cakap dalam hati je ni, gile kalo aku cakap macam ni kat MA tu, hahaha, nati tak pasal-pasal aku kene cop meroyan..haha
Ape-ape pun tolong doakan aku ye, semoga cikjerawat batu ni tak tinggalkan parut kat muka aku.amin =)
Ps: nak bonjella?? Sape gigit bibir mulut awak???
Labels:
coretanku,
pengalaman hidup,
perjalanan hidupku
Saturday, May 21, 2011
Happy birthday mama!!!!!
Bangun je dari tido, terus aku on laptop kesayanganku ini. Tengah-tengah syok dok usha berita-berita dan kerja kosong kat tenet, tiba-tiba alarm tipon aku berbunyi..
Ah, malasnye nak tengok tipon. Alarm mende plak ni, bisik hati kecilku..bila nak padam alarm ni. Lamenye berbunyi, ngomelku tidak puas hati. Lalu, dengan malasnya aku mencapai tpon aku..
Ya allah, hari ni 20/5 la, cammane aku bleh lupa ni..adeiiii, teruk betolla, T_T tak prepare ape-ape pun.
“ma, hari ni hari jadi ma ek?”, laungku kepada ibuku
“a’ah”, jawab mak aku
“happy birthday to you” nyanyi ku kepada ibuku sambil menghadiahka ciuman dan pelukan kepada beliau.
“Mane hadiah?”Tanya ibuku.
“La kan dah bagi tadi..mahal taw hadiah tadi tu. Kat kedai tak der jual punye la”,kelentongku dipagi hari.
"banyak la kau punya hadiah",kata ibuku
dan aku hanya mampu tersegih ibarat kerang busuk.
"ok, kalau ma nak sangat hadiah mehla pilih hadiah yang budak-budak sekolah bagi kat orang ni. ma pilih je yang mana ma berkenan" jawabku kemudiannya..
"tak nak la ma", jawab ibuku.
La, tak nak la pulak, bisik hati kecilku.
Sebelum bersarapan pagi pada pagi itu, aku sempat hantar sms kepada adik beradik aku,
Woi, hari ni hari jadi ma la!!!!!
p/s: tunggu gaji la, baru p cari hadiah kat ma..huhu, luv u mama!!!!
Labels:
coretanku,
pengalaman hidup,
perjalanan hidupku
Thursday, April 14, 2011
aku seorang pendidik???
ye, ape yang kamu kamu semua baca kat atas tu memang betol..tugas or keje aku sekarang ialah seorang pendidik aka guru or cikgu. Pendidik anak bangsa la katakan..ceh ceh ceh, ayat tak tahan oooo aku ingat lagi, masa aku kecik-kecik dulu, aku suka main cikgu-cikgu sama kawan-kawan aku. balik je dari sekolah, campak beg, makan-makan nasi, terus merayap kat rumah kawan. masa kecik-kecik dulu best, main bagai nak rak, tak yah pikir masalah-masalah yang tak berkaitan. masalah aku zaman kecik dulu cuma satu je, abang-abang ngan kakak-kakak aku selalu usik aku..huhu.Jadi, azam aku, aku nak cepat-cepat besar, bila aku besar leh la aku kacau dan balas dendam ka diorang plak..tu masa kecik-kecik la, bila da besar masing-masing dok jauh dan ader family sendiri..nak gadoh pun tak sempat..kadang-kadang rindu sangat zaman gaduh-gaduh masa kecik dulu nan adik-beradik aku..huhu oh, kita sudah terpesong tajuk ni..ok berbalik pada kerjaya aku as cikgu..cam mimpi lak aku jadi cikgu ni coz mase ka u dulu aku blaja nak jadi nurse, tiba-tiba jadi cikgu lak. pelik kan..ye memang pelik tapi inilah kenyataannye, so terima la Masa aku sekolah dulu, aku tengok rilek je cikgu-cikgu ajar n handle aku dan kawan-kawan. Hairan jugak aku, camne la cikgu-cikgu aku tuh boleh sabar ngan kerenah n perangai kitaorang ni.. "cikgu, saya tak bawak buku la", "cikgu, pensel saya hilang", "cikgu, dia mengata saya," ...cikgu...cikgu..cikgu...arggghhhhh pening la cikgu, kalo sorang ngadu takpe la jugak, ni kalo satu kelas ader 40 orang,n semuanye pegi ngadu kat cikgu,,peningla cikgu..even hal kecik pun nak ngadu kat cikgu..budak-budak "cikgu, amir berak dalam kelas", adu seorang budak.. so, pe reaksi korang??? p/s:bukan senang nak jadi pendidik, sekaang baru rase insaf coz pernah tak dengar kata cikgu masa kecik-kecik dulu..cikgu, maafkan segala kesalahan anak muridmu ini,hehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)