Showing posts with label etiqa. Show all posts
Showing posts with label etiqa. Show all posts

Monday, September 1, 2014

Takaful sbg perlindungan kewangan

Assalamualaikum w.b.t

Ehem..ehem..takaful atau insurans, emmm apa yang sedang bermain di fikiran bila tengok atau ada ejen takaful datang approach??

Heheehe..rasa tak selamat??tergugat?? macam-macam la kan. betul tak?

Sebenarnya ramai yang salah tanggap berkenaan industri ini. kenapa salah anggap ni wujud? sebab ramai yang tak faham sebenarnya. Kalau betul cara gunanya, takaful boleh jadi produk kewangan yang sangat hebat. sebagai contoh, kita makan ubat demam utuk redakan demam jika kita makan mengikut dose seperti yang diarahkan oleh doktor. Tapi kalo kita buat pandai-pandai sendiri ape jadi?? ermmm...fikir fikir dan renung renungkan ye.

Begitulah dengan produk takaful ni. Apa gunanya takaful? Takaful gunanya sebagai perlindungan..PERLINDUNGAN YE, bukan simpanan. Ramai yang salah anggap dan salah konsep..so sad =(

siapa yang perlu ada takaful??semua orang ke??

Ermm..bagi saya kalau anda sebagai ketua keluarga atau ada orang lain bergantung harap/hidup pada anda, anda perlu ada takaful. MESTI sebagai persediaan masa depan.

Kenapa??

Jika anda sihat, anda yang bekerja, tampung segala perbelanjaan keluarga, bayar bil dan segala hutang piutang setiap bulan. Tapi jika keadaan sebaliknya pula yang berlaku (bukan mendoakan tapi sebagai persediaan) apa yang bakal terjadi? Cukupkah duit simpanan kita untuk tanggung segala perbelanjaan sepanjang kita 'bercuti'?

Jika ditakdirkan Allah menjemput kita 'pulang', siapa yang akan langsaikan hutang piutang kita? Bagaimana nasib anak-anak dan isteri kita? Ermm... mari kita renungkan sejenak.

Just sharing, kalau ada pendapat boleh kongsi di ruangan komen. Thanks =)

Wednesday, September 11, 2013

Off day...

assalamualaikum w.b.t..

Hari ini aku off day selepas kerja malam 2 hari berturut-turut. Tapi ku gagahkan juga hati dan kaki ini untuk melangkah masuk ke ofis etiqa walau sekejap.

Misi untuk bulan ni untuk dapatkan 4 kes sahaja. Walaupun nampak macam sikit, tapi kalo tak berusaha jenuh jugak nak mencari tu. Rezeki tak kan datang bergolek kalau tak diusahakan. Pokok pangkalnye kena usaha. 

Walaupun sikit, tapi lama-lama kalo kita konsisten buat, nanti jadi bukit jugak kan. Jadi, aku try buat slow-slow untuk cari lagi satu kes untuk bulan september. Moga-moga dimudahkan oleh Allah. Ameen

Owh, lupa nak update, skrg da kerja jadi nurse balik, huhu..menyarung kembali pakaian yang beruniform itu. Tapi kat tempat lain. Moga dimudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki...amin

 

Wednesday, September 4, 2013

mabrur.


Dengan nama allah yang maha pengasih dan maha penyayang,
Assalamualaikum w.b.r

Rasanya belum terlambat lagi untuk I ucapkan selamat hari raya aidilfitri dan salam merdeka kepada semua. 

Alhamdulillah, hidup saat ini bertambah baik. Segala doa-doa yang dipanjatkan sebelum ini akhirnya satu persatu terjawab. Alhamdulillah..

Benarlah janji allah, setiap manusia akan diuji berdasarkan tahap keimanan masing-masing. Dan janji allah adalah pasti. Cuma kita sebagai khalifah dan hambanya mesti banyak bersabar redha dengan apa yang berlaku. Insya’allah setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya, Cuma cepat atau lambat sahaja kesedaran itu datang pada kita. Plan dan persiapan untuk bertunang pada tahun ini terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Tak mahu lagi nak dikenang kisah lampau, sekarang nak cerita tentang perkembangan produk etiqa yang terhangat dipasaran iaitu, mabrur.

Mabrur merupakan satu pelan haji yang sangat komprehensif untuk mempersiapkan diri anda dan ahli keluarga ke tempat yang berprestij. Hasil kerjasama antara etiqa takaful berhad dan lembaga tabung haji Malaysia ini akan memudahkan rakyat Malaysia dan bakal-bakal haji khususnya untuk mendaftarkan diri mereka dan ahli keluarga untuk memunaikan rukun islam yang ke lima itu.

Antara kelebihan yang akan diperolehi jika anda mendaftarkan diri  ialah;
  •         Pembukaan akaun tabung haji secara percuma (bagi yang belum mempunyai akaun) dan bayaran tunai tetap akan dikreditkan secara automatic kedalam akaun tabung haji

  •      Pendaftaran haji pada tahun ke-3, selepas mendaftar di etiqa

  •      Perlindungan komprehensif dengan manfaat badal haji dan ihsar*
 *manfaat badal haji akan dilaksanakan jika orang yang dilindungi meninggal dunia sebelum sempat     mengerjakan haji (rm 3000.00)

        *manfaat ihsar akan dibayar sekiranya jemaah haji dikenakan dam disebabkan oleh masalah kesihatan/ perubatan (rm 1000.00)

*elaun hospital rm 100.00/hari akan dibayar jika orang yang dilindungi dimasukkan ke wad (berkuatkuasa selepas 45 hari dari tarikh polisi dikeluarkan)

·   Jumlah bayaran tunai tetap sehingga 123% daripada jumlah asas dilindungi akan dibayar (bonus dari etiqa)

·   Tambahan 100% daripada jumlah asas dilindungi akan dibayar sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan di makkah atau madinah (umur peserta yang dilindungi mestilah berumur kurang dari 70 thn pada masa kejadian)

·   Elaun haji, umrah dan penjagaan anak*
*elaun haji/umrah Rm 1000.00 akan diberikan kpd bakal jemaah haji sebelum bertolak ke makkah- selepas 5 tahun sijil berkuat kuasa
*Elaun penjagaan anak yang ditinggalkan semasa mengerjakan haji akan diberikan kepada penjaga (anak mestilah berumur 18 kebawah) Rm 1000.00

·   Boleh disertakan sekali dengan kad perubatan- bil hospital ditanggung 100% oleh etiqa takaful berhad
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...