Showing posts with label cikgu. Show all posts
Showing posts with label cikgu. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

mencukur rumput

situasi: [cuba bayangkan ok]..................Seorang pemuda/pak cik sedang melibas parang di kawasan semak/rumput panjang.

Dapat imagine tak camne situasi dia??aku dah godek-godek google tadi tapi tak jumpa la gambar yang aku nak. saje je nak kongsikan jawapan student aku yang aku rasa memang tak bleh blah sangat-sangat.

soalan dia camni: bina ayat berdasarkan gambar yang diberikan.
jawapan pelajar 1: ayah saya sedang menebas rumput dengan parang
jawapan pelajar 2: ayah saya sedang memotong rumput.
jawapan pelajar 3: ayah saya sedang MENCUKUR rumput.

cik arija: owh, betapa kecewa dan hampanya aku dengan jawapan no.3 tu, T_T......
             tapi, lepas beberapa hari, and aku cerita balik benda ni kat cikgu-cikgu lain, hampir pecah perut kitaorang gelak. Bila dok ramai-ramai dan kongsikan jawapan para pelajar yang 'luar biasa' ni, boleh gak hilangkan tensen. bagus jugak kadang-kadang jawapan yang 'luar biasa' ni.=)

ihsan dari yahoo.com
ok, cuba korang pulak bina ayat berdasarkan gambar rajah kat atas tu.

Almond London

"cikgu, biji badam tu ape?" tanye seorang pelajar.
"eh, awak tak pernah tengok ka?"
"tak pernah la cikgu"
sambil berfikir-fikir, tiba-tiba siguru tersebut teringat akan almond london.
puasa dah dekat, nak buat kuih ape ek tahun ni????  

"awak pernah makan tak almond london?"tanye guru tersebut.
"pernah, cikgu"jawab pelajar tersebut
"em, kalau awak perasan, masa makan almond tu kat tengah-tengah dia ada 'kacang'. awak perasan tak?"
pelajar tersebut mengangguk-angguk sambil cuba mengingati almond london yang pernah dimakannya barangkali.

"kalau awak nak tahu, 'kacang' tu la biji badam"
"bahasa melayunya badam, bahasa omputehnye almond" sambung siguru itu tadi
"oooo..."jawab pelajar tersebut sambil tersenyum

gambar ihsan almond london dr en google =)

Sunday, July 10, 2011

kuning oh kuning!!!

"cikgu, cikgu, kalo cikgu nak pergi jalan-jalan, cikgu jangan pakai baju warna kuning", beritahu salah seorang muridku yang berumur 7 tahun.
belum pun sempat aku bertanya kenapa, dia terus menyambung, "nanti kalo pakai baju warna kuning, kene tangkap"
aku hanya diam tidak memberi sebarang respon..

ader sape-sape tak pikir cam ape yang tengah bermain kat kepala aku ni????

Wednesday, June 29, 2011

Miss Cinderella


Situasi yang agak pelik bagi aku..aku rasa dan seingat-ingat aku,situasi ni tak pernah aku nampak kat mana-mana kecuali kat tadika je..
cik peri2, tolong gue sihh


Masa aku mula-mula mengajar dulu, aku pelik tengok gelagat cikgu-cikgu ni. Apesal la diorang ni terlebih rajin. Asal tak suruh je budak-budak tu yang buat bukan susah pun.

Sekarang aku face benda yang sama jugak. Dan dengan sendirinya gelagat pelik cikgu-cikgu kat sekolah aku tu, dah berjangkit kat aku…gelagat ape tu???

Menyapu didalam kelas..ya,aku ulang sekali lagi  M.E.N.Y.A.P.U D.A.L.A.M. K.E.L.A.S. sila eja satu-satu ye. 

Tapi tabiat ni special untuk budak-budak tahun satu je. Kenapa tak suruh budak-budak je menyapu???
Sebabnya:

1.       1. Kelas darjah 1, memang bersepah, serabut mata memandang. Apatah lagi otak kan??jadi, aku tak tenang selesa mengajar kalo kelas terlampau kotor

2.      2.  Kalo ko suruh budak-budak tahun satu ni kutip sampah di tempat masing-masing, mulala sorang-sorang pergi cari batang penyapu. Nak menyapu

3.      3.  Then, dia akan start menyapu..gelagat diorang menyapu ni yang aku tak tahan. Soooo slowww la untuk budak perempuan. Kalo budak laki lak, mereka akan tolak sampah tu dengan penyapu, macam main hoki kat ais..bising2

4.       4. Tu gelagat pelajar dengan batang penyapu. Yang tak dapat batang penyapu tu? Mereka akan sapu bawah meja mereka dengan kertas sampai la bersih
5.       Memang kalo biarkan diorang ni menyapu, 1 jam pun tak siap lagi. Baik aku buat sendiri lagi cepat dan puas hati..5 minit je

6.      5.  Lagipun tak cun la kalo pagi-pagi dah nak melolong dan ‘berceramah’ ni

Jadi, setiap kali masuk kelas tahun satu, aku akan jadi miss Cinderella..dah la masa aku selalunya pukul 8..jadi, memang sah-sahla aku akan menyapu. Tapi bukan setiap hari la =)

p/s: gambo miss cinderela yang cun xleh nak upload. gambar peri-peri kat atas tu ihsan dari google.

Tuesday, May 3, 2011

Ye ke nama Allah 99????


“cikgu, cikgu, ye ke Allah ader 99 nama?” Tanya muridku setelah sekembalinya beliau dari tandas.
“ye, Allah ade 99 nama”, jawabku.
“oo..banyaknye nama Allah” ngomelnya sambil menyatakan kekagumannya itu kepada kawan-kawannya yang lain.
“eh, ye ke Allah ade 99 nama ni”, Tanya ku untuk menguji beliau dan kawan-kawannye.
“entah”, jawab kawannya yang lain.
“eh eh, mane boleh cam tu” kataku. “ok, awak ingat tak ape yang awak nasyid pagi-pagi sebelum kita masuk ke kelas?”, tanyaku kemudiannya.
“asma ul-husna cikgu”, jawab mereke.
“ye, asma ul-husna tu merupakan nama-nama bagi allah. Ok sekarang cuba awak bernasyid dan bilang nama-nama allah tu. Cukup tak 99”. Ujarku kepada mereka.

“nas alukaya …………………..” mereka mula bernasyid . mula-mula 3 orang je yang bernasyid. Makin lama makin kuat pulak suara diorang ni. Rupa-rupanya hampir satu kelas bernasyid asma ul-husna, sehinggakan menarik perhatian guru kelas sebelah kelas aku.

…………….setelah selesai bernasyid………………………………………………………..

“Ha, betol tak Allah ade 99 name? cukup tak?” tanyeku.
“errrr…lupa nak bilang la cikgu”, murid yang mula-mula bertanya soalan kepadaku tadi menjawab.
Owh..ok!!!!ujarku dalam hati sambil tersenyum.

p/s: rupa-rupanya, dalam perjalanan masuk ke kelas tadi, budak tu terdengar cikgu kelas sebelah yang ngajar. Pintar sungguh budak-budak sekarang ni. Naluri ingin tahu mengatasi segala-galanya.
picture credit to: google.com

Monday, April 25, 2011

saya sayang cikgu

Di sekolah aku memang banyak sangat pasangan yang kembar. Macam-macam ader. Tapi dalam banyak-banyak kembar tu, hanye mereka berdua ni je yang boleh mencuri dan menarik perhatian aku. Nak taw kenapa? Jom ikut story aku.

Mereka berdua ni ibaratnye cam isi dengan kuku. Maklumlah, sejak dalam perut lagi mereka duduk sekali, ye dak?makan setali pusat, berak dan kencing pun dalam satu placenta. Mane boleh nak dipisahkan.

Al-kisahnye, mereka berdua ni berada dalam kelas yang berlainan, tapi kedua-dua kelas mereka ni aku yang ngajornye. Mereka berdua ni pelik dan istimewa sikit dari pasangan yang lain. Dalam kelas mereka tak suka bergaul dengan kawan-kawan lain. Mereka berdua ni, hidup dalam dunia mereka sendiri. Tiap kali aku masuk, mesti main. Main robot-robot dengan pensel, tak pun melukis. Memang tu je keja dia hari-hari. Banyak giler buku lukisan dia, tapi buku BM aku satu je. Tu pun puas pujuk nak suruh beli. Haish!!!

Bila masuk time blaja, memang malas tahap gaban. Tak penahnye siap keje aku tu kecuali ade habuan. Ape habuannye??coklatla, ape lagi. Matila cikgu kalo hari-hari nak beli coklat kat kau orang berdua. Kalo dah bagi coklat kat sorang tu, yang lain mesti jeles. Nak coklat jugak, kalo hari-hari camni, boleh bankrupt la cikgu yang oi..

Satu hari tu, lepas siap ngaja kat depan kelas, aku pergi slow talk dengan dia (si adik, kite letak name dia ni amer).

Cik arija: assalamualaikum..(terperanjat dia coz masa tu dia tengah main robot-robot dengan pensel)

Amer: …………………..(reaksi terkejut)

Cik arija: tak jawab pun salam cikgu (sambil duduk kat kerusi sebelah dia)

Amer: senyum

Cik arija: cikgu nak tanye satu soalan boleh tak?

Amer: boleh (senyum lagi)

Cik arija: kenapa eh amer selalu tak menulis masa cikgu?

Amer: cikgu tulis banyak sangat la. Amer penat. Dah la balik dari sekolah kene pergi kelas tusyen lagi. Pukul 7 baru balik. Hari jumaat sabtu pun tusyen jugak. Dari pukul 2 hingga 5. Nak main pun tak sempat.

Cik arija: oooo..begitu. pastu, kat tempat tusyen amer menulis tak?

Amer: menulis

Cik arija: kat tempat tusyen menulis pulak. Tapi, kat sekolah amer tak menulis pun. Kenapa?

Amer: ……….(diam sambil senyum-senyum)

Cik arija: same je kat sekolah ke kat tusyen ke, dua-dua amer bayar kan?em, amer sayang cikgu ke sayang cikgu tusyen?

Amer: tak tahu

Cik arija: tak tahu? Em, cikgu kat tempat tusyen amer ader tak datang cakap-cakap macam ni kat amer? Tanye amer, ambil berat pasal amer?

Amer: tak de

Cik arija: ok, sekarang sape yang lebih sayang kat amer? Cikgu ka cikgu tusyen?

Amer: cikgu
Cik arija: amer sayang cikgu tak?

Amer: sayang

Cik arija: pastu, keje cikgu tak pernah pun siap. Ye ke sayang kat cikgu ni?

Amer: ye, sayang cikgu

Cik arija: ok, kalo sayang cikgu nak buat camne?

Amer: kene siapkan keje sekolah

Cik arija: betul?

Amer: ye, janji..esok saya siapkan keje cikgu (dengan penuh semangat dia berkata-kata)

Ok, settle satu bab.haha, cara lembut lebih berkesan dari kekerasan kan?

Thursday, April 21, 2011

kesibukkan melanda

Yes, this week was superb busy. why?? Why?? wHy?? WHY??? Please choose the best answer.
a. I have a date this weekend
b. I have party this weekend
c. My wedding ceremony this weekend

So, ape jawapan korang??? Adakah A, B, or C??? ok, jum usha jawapan aku lak? Nape eh??

Its because exam week. Yes, its EXAM WEEK..korang tak salah tengok pun. see, cara tulis pun da macam arahan kat buku soalan, huhu..fortunately, everythings over today, hehehe…eh jap-jap, even exam dah habistapi aku still sibuk..sibuk kenapa??

Ha, nilah dia mendenye. Kalo dah namenye exam tu, mestilah ader orangkan nak kene mark paper budak-budak tu kan. So, Keje sape lagi tu, kalo bukan keje cikgu. Jadi, keje aku weekend ni, mark paper budak-budak. Tak sempat la nak bersiar-siar kat blog orang lagi. Hobi aku tu, terpaksa diberhentikan seketika buat masa ni. No date, no party and no wedding ceremony!!!!Adios..=)

p/s: ader tujuh paper sume nak kene mark ni..aduh, pening gue sih!!!

Thursday, April 14, 2011

aku seorang pendidik???

ye, ape yang kamu kamu semua baca kat atas tu memang betol..tugas or keje aku sekarang ialah seorang pendidik aka guru or cikgu. Pendidik anak bangsa la katakan..ceh ceh ceh, ayat tak tahan oooo aku ingat lagi, masa aku kecik-kecik dulu, aku suka main cikgu-cikgu sama kawan-kawan aku. balik je dari sekolah, campak beg, makan-makan nasi, terus merayap kat rumah kawan. masa kecik-kecik dulu best, main bagai nak rak, tak yah pikir masalah-masalah yang tak berkaitan. masalah aku zaman kecik dulu cuma satu je, abang-abang ngan kakak-kakak aku selalu usik aku..huhu.Jadi, azam aku, aku nak cepat-cepat besar, bila aku besar leh la aku kacau dan balas dendam ka diorang plak..tu masa kecik-kecik la, bila da besar masing-masing dok jauh dan ader family sendiri..nak gadoh pun tak sempat..kadang-kadang rindu sangat zaman gaduh-gaduh masa kecik dulu nan adik-beradik aku..huhu oh, kita sudah terpesong tajuk ni..ok berbalik pada kerjaya aku as cikgu..cam mimpi lak aku jadi cikgu ni coz mase ka u dulu aku blaja nak jadi nurse, tiba-tiba jadi cikgu lak. pelik kan..ye memang pelik tapi inilah kenyataannye, so terima la Masa aku sekolah dulu, aku tengok rilek je cikgu-cikgu ajar n handle aku dan kawan-kawan. Hairan jugak aku, camne la cikgu-cikgu aku tuh boleh sabar ngan kerenah n perangai kitaorang ni.. "cikgu, saya tak bawak buku la", "cikgu, pensel saya hilang", "cikgu, dia mengata saya," ...cikgu...cikgu..cikgu...arggghhhhh pening la cikgu, kalo sorang ngadu takpe la jugak, ni kalo satu kelas ader 40 orang,n semuanye pegi ngadu kat cikgu,,peningla cikgu..even hal kecik pun nak ngadu kat cikgu..budak-budak "cikgu, amir berak dalam kelas", adu seorang budak.. so, pe reaksi korang??? p/s:bukan senang nak jadi pendidik, sekaang baru rase insaf coz pernah tak dengar kata cikgu masa kecik-kecik dulu..cikgu, maafkan segala kesalahan anak muridmu ini,hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...