Kita jangan takut mati,
Jangan mencari mati,
Jangan lupakan mati,
Tetapi rindukan mati.
Kerana mati itu adalah pintu
Berjumpa dengan Allag SWT.
Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup,
tetapi mati adalah awal cerita sebenarnya,
maka, sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan..
Mendalam kan maksudnya?Bila terfikirkan pasal mati dan bertemu dengan Allah, terasa hina dan kerdilnya diri ini. Banyak lagi yang perlu ana dipelajari, seringkali terlintas difikiran ana dikala sendirian, 'dapatkah aku menghuni Jannah Allah swt?"
"Ramai yang sakit hidup zaman berzaman, tetapi yang segar bugar tiba-tiba meninggal, daun yang gugur kebumi, rantingnya masih lagi hijau, sedangkan ranting yang sudah kering masih lagi utuh didahan. Jadi, apakah maksud semua ini?"
Mari kita fikir-fikirkan dan renunginya..Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment