Alhamdulillah, hari ini masih lagi berkesempatan untuk merasai nikmat allah ini. alhamdulillah.
Em, hari ni nak cerita pasal waktu lapang atau waktu yang dikurniakan CUTI....wah, rasa happy sangat-sangat kalau dapat cuti. maklumlah, cuti susah sikit nak dapat disebabkan oleh kekurangan staf. kalau dapat cuti tu, memang senyum sampai ke telinga. Malam sebelumnya tu da siap-siap call akak, "wey, esok aku cuti. jangan lupa datang amek aku pagi-pagi"..huhu2. macam dialog masa sekolah dulu-dulu, (dulu-dulu aku duduk asrama) time nak balik =).. bile dah keje pun lebih kurang sama je gayanya..hehe, maklumlah orang bujang katakan =P
Okeh, bila da cuti ni, macam-macam da plan yang bermain dikepala ni. sekarang ni tengah giler nak mencuba resepi-resepi baru. yang jadi mangsanya sudah tentula kakak kesayanganku ini. nak masak itu, nak masak ini, shopping sakan kemain. tengah excited katakan.
bila sampai rumah da penat, dan berniat dalam hati sambil beritahu kakak, "aku ak rehat sekejap". sambil merebahkan badan ke katil. tup-tup, bangun-bangun da petang. Dari dalam bilik sudah dapat bau, bau wangi. Jenguk la kepala ke dapur..Wooooo...penuh atas meja,nyum3.sedapnye.
Resepi berjaya dimasak, tapi oleh orang lain, huhu.Aku tukang makan je. Buruk punye perangai adik..nak buat macam mana, buruk-buruk pon adik kamu jugak, hahaha., =), peace no war..luv u, luv u so much kak yah.
setakat ni, resepi yang dah berjaya di planning dan dimasak oleh kakak aku ialah, spagetti bolognise, ikan patin masak tempoyak, sup tulang, hotdog stim, dan nasi ayam special..hehe. luv u so much la coz telah memenuhi keinginanku ini.
p/s: gambar masakan tak dapat nak ambil sebab kamera rosak =(
No comments:
Post a Comment