Showing posts with label zaman muda remaja. Show all posts
Showing posts with label zaman muda remaja. Show all posts

Tuesday, October 2, 2012

masa terluang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

Alhamdulillah, hari ini masih lagi berkesempatan untuk merasai nikmat allah ini. alhamdulillah.

Em, hari ni nak cerita pasal waktu lapang atau waktu yang dikurniakan CUTI....wah, rasa happy sangat-sangat kalau dapat cuti. maklumlah, cuti susah sikit nak dapat disebabkan oleh kekurangan staf. kalau dapat cuti tu, memang senyum sampai ke telinga. Malam sebelumnya tu da siap-siap call akak, "wey, esok aku cuti. jangan lupa datang amek aku pagi-pagi"..huhu2. macam dialog masa sekolah dulu-dulu, (dulu-dulu aku duduk asrama) time nak balik =).. bile dah keje pun lebih kurang sama je gayanya..hehe, maklumlah orang bujang katakan =P

Okeh, bila da cuti ni, macam-macam da plan yang bermain dikepala ni. sekarang ni tengah giler nak mencuba resepi-resepi baru. yang jadi mangsanya sudah tentula kakak kesayanganku ini. nak masak itu, nak masak ini, shopping sakan kemain. tengah excited katakan.

bila sampai rumah da penat, dan berniat dalam hati sambil beritahu kakak, "aku ak rehat sekejap". sambil merebahkan badan ke katil. tup-tup, bangun-bangun da petang. Dari dalam bilik sudah dapat bau, bau wangi. Jenguk la kepala ke dapur..Wooooo...penuh atas meja,nyum3.sedapnye.

Resepi berjaya dimasak, tapi oleh orang lain, huhu.Aku tukang makan je. Buruk punye perangai adik..nak buat macam mana, buruk-buruk pon adik kamu jugak, hahaha., =), peace no war..luv u, luv u so much kak yah. 

setakat ni, resepi yang dah berjaya di planning dan dimasak oleh kakak aku ialah, spagetti bolognise, ikan patin masak tempoyak, sup tulang, hotdog stim, dan nasi ayam special..hehe. luv u so much la coz telah memenuhi keinginanku ini.

p/s: gambar masakan tak dapat nak ambil sebab kamera rosak =(

Sunday, October 16, 2011

satu, dua dan dot dot dot

"adik kau cepat pergi mandi!!! aku kira sampai tiga" laung seorang kakak pada adiknya pada petang hari.
adiknya yang sedang enak bermain tidak menghiraukan ugutan kakaknya terus juga bermain.
"satu, dua, dua setengah, dua suku, tiii...iiiii...ggg...aaaa..."laung kakaknya sampil mengeja nombor tiga itu.
adik yang masih enak bermain tidak menyedari akan kemarahan kakanya itu. adik meneruskan permainannya itu disertai gelak ketawa beliau bersama rakan-rakannya.

"Panggg!!!!" tangan kakak berbirat dibelakang adik. Adik yang melihat kemarahan kakak yang telah sampai ke kemuncaknya terus berlari ke rumah sambil meraung sekuat-kuat hati..

       ***************************************************************************
Intro je tu.hehe, tapi tu kisah benar taw. kisah masa aku kecik-kecik dulu. ape yang aku nak highlight kan kat sini ialah, korang perasan tak cara akak aku tu kira..
satu...dua..dua setengah...dua suku...tiga.perasan tak???
sepatutnya, kalau ikut logiknye dua suku dulu la kan baru dua setengah..kan?kan? kan??

Tapi kalo sebut dua suku dulu baru dua setengah, cam tak best plak bunyinye. cuba kire, best tak bunyinye???

Kadang-kadang aku pon kira macam tu jugak kalo nak ugut anak-anak sedara or anak-anak murid aku, hahaha..cam sengal je aku ni..tak pe sekali sekala je beb, bukan selalu pon. ye dakkkk????

p/s: naper xleh nak upload pic ni??bila nak upload terus firefox closed dgn sendirinya. ader sape-sape boleh tolong tak??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...