Showing posts with label perkongsian ilmu. Show all posts
Showing posts with label perkongsian ilmu. Show all posts

Monday, July 11, 2011

kisah si ikan dan manusia

alhamdulillah, kenyang rasanya tapi da terlebih plak kenyang rasanye..setelah penat berpuasa seharian, terasa nikmat sangat-sangat bila air membasahi kerongkong ni.alhamdulillah

ok, hari ni aku nak kongsi satu kisah, iaitu kisah si ikan dan manusia. yakni lebih kurang perumpamaan la (*sory aku xleh pikir perkataan yang sesuai la tok gantikan perumpamaan tu, huhu.terlebih kenyang la ni, otak pun turut jadi lembap T_T)

kisah ni telah diceritakan oleh ustaz aku semasa aku di matrikulasi dulu. jadi, hari ni aku nak kongsi sikit cerita ni ngan korang. moga-moga kita dapat sama-sama menjadi insan yang lebih baik dari semalam, insya'allah

ustaz aku cakap, kita ni macam ikan. ikan yang berada didalam sungai. ikan tu bebas berenang kesana kemari serta melompat kesana sini dengan riangnya tanpa perlu risau akan apa-apa. tapi ikan tu perlu ingat, dia kene jaga batas-batas renangannye dan lompatannya itu.kerana jika silap hari bulan, boleh terlompat dan mendarat kedarat. ok, once ikan tu da lompat naik kedarat, macam-macam leh jadi. silap haribulan boleh masuk periuk dijadikan gulai or digoreng (ni ayat yang aku tambah,huhuhu)


maksudnye, ikan tu hanya boleh berenang dan melompat bebas hanya dalam kawasan berair je. kalau ikan tu degil jugak, maka jadilah santapan aku ikan tu akan mengelupur kesakitan and finally mati, kalo tak ader insan-insan yang baik hati nak tolong dia.

ape analoginye ikan tu ngan kehidupan kita sebagai orang islam??? sebagai orang islam yang beriman, kita ader peraturan-peraturan yang perlu kita patuhi. seperti menutup aurat, puasa di bulan ramadhan, sembahyang 5 kali sehari dan sebagainya yang telah termaktub dalam al-quran dan hadis. jika kita patuhi kesemua peraturan yang allah tetapkan ini, insyaallah kita akan selamat dan bahagia.
 
tapi, kalo kita degil dan banggang tolol juga, tak mahu hidup dalam lingkungan agama, maka jadilah kita macam ikan tu, terkapai-kapai. tapi, kita tak kan mati semudah ikan tu. ikan kalo tak de air, mati. tapi kita kalo takder agama, mati jugak tapi mati hati, jasadnye hidup tapi jiwa kosong. ni yang lebih parahnye..nasihat orang bagi tak mo dengar, asyik die je yang betol, ni masalahnye

jadi untuk selamat dari anasir-anasir yang tidak diingini, jagalah lingkungan dan batas-batas agama kita. jangan mudah dicerobohi..jom kita 'berenang dan melompat' dengan riang-ria =)

p/s: takder orang yang boleh tolong diri kita melainkan diri kita sendiri. orang lain hanya boleh bagi tunjuk ajar dan nasihat, tapi kitalah yang perlu mulakan langkah pertama kearah perubahan tu

pssttt: jangan sedih jika orang lain tidak menghargai kita, tapi bersedihlah jika diri kita benar-benar tidak beharga (ust pahrol mohamad juoi)

Saturday, June 18, 2011

Kisah cik arija, Bawang putih dan cik jerawat

Setiap wanita pasti menginginkan kulit wajah yang bersih, putih, gebu dan tanpa sebarang cela. Tipu la kalo ader sape-sape yang cakap dia tak suka kulit yang bersih….

biarpun hitam, asal bersih. Ya, biar hitam, asal BERSIH..sejuk je mata memandang

Bila nampak je jerawat mula menampakkan diri, mesti kita rasa worried giler kan. Down je..begitulah juga ape yang aku rasa.

Demi menghilangkan jerawat batu yang baru berusia sehari ini, aku mencuba petua yang diambil dari internet. Petua dia simple je.  Ape dia??
Ambil seulas bawang putih kemudian tumbuk sampai hancur. Lepas tu, tempek kat tempat yang ader jerawat tu.
owh bawang putih!!kalo jeruk sedap jugak ni

Pada pukul 1 pagi, aku memulakan operasi ini..ketung..ketang  ketung..ketang..alu dan lesung batu berbunyi..bila aku tempek bawang putih ni kat tempat jerawat tu, mak aiiii panasnye rasa. Tapi aku sabar je…..sabar, sabar kan nak cantik, bisikku dalam hati sampai aku terlena

Bangun je dari tidur, awat aku rasa muka aku lain macam je ni? Aih, tak boleh jadi ni..aku amek cermin..belek-belek muka aku. 

Ya, allah awat makin teruk ni..bengkak plak dah..huh, camne nak p sekolah esok ni??? malu la aku T_T

 So, moral of the story ialah, jangan sesekali mencuba sesuatu yang kita tak pernah cuba..tambah-tambah area muka.mungkin benda tu sesuai bagi orang lain tapi tidak bagi kita..so be careful ya!!!!

p/s: seperti tikus membaiki labu =( ku kecewa

Friday, June 10, 2011

'Ringan-ringan' Bakal Lahirkan Keluarga & Zuriat Zina



Maka sesiapa yang membiarkan ikatan pertunangan dan era mudanya dicemarinya dengan 'ringan-ringan dan zina', ia membenihkan penyakit yang serius dalam hati. 

Tanpa taubat yang sebenar, Allah SWT akan membiakkan lagi peluang dan ruangnya untuk menjadi orang yang celaka, dan mendapat keluarga yang bakal runtuh, kecoh dan hancur. Kelaurga yang amat berpotensi melahirkan suami yang bermain kayu tiga, isteri bercinta dan zina dengan rakan sekerja, anak yang menjadi penzina muda di sekolah dan lain-lain bencana keluarga yang pastinya diakhiri dengan penceraian dan penderitaan anak-anak. 

Matinya si ibu bapa ini kelak, mungkin diiringi  dengan celaan atau sorakan oleh anak-anak peninggalannya. 

untuk membaca dengan lebih lanjut sila klik ke laman ustaz zaharuddin..
semoga perkongsian ini bermanfaat utk kita semua, wallahu 'alam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...