Thursday, May 5, 2011

May Allah give His blessing to you!!!!

Waktu pertama kali bertemu, aku hanya memandang dikau dari kejauhan. Mata saling memandang, namun tiada butir bicara perkenalan yang kedengaran. Di hati ini terdetik perasaan ingin mengenali dikau tetapi…Tiada keberanian di hati ini untuk bertegur sapa denganmu.

Masih berlegar-legar di kotak fikiranku ini, saat kita berkenalan dulu. Dulu, aku sangkakan dikau pelajar asing kerana cara percakapan dikau ada iras-iras orang Indonesia. Tapi segala-galanya terungkai selepas kita berkenalan. Masih aku ingat lagi, selepas habis kelas pada malam itu, aku tidak mempunyai teman untuk pulang ke asrama. Aku sangat khuatir dan takut. Lantas, aku bertanya satunya-satunya teman yang aku ada pada waktu itu, (kawan aku ni dulu satu matrik dgn aku), lantas, dia menunjukkan khairun nisa kepadaku.

Daripada nisa lah aku mula mengenali dirimu. Lantas cerita-cerita mengenai asal usul dikau ku perolehi. Tanpa sedar, masa terus berjalan. Dan kita menjadi BBF. Sungguh, aku tidak sedar pun begini cepat masa berlalu. Segala suka dan duka kita lalui bersama. Empat tahun bersama, terlalu banyak kenangan dan memori yang kita lalui bersama.

Kini, kita saling berjauhan..terpisah oleh Laut Cina Selatan. Dan kini, kita mula sibuk dengan kehidupan peribadi masing-masing. Mula mengejar impian dan cita-cita. Tiada lagi gurau senda kedengaran seperti dulu, tiada lagi kedengaran tawamu di telingaku, tiada lagi aktiviti riadah bersama-sama dan tiada juga masa untuk bersama seperti dulu-dulu. Namun, walau dikau tiada didepanku sekarang ini dan walau sesibuk manapun diriku, dikau tidak pernah daku lupakan.

Daku sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirimu dan keluarga. Selamat Hari Lahir kawanku, semoga dikau sentiasa dalam lindungan dan rahmat dari yang Maha Esa. Amen.
gambar kenangan waktu belajar dulu

p/s: entry ini ditujukan khas kepada salah seorang BBF aku, Hartini Haron!!

3 comments:

Luna Nisa said...

wuuuaaaaa...rindu giler korang!!! rindu waktu kita masak2 & makan2 sama2..Gud luck my BFFs!

cik arija said...

ak pun....andaikan dapatku undurkan waktu

cik blogger said...

ehem2!!!
oo..ngumpat ek?? hahha..takde lah..
TERIMA KASIH ati! untuk entri yang ko buat khas untuk aku..special sgt..dan sgt bermakna untuk aku!!
kpd Nisa, aku juga rindu momen2 indah kita bersama!
Ati..Nisa..aku sayang korang dua!!! ;')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...