Thursday, May 19, 2011

Hadiah sempena hari guru


Tak terlambat lagi kiranya aku nak ucapkan selamat hari guru pada cikgu-cikgu yang telah mengajar aku dari aku kecik hinggalah sampai ke university. Ucapan ini juga ditujukan khas buat cikgu-cikgu yang tak formal aku. Yang mana, beliau sanggup melayan segala macam kerenah aku dari aku kecik hinggalah sekarang.

Macam-macam ucapan dan hadiah yang aku terima daripada daripada para pelajarku sekalian sempena hari guru ni. Time kasih ye!!hehe

Tapi, ketahuilah para pelajarku sekalian, cikgu tak pernah pun minta segala jasa dan pengorbanan cikgu dibalas. Cukuplah andainya korang sudi mendoakan cikgu. Harapan terbesar cikgu adalah ingin korang Berjaya. Ye Berjaya dalam hidup..cukuplah andainya korang memahaminya ape yang cikgu ajarkan. Itu sudah cukup membanggakan cikgu..

Pernah satu ketika aku mengeluh depan mak aku;
Cik arija: susahnye nak suruh budak-budak ni faham ape yang kite ajar. Tak tahu dah nak terangkan camne lagi ni..tensionnye ngajar budak-budak ni!!!!

Mak: sabarlah…ilmu tu kan milik Allah. Kefahaman tu pun milik Allah jugak. Doa banyak-banyak biar Allah permudahkan segalanya.Insya’allah

Ye, aku memang tension sangat-sangat kalo ngajar budak yang susah faham ni. Tambah-tambah budak kelas belakang, memang tension tahap gaban la.

Semoga segalanya berjalan lancar..amin

p/s: semoga aku terus istiqamah dan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi untuk terus mendidik anak bangsa menjadi muslim dan muslimah yang professional

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...