Thursday, May 26, 2011

hoyeh...hoooooyeh..cuti ooooooooooooooooo!!!!!


Ok, esok aku da start cuti oooooo…………………best betol ahk bila cuti sekolah ni..
Banyak da rancangan-rancangan yang aku da plan sama kawan-kawan aku utk cuti ni. Semoga semuanya berjalan seperti yang dirancangkan.

Eh, ade satu benda yang lagi best waktu cuti sekolah ni. Nak taw ape??
Pergi kenduri kawen la ape lagi..pergh, suka gile aku p kenduri kawen ni. Suka menyebok and intai-intai mane yang patut, hehe.

p/s: banyak da jemputan yang diterima ni. Mak aku da siap-siap g taw plan dia nak p kenduri kawen ngan aku ni..hehe

Saturday, May 21, 2011

Happy birthday mama!!!!!


Bangun je dari tido, terus aku on laptop kesayanganku ini. Tengah-tengah syok dok usha berita-berita dan kerja kosong kat tenet, tiba-tiba alarm tipon aku berbunyi..

Ah, malasnye nak tengok tipon. Alarm mende plak ni, bisik hati kecilku..bila nak padam alarm ni. Lamenye berbunyi, ngomelku tidak puas hati. Lalu, dengan malasnya aku mencapai tpon aku..

Ya allah, hari ni 20/5 la, cammane aku bleh lupa ni..adeiiii, teruk betolla, T_T tak prepare ape-ape pun.

“ma, hari ni hari jadi ma ek?”, laungku kepada ibuku

“a’ah”, jawab mak aku

“happy birthday to you” nyanyi ku kepada ibuku sambil menghadiahka ciuman dan pelukan kepada beliau.

“Mane hadiah?”Tanya ibuku.

“La kan dah bagi tadi..mahal taw hadiah tadi tu. Kat kedai tak der jual punye la”,kelentongku dipagi hari.
"banyak la kau punya hadiah",kata ibuku

dan aku hanya mampu tersegih ibarat kerang busuk.

"ok, kalau ma nak sangat hadiah mehla pilih hadiah yang budak-budak sekolah bagi kat orang ni. ma pilih je yang mana ma berkenan" jawabku kemudiannya..

"tak nak la ma", jawab ibuku.

La, tak nak la pulak, bisik hati kecilku.

Sebelum bersarapan pagi pada pagi itu, aku sempat hantar sms kepada adik beradik aku,
Woi, hari ni hari jadi ma la!!!!!

p/s: tunggu gaji la, baru p cari hadiah kat ma..huhu, luv u mama!!!!

Thursday, May 19, 2011

Hadiah sempena hari guru


Tak terlambat lagi kiranya aku nak ucapkan selamat hari guru pada cikgu-cikgu yang telah mengajar aku dari aku kecik hinggalah sampai ke university. Ucapan ini juga ditujukan khas buat cikgu-cikgu yang tak formal aku. Yang mana, beliau sanggup melayan segala macam kerenah aku dari aku kecik hinggalah sekarang.

Macam-macam ucapan dan hadiah yang aku terima daripada daripada para pelajarku sekalian sempena hari guru ni. Time kasih ye!!hehe

Tapi, ketahuilah para pelajarku sekalian, cikgu tak pernah pun minta segala jasa dan pengorbanan cikgu dibalas. Cukuplah andainya korang sudi mendoakan cikgu. Harapan terbesar cikgu adalah ingin korang Berjaya. Ye Berjaya dalam hidup..cukuplah andainya korang memahaminya ape yang cikgu ajarkan. Itu sudah cukup membanggakan cikgu..

Pernah satu ketika aku mengeluh depan mak aku;
Cik arija: susahnye nak suruh budak-budak ni faham ape yang kite ajar. Tak tahu dah nak terangkan camne lagi ni..tensionnye ngajar budak-budak ni!!!!

Mak: sabarlah…ilmu tu kan milik Allah. Kefahaman tu pun milik Allah jugak. Doa banyak-banyak biar Allah permudahkan segalanya.Insya’allah

Ye, aku memang tension sangat-sangat kalo ngajar budak yang susah faham ni. Tambah-tambah budak kelas belakang, memang tension tahap gaban la.

Semoga segalanya berjalan lancar..amin

p/s: semoga aku terus istiqamah dan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi untuk terus mendidik anak bangsa menjadi muslim dan muslimah yang professional

Sunday, May 15, 2011

cuti peristiwa....

Hari ini hari ahad. Sepatutnya aku kesekolah hari ini. Tetapi, dengan bangganya mudir sekolah aku mengumumkan cuti pada hari ini. Cuti peristiwa katanya. Nak taw peristiwa ape?


Ha, ni yang tak tahan ni. Cuti peristiwa ni sempena meraikan hari kelahiran aku kedunia yang fana ini 24 tahun yang lalu. Oh, aku sungguh terharu!!!!!

Terima kasih encik bos besar (mudir), jasamu akan kukenang…huhu

Owh..naifnye korang kalo korang percaya ngan tulisan aku ni.. aku tipu jela tu..huhu

Sebenarnya, semalam sekolah kitaorang mengadakan sukan tahunan. Jadi, selepas sukan mesti dapat cuti kan? Kene pulak dah cuti tu pada 15hb, sama ngan besday aku..melaram sakan la aku hari ni.yes, enjoyyy!!! Kepada kawan-kawan aku yang dok enjoy sakan kat kfc tu, sory tadi aku tak dpt join korang. Aku ader date la..huhu

Dan kepada mak yang tercinta thanks kerana menghantar sms yang mengharukan hati anakkmu ini;

“selamat hari lahir…….

Selamat hari lahir………

Selamat harilahir yang ke 24

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan

Dipercepatkan jodoh yang baik”

Luv u mak..muah mmuah mmuah

p/s: tak taw la nak wat banner camne n nak buat url tok banner camne.sesiapa leh tolong tak??internet explorer lak buat hal ni..uh..,,tolong33

Wednesday, May 11, 2011

Tuah ayam Nampak dikaki....

Assalamualaikum…
Aku mulakan entri aku hari ini dengan ucapan salam sejahtera keatas korang-korang sume yang sudi baca entry aku.

hari ni aku ader dua berita gembira..ha, ape dia tu???mesti korang sume teruja-ruja nak taw kan?? Ok, tanpa membuang masa korang dan masa aku, meh sini aku story kat hangpa sume.

Petang tadi, balik je dari sekolah, terus aku on laptop aku. Teruja sangat nak taw sape yang menang contest hari tu. Kot-kot la abg thalhah kite da umumkan nama pemenang tok contest hari tu. Setelah puas menunggu (sebabkan line tenet low), web syoknyer blogging pun muncul…

                                                  DUP DAP DUP DAP!!!

Jantungku berdegup kencang….sambil itu mata dan jariku terus scroll ke bawah mencari senarai pemenang tok contest hari tu….DAN KEPUTUSANNYA ADALAH….

                                            TADA!!!!!!!!!INI DIA...

  silalah klik utk paparan yang lebih jelas. dan kpd winners, congrats!!!

 
Ya Allah, tak sangka aku boleh menang. Biarpun berada di tempat keempat, tapi aku tak kisah pun. Janji ader dalam kategori pemenang.. ye dakkk??……………..the end of good news no.1…………………................................................

Good news no.2 pula ialah, next week aku ader interbiu.huhu, happynye. Wish me best of luck ye =)

p/s: tuah ayam Nampak dikaki, tuah manusia hanya TUHAN yang tahu.

Tuesday, May 10, 2011

REBAT TANAH UUM

Sehari dua ni kecoh dimedia-media massa mahupun elektronik berkenaan isu rebat cukai tanah UUM. Mengapakah teganya kerajaan Negeri Kedah menolak rebat daripada intitusi berkenaan? Mengapa? MENGAPA?

Persoalan inilah yang terus menghantui mindaku sehari dua ini. Adakah benar apa yang telah dicanangkan oleh media arus perdana ini??? Akal logikku keras menolak dan menafikan tomahan-tomahan yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu keatas kerajaan negeri Kedah ini.

Antara percaya dan tidak,aku terus menyelongkar pelosok-pelosok web untuk merungkai persoalan ini. Setelah puas mencari dan menyelongkar, akhirnya aku terjumpa web kerajaan negeri kedah. Akhirnya segala persoalan yang bermain dimindaku terjawab dengan jayanya. Kalau ader sape-sape yang berminat nak tahu pasal isu ini, sila KLIK SINI!!!!

p/s: ini hanyalah luahan hati aku dan ianya tiada kaitan dengan mana-mana parti politik!!!

Sunday, May 8, 2011

Ingin ku katakan......

Inginku katakan dengan indah bahawasanya aku amat menyayangi dan mencintai mu,

Ingin kupeluk erat dirimu,

Ingin kurasai hangatnya kasih dan belaian mu,

Inginku katakan hanya yang indah-indah saja tentang dirimu,

Hanya dirimu, hanya untukmu,

Namun kusedari,

Diri ini terlalu leka,

Terlalu lena diulit mimpi,

Apa yang difikirkan, apa yang dihasratkan
Tidak pernah daku kotakan

Daku sedar, kekadang aku terlalu beremosi,

Mengikut kata hati dan hawa nafsu
Yang Selalu saja mencabar kesabaranmu,

Maafkan daku,

Sesungguhnya, aku sedang mencari identity diriku,

Sehingga aku kekadang terlupa
Bahawa engkau lah yang pertama
Memeluk tubuh ini saat dilahirkan,

Mengucup dan mencium diri ini

Saat aku mula mengenali dunia ini

Terima kasih atas segalanya..

Ingin ku katakan hanya kau yang terindah..SELAMAT HARI IBU!!

Friday, May 6, 2011

Saya Rakan SyoknyerBlogging Paling Sporting

Tadi aku bukak email, alih-alih ternampak email yang dihantar oleh team syoknyerblogging. Then, aku pun bukak la website dia. Nak taw ape? Ader contest baru la. Tajuk dia, aku yang sporting. Kalo sape-sape yang rase diri dia sporting, sila KLIK SINI dan join contest ni.

Ok, sekarang aku nak mulakan citer aku, Saya Rakan syoknyerblogging paling Sporting!!!!!

1. Masa kecik-kecik dulu, mak aku cakap rambut aku cam Trojan. Terpacak je. Gerenti kalo cicak jatuh kat rambut aku, mesti mati syahidnye ...hehe, ayat penambah perisa ja ni. Ha, sekarang korang leh imagine tak camne gaya rambut aku masa kecik-kecik dulu??.

2. Then, masa kecik-kecik jugak…mata aku ni agak luas cam ikan lolong. Tak kenal ikan lolong??tengok gambar kat bawah ni..
...........................ikan lolong............................

................anak sedara yang bermata lolong..hahaha.................

3. Sebabkan itu jugaklah, abang-abang dan kakak-kakak aku memberi gelaran mata lolong kat aku. Saje je nak menganjingkan aku. Reaksi aku?? Pe lagi, mengamukla sambil nangis-nangis. Masa tu aku tak reti lagi nak menganjingkan diorang ni.

4. Masa kecik-kecik dulu aku ni lain sikit pada adik beradik aku yang lain. Kalo jalan-jalan ngan mak atau abah aku, mesti kawan-kawan depa akan tanye soalan yang berbunyi begini “anak sapa yang ko bawa ni??”

5. uh!!!nasib baik aku budak lagi masa tu. Tak kisah sangat la ngan cakap-cakap orang tua ni. Just, kelip-kelip dan sengih-sengih je bila dengar nama aku disebut-sebut.

6. Ha, nak taw tak nape diorang tanye soklan camtu??

7. Ni jawapan daripada sedara aku yang berpangkat nenek. Sampai sekarang aku ingat. “nanti besar-besar mesti cantik budak ni. Tengok ni, mata luas, kening bertembung. Bara lagi (‘bara’ yang digunakan disini merupakan slang kelantan yang bermaksud ala-ala muka orang arab camtu).

8. Owh, betapa bangganye aku bila dengar orang memuji diri ku..hahha

9. Ok, sekarang kita tengok aku yang sekarang ni….


................................Tada!!!!!!!!.................................

10. Alamakkk!!tak bara pun. Ko tipu la cik arija, dah la hidung pesek, kembang lak tu, perasan je lebih ko ni!!!!

11. Weh, tu citer aku zaman kecik-kecik la. Bila besar ni mestila ader perubahan fizikal dan biological kan? Kan?. (jawapan untuk orang yang kantoi, hahaha)

12. Dan atas sebab-sebab di atas itulah aku menggelarkan diriku, Saya Rakan SyoknyerBlogging Paling Sporting!!

13. Disebabkan aku yang sporting, maka dengan bangganya aku menceritakan kisah ini.

p/s: Hanya orang-orang tertentu saje taw yang tahu kisah aku ni. tapi sekarang ni, korang sume dah taw da kisah ni. Jadi, No secret anymore okay..

Thursday, May 5, 2011

May Allah give His blessing to you!!!!

Waktu pertama kali bertemu, aku hanya memandang dikau dari kejauhan. Mata saling memandang, namun tiada butir bicara perkenalan yang kedengaran. Di hati ini terdetik perasaan ingin mengenali dikau tetapi…Tiada keberanian di hati ini untuk bertegur sapa denganmu.

Masih berlegar-legar di kotak fikiranku ini, saat kita berkenalan dulu. Dulu, aku sangkakan dikau pelajar asing kerana cara percakapan dikau ada iras-iras orang Indonesia. Tapi segala-galanya terungkai selepas kita berkenalan. Masih aku ingat lagi, selepas habis kelas pada malam itu, aku tidak mempunyai teman untuk pulang ke asrama. Aku sangat khuatir dan takut. Lantas, aku bertanya satunya-satunya teman yang aku ada pada waktu itu, (kawan aku ni dulu satu matrik dgn aku), lantas, dia menunjukkan khairun nisa kepadaku.

Daripada nisa lah aku mula mengenali dirimu. Lantas cerita-cerita mengenai asal usul dikau ku perolehi. Tanpa sedar, masa terus berjalan. Dan kita menjadi BBF. Sungguh, aku tidak sedar pun begini cepat masa berlalu. Segala suka dan duka kita lalui bersama. Empat tahun bersama, terlalu banyak kenangan dan memori yang kita lalui bersama.

Kini, kita saling berjauhan..terpisah oleh Laut Cina Selatan. Dan kini, kita mula sibuk dengan kehidupan peribadi masing-masing. Mula mengejar impian dan cita-cita. Tiada lagi gurau senda kedengaran seperti dulu, tiada lagi kedengaran tawamu di telingaku, tiada lagi aktiviti riadah bersama-sama dan tiada juga masa untuk bersama seperti dulu-dulu. Namun, walau dikau tiada didepanku sekarang ini dan walau sesibuk manapun diriku, dikau tidak pernah daku lupakan.

Daku sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirimu dan keluarga. Selamat Hari Lahir kawanku, semoga dikau sentiasa dalam lindungan dan rahmat dari yang Maha Esa. Amen.
gambar kenangan waktu belajar dulu

p/s: entry ini ditujukan khas kepada salah seorang BBF aku, Hartini Haron!!

Tuesday, May 3, 2011

Ye ke nama Allah 99????


“cikgu, cikgu, ye ke Allah ader 99 nama?” Tanya muridku setelah sekembalinya beliau dari tandas.
“ye, Allah ade 99 nama”, jawabku.
“oo..banyaknye nama Allah” ngomelnya sambil menyatakan kekagumannya itu kepada kawan-kawannya yang lain.
“eh, ye ke Allah ade 99 nama ni”, Tanya ku untuk menguji beliau dan kawan-kawannye.
“entah”, jawab kawannya yang lain.
“eh eh, mane boleh cam tu” kataku. “ok, awak ingat tak ape yang awak nasyid pagi-pagi sebelum kita masuk ke kelas?”, tanyaku kemudiannya.
“asma ul-husna cikgu”, jawab mereke.
“ye, asma ul-husna tu merupakan nama-nama bagi allah. Ok sekarang cuba awak bernasyid dan bilang nama-nama allah tu. Cukup tak 99”. Ujarku kepada mereka.

“nas alukaya …………………..” mereka mula bernasyid . mula-mula 3 orang je yang bernasyid. Makin lama makin kuat pulak suara diorang ni. Rupa-rupanya hampir satu kelas bernasyid asma ul-husna, sehinggakan menarik perhatian guru kelas sebelah kelas aku.

…………….setelah selesai bernasyid………………………………………………………..

“Ha, betol tak Allah ade 99 name? cukup tak?” tanyeku.
“errrr…lupa nak bilang la cikgu”, murid yang mula-mula bertanya soalan kepadaku tadi menjawab.
Owh..ok!!!!ujarku dalam hati sambil tersenyum.

p/s: rupa-rupanya, dalam perjalanan masuk ke kelas tadi, budak tu terdengar cikgu kelas sebelah yang ngajar. Pintar sungguh budak-budak sekarang ni. Naluri ingin tahu mengatasi segala-galanya.
picture credit to: google.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...