Lama dah tak jumpa adik aku yang seorang ni.Maklumlah dia sedang belajar di selatan tanah air manakala aku di kelantan. Cuti semester dia pon sekejap je, seminggu. Bila aku dapat berita yang dia akan balik, hatiku melonjak gembira untuk melepaskan kerinduan yang telah lama terbuku, tapi malangnye, masa dia balik aku ada kelas. Kelas preparation sebelum masuk ward.Erm..
Pada petang Khamis tu, selepas kelas aku ingat tak nak balik walaupun esok cuti sebab banyak benda yang aku kene buat sebelum masuk ward. tapi disebabkan rindu yang tak tertahan, aku melangkahkan kaki ku mencari teksi dan balik ke rumah.
Setibanya aku dirumah, tiada orang. Adikku keluar berjumpa dengan guru-guru sekolah menengah..Erm..tak pe, coz malam ni boleh jumpa lg..aku nak datang usm hari sabtu, lambat lagi, fikirku.
Sewaktu aku tengah makan adikku pulang, aku sembunyikan dulu perasaan rinduku ini..Biar dia sapa aku dulu..Tak terduga olehku, dia menyambut kepulanganku dengan senyuman dan pertanyaan yang ramah sebagai adik kakak. Mungkin dia juga rindu padaku, fikirku..tapi tak tahu macam mana nak sembunyikan rindunya itu..fikirku, kerna, setiap butir kata dan tingkahnye itu jelas membuktikan segala-galanye..
Hehe..bangga aku ader adik macam tu, tapi yang paling bestnye, aku berjaya sembunyikan perasaan aku padanya.tak nak obvious sangat, kalo tak kantoi la aku..huhu
No comments:
Post a Comment