Semalam ingat nak buat kerja sikit, baca literature review untuk research projek aku. Ternyata hasrat ku itu tidak kesampaian. Lepas tolong idah angkat barang-barang dia untuk pindah bilik, aku melekat dekat bilik ex roomate ku.
Bercerita serba serbi la. Akhirnya ex-roomate ku telah berjangkit giler main game cam aku jugak.'Ketagih' katanya..huhu.Lepas balik dari bilik ex-roomate, terasa perutku mendendangkan irama. Um..lapar la pulak, roomateku pon lapar jugak.Nak buat macam mana ni? Rasa cam nak makan nasi, tapi nak pergi beli ngan ape? takkan jalan kaki kot?
Tiba-tiba, aku ngan roomate ku dapat idea..Haaa, apa kata pergi masak nasi bilik tini, dia ada beras dan rice cooker. Set, masak bilik tini. Aku makan nasi ngan kicap dan telur goreng. Kira ok la kan daripada berlapar. Malas nak makan maggi acap kali, takut jugak.
Lepas makan tu, lepak pulak bilik tini. Erm..topic panas dan banyak la soalan2 cepu mas yang keluar, topicnya ialah;berbicara dari hati ke hati (dah ader pak we ke blom??)
Huhu..memang soklan cepu mas la ni.Cerita punya cerita, tak sedar yang jam dah menginja ke pukul 1230am. Perasaan punya pasal la ni.
Lepas tu, aku minta diri nak chaw dulu la. Dah pagi kan. Sampai-sampai je kat bilik, aku sambung kerja aku yang tergendala dari tadi iaitu, sambung baca novel kat penulisan 2u, pergilah air mata. Baca punya baca, jam dah menunjukkan dekat pukul 3am. Erm..tidur la, mata pon dah sakit ni.
No comments:
Post a Comment