Thursday, July 2, 2009

Clinical posting, day 3

Semalam aku kerja shift petang. Bagi aku, kerja shift pagi lagi la seronok coz aku dah tahu ape nak buat. Bila tiba waktu petang, aku sedikit kaku. Tak tahu nak buat ape. Erm..rupanye macam biasa gak, lepas terima report dari SN shift pagi, aku wat bed making dengan dila dan sponging dengan ila.

Aku jadi assistant ila. Ila yang wat spongging. Yang bestnye, pasal mak cik ni, bila spongging dia nak air banyak..

"Mek, banyok gak sikit air tu", kata mak cik tersebut bila badannya terasa di lap tetapi tak terasa air. Aku hanya mampu tersenyum. Bila dah siap buat spongging tu, mak cik tersebut tak nak pulak pakai baju, panas katanya. Aku cakap tak boleh tak pakai baju mak cik, malu la kalo orang tengok..

"nak malu gapo gak mek, mok cik ni tuo doh, 'kecuk' doh, tak dok oghey eh nak tengok".

Pulak,macam-macam la mak cik ni. Tapi, alhamdulillah, akhirnya aku berjaya gak pujuk dia supaya pakai baju..pakai baju ikut depan, sekadar menutupi bahagian dadanya saja.

Yang aku sangat sedihnya, tak de sape pon yang menemani mak cik ni. Cucunya, barangkali pada firasatku, datang just untuk hantar barang je dan terus balik. Mak cik tu nampak muram, dah berapa hari tak lalu makan. Ubat pon dia tak makan jugak. Dia cerita kat aku, nak beli nasi yang orang jual kat dalam wad tu, tapi duit tak der, coz cucu dia tak tinggal duit..SEdihnye


Yang bertambah-tambah sedihnye, bila dia panggil SN, boleh SN buat tak reti je..Sakit hati aku bila dengar komplen dari penjaga pesakit depan katilnye. Alhamdulilla, penjaga pesakit depan katilnye tu sudi bantu mak cik tersebut bila dia nak minum air dan nak beli makanan. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan membalas kebaikan orang tersebut.

Erm..nasib baik ader student, kata penjaga tersebut. 'Terbela" sikit nasib mak cik ni. Ila, dia memang suka kat mak cik ni..hehe.

Ila yang berjaya pujuk mak cik tersebut makan ubat dan makan nasi. Dan ila juga banyak bercakap-cakap dengan mak ci tersebut. Tak lah dia kesunyian sangat.Aku tak sempat pon nak berbual panjang dengan mak cik tersebut coz aku kene jaga cubical aku.


...................................................................................................................................................................

Ader satu lagi insiden menarik yang aku nak kongsi kat sini. Peristiwa ni berlaku pada waktu petang dalam pukul 630. Tengah aku dok asuh tangan (lepas buat prosedur), ada mak cik datang menyapa aku, katanya,

"misi, nak wak gano ni, mok kito berok atah lata".

"hah???berak atas lantai?" aku bertanya untuk memastikan apa yang dia cakap tadi dengan ekspresi muka yang terkejut.

"Ho", jawabnye.

"mane mok cik?"tanye ku.

"tuh, blakey tu, napok dok tepak anok kito dok diri tu, hok pakai tudung warne itey tu" katanye sambil menunjukkan arah.

"Mano, mok cik? mari la, mok cik g tunjuk" kataku pada mak cik tersebut.

Mak cik tu pon mendahului aku menunjukkan di mana tempat kejadian itu. Sebelum tiba di tempat kejadian, bau busuk sudah menyucuk-nyucuk lubang hidung ku. Terasa macam nak muntah, tapi aku tahan aje. Bila, aku sampai kat tempat kejadian, aku tengok mak cik tersebut tengah berak dalam bed pen kat tepi katil sambil ditutupi oleh langsir. Dan, Allah, tahi bersepah-sepah disekeliling bed pen tu.


"kenapa boleh jadi macam ni?" tanya ku.

"Dia pening sakni, tak dey nak wak gi jambey", kata anakye. dan dia menyambung lagi "pah, nak basuh mane ni misi?, tahi nie, nak tohok mane? hok atas lantai nie gano pulok?"

Jelas tergambar kegusaran dihatinya kerana telah membuatkan pengunjung dan pesakit di cubical tersebut berasa tidak selesa dengan keadaan tesebut.

Dan aku juga menjelaskan, ape yang perlu dilakukannya dan pasal lantai tu, aku katakan nanti attendance datang cuci la.

Bila, aku bagi tahu perisiwa nie kat SN, dengan ekspresi muko yang menjijikkan, dia enggan ke tempat kejadian untuk menguruskan hal tersebut. Tunggu attendan, katanye. Ok.

Dan, bila peristiwa ni di beritahu kat attendan yang bertugas, boleh pulak attendan tu kata,

"dik, gini, awok g royak ko anok dio tu, suroh dio tohok dulu tahi atas lantai tuh, pah tu buey etek tahi atah katil tu. Cekak, kito jung nok basuh tahi mok dio. anok dio ado key, biar dio basuh la, mok dio tu idup2 lagi key. doh la, kito dok basuh doh tahi hok daley jambe tu hari2" komplen attendan tersebut tidak puas hati.

Aku diam tak terkata. Aku faham, memang la tahi tu benda yang menjijikkan, tapi, kalo tak nak buat, tak payahla kata macam tu sekali, cakap la elok-elok sikit. Tak baik kita mengungkit, macam tak ikhlas je nak kerja. Adakah kita bekerja semata-mata kerana gaji?? fikir-fikirkanlah.

Lepas tu, aku dan ila pergi pasang cadar kat kail mak cik tersebut. Pesakit depan katil mak cik tersebut menengking anak mak cik tersebut, suruh tersebut mopkan lantai. Memang tahi telah tiada, tapi bau masih ada. Mungkin kerana pesakit tersebut tidak boleh bergerak kemana-mana, lantas mulutnya yang 'bergerak'. Memang terasa perit telingaku yang mendengar tengkingan pesakit tersebut kepada mak cik tu dan anaknye. Tapi, apakan dayaku, aku hanye mampu berdiam diri dan membuat tugasku sampai siap.Aku pesan dekat anak mak cik tersebut supaya belikan pampers supaya kejadian ini tidak berulang lagi.
Ape yang mampu aku katakan dalam situasi ini? Bagiku, sabar adalah jalan yang terbaik.

Semoga Allah permudahkan segala urusanku dunia akhirat..Ameen.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...