Wednesday, March 18, 2009

Allah Sebaik-Baik Penjaga

“...maka Allah adalah sebaik-baik Penjaga dan Dia adalah Yang Maha Penyayang di antara para penyayang”(Surah Yusuf:64)

Dengan nama Allah s.w.t. yang Maha Agung, Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun dan segala Puji-pujian serta Kebesaran yang selayak dengan Kekuasaan-Nya yang mengandungi Keberkatan, Kelazatan, Kemanisan, Ketenangan dan Ketenteraman yang tidaklah tersembunyi kepada orang yang pernah menyebut nama yang suci itu dan pernah mencintai-Nya buat beberapa lama.

“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal....(Surah Yusuf:111)”

Maryam a.s. tatkala bernazar untuk tidak bercakap, dan menahan lidah kerana Allah Ta'ala, Allah s.w.t. memfasihkan lidah bayinya yang tidak tahu bercakap, lalu Allah menjadikannya bercakap untuk membuktikan kesucian ibunya.

Maka sesiapa yang memelihara lidahnya di dunia kerana Allah, Allah memfasihkan lidahnya dengan mengucap syahadat ketika mati dan bertemu dengan Allah Ta'ala. Sesiapa yang melepaskan lidahnya pada kehormatan2 kaum muslimin muslimat, dan meneliti aurat-auratnya, Allah menahan lidahnya dari mengucap syahadat ketika mati.

Ali bin Abu Talib r.a. berwasiat kepada anaknya Al-Hassan, lalu berkata kepadanya: Tahanlah lidahmu, maka sesungguhnya kebinasaan seseorang berada pada percakapannya.

Dari Malik bin Dinar rahimahullah Ta'ala: Jika engkau melihat kekerasan dalam hatimu, atau kelemahan pada tubuhmu, atau kekurangan pada rezekimu, maka ketahuilah bahawa engkau telah bercakap dengan perkataan yang tidak mendatangkan faedah.

Luqman berkata kepada anaknya: Wahai anakku, sesiapa yang mengasihani dia dikasihani, sesiapa yang berdiam dia selamat, sesiapa berbuat kebaikan dia beruntung, sesiapa yang melakukan keburukan dia berdosa, dan sesiapa yang tidak dapat menguasai lidahnya dia menyesal.................................................................................................................................................................................................................................... Diriwayatkan


dari Nabi s.a.w., dari Jibri a.s., dari Allah Ta'ala, bahawa Dia berfirman: Wahai Musa lima kalimat Aku menutup Taurat dengannya, jika engkau mengamalkannya nescaya berguna bagimu ilmu Taurat, dan jika engkau tidak mengamalkannya maka tidak berguna bagimu ilmu Taurat:
1. Wahai Musa, percayalah dengan rezekiKu yang telah dijamin bagimu selama engkau tidak melihat khazanahKu kosong.
2. Wahai Musa, jangan engkau takut atas kekuasaan bumi selama engkau tidak melihat kekuasaanKu hilang.
3. Wahai Musa, jangan engkau mencari keaiban seseorang selama engkau tidak sunyi dari sebarang keaiban.
4. Wahai Musa, jangan engkau meninggalkan memerangi syaitan selama roh berada dalam jasadmu.
5. Wahai Musa, jangan engkau merasa aman dari seksaKu sekalipun engkau tahu dirimu dalam syurga....................................................................................................................................................................................................................................


Suatu hari Ibnu Abbas r.a. berkata: Aku adalah orang yang mendalam pengetahuannya, dan suatu hari dia berkata: Tanyalah aku sebelum kamu kehilangan aku, tatkala dia pulang ke rumahnya, Allah mengutuskan malaikat kepadanya dalam bentuk manusia, lalu ia mengetuk pintu, maka Abdullah bin Abbas keluar kepadanya, lantas malaikat itu bertanya kepadanya: Wahai Ibnu Abbas, bagaimana pandanganmu tentang semut yang kecil, di manakah rohnya adakah ia berada di bahagaian hadapan atau bahagian belakang?Maka dia tidak menemui jawapannya lalu masuk ke rumahnya dan menutup pintunya....


Allah Ta'ala berfirman:"Dan tiap2 orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebihmengetahui."(Yusuf:76)..............................................................................................................................................................................................


Diriwayatkan bahawa Nabi Isa a.s. melalui sebahagian sungai, tiba2 dia melihat anak2 kecil sedang bermain di sungai itu, dan bersama mereka ada seorang anak kecil yang buta, dan mereka menenggelamkannya ke dalam air, kemudian mereka berlari ke kiri kanan di sekelilingnya, dan dia mencari mereka namun tidak menjumpainya. Lalu Isa memikirkan keadaannya, dan berdoa kepada Tuhannya agar di kembalikan penglihatan anak kecil itu, serta di samakannya dengan sahabat2nya.Lalu Allah mengembalikan penglihatannya, tatkala dia membuka kedua matanya dan melihat mereka dia terus melompat kepada salah seorang dari mereka lalu menangkapnya dan dia terus menenggelamkannya dalam air sehingga mati, kemudian menangkap yang lainnya dan melakukan perbuatan yang sama sehingga mati, dan yang lainnya berjaya melarikan diri. Maka Isa a.s. melihat yang demikian, lalu terkejut dan berkata: Wahai Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui makhlukMu, lalu dia berdoa di kembalikannya kepada keadaanasal agar anak kecil itu tidak membunuh lagi.Lalu Allah mewahyukan kepada Isa a.s.: Aku telah beritahu engkau namun engkau mencabar Aku dalam hukum dan pentadbiranKu, lalu Isa a.s. menjatuhkan diri bersujud.....................................................................................................................................................................................................................................

Ibnu Abi Ad-Dunya meriwayatkan dari Anas bin Malik, Al-Asma'i berkata: Aku melihat seorang wanita Arab Badui sedang menasihati anaknya, lalu dia berkata: Wahai anakku, aku berwasiat denganmu dan hanya Allah yang memberi taufik. Jangan engkau menyebarkan fitnah, maka sesungguhnya ia melahirkan permusuhan antara manusia dan mencerai beraikan orang yang berkasih sayang.Jangan engkau mencari keaiban orang lain lalu engkau menjadi ahli baginya.Jangan engkau dermawan dengan hutangmu dan bakhil dengan hartamu.Wahai anakku, jangan engkau berkhianat, maka sesungguhnya ia adalah pergaulan manusia yang paling buruk,Kumpulkan dermawan dan ilmu, tawadhuk dan malu, dan aku menitipkan engkau kepada Allah, serta kesejahteraan atasmu.

"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang2 yang beriman"(Adz-Dzariyaat:55).....................................................................................................................................................................................................................................

Di malam sepi
Ku sujud menghadapMu
Mengharap maghfirahDariMu
Tuhan yang Esa...
Kucemari hidup dengan kesesatan
Membutakan hati yang sering terleka
Terasa jauh diriku dari Tuhan
Dengan godaan syaitan...
Kutahu Dialah penerima taubat
Walaupun ku sering tinggalkan suruhan
Berilah kesempatan ini untuk berubah...
Cinta kudambakan
Hanya padaMu Tuhan
Terimalah permintaan dariku hamba yang hina
Kusering berjanji namun sering kumungkiri
Janji yang tak pernah lagi ku tepati...
Kupasrahkan segala padaMu Tuhan
Jangan Kau palingkan hati ini dari kebenaran
Andai esok nafasku terhenti di sini
Ku mohon jauhkan diriku dari azabMu...

Monday, March 16, 2009

Doa

Ya Allah, Engkau tahu hati-hati ini berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa dalam taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu,
teguhkanlah;Ya Allah, ikatannya.
Kekalkanlah cinta kasihnya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati tersebut dengan cahayamu
yang tidak pernah hilang.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan
kelimpahan iman kepada-Mu dan indahnya bertawakal kepada-Mu.
Hidupkanlah hati ini dengan ma'rifat kepada-Mu.
Matikanlah ia dalam syahid di jalan-Mu.
Sungguh Engkau sebaik-baik pelindung
dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, kabulkanlah.
Dan sampaikan salawat kepada junjungan kami,
Nabi Muhammad sallallah hu'alai wassalam, kepada keluarga,
para sahabatnya, dan juga sampaikanlah salam.Amin.

Sunday, March 15, 2009

Sekadar Peringatan dan Renungan Bersama

Pada hari jumaat lepas 13/3/09, ana pergi mendengar ceramah sempena Maulidur Rasul di kampus ana. Sementara menunggu kedatangan para panel jemputan, ana membelek-belek pamlet yang diberikan semasa pendaftaran tadi. Sedang asyik menatap aturcara majlis, tiba-tiba mata ana terbaca suatu ungkapan yang menusuk ke lubuk hati ana.

Kita jangan takut mati,
Jangan mencari mati,
Jangan lupakan mati,
Tetapi rindukan mati.
Kerana mati itu adalah pintu
Berjumpa dengan Allag SWT.
Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup,
tetapi mati adalah awal cerita sebenarnya,
maka, sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan..
Mendalam kan maksudnya?Bila terfikirkan pasal mati dan bertemu dengan Allah, terasa hina dan kerdilnya diri ini. Banyak lagi yang perlu ana dipelajari, seringkali terlintas difikiran ana dikala sendirian, 'dapatkah aku menghuni Jannah Allah swt?"
"Ramai yang sakit hidup zaman berzaman, tetapi yang segar bugar tiba-tiba meninggal, daun yang gugur kebumi, rantingnya masih lagi hijau, sedangkan ranting yang sudah kering masih lagi utuh didahan. Jadi, apakah maksud semua ini?"
Mari kita fikir-fikirkan dan renunginya..Sekian, wassalam.

Sunday, March 8, 2009

nursing day and nite

Assalamualaikum....dah lama rasanya saya tidak meluangkan masa untuk menulis di blog ni. Ntah kenapa tiba-tiba hari nie tergerak pulak hati saya nak menulis. Mungkin untuk menghilangkan kesunyian or sekadar ingin menulis kenangan terindah supaya ianya akan terus kekal di memori setiap kali saya membaca blog ini..hehe, ntah ler yang mana satu..

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kerana nursing day and night dapat berjalan dengan jayanya. Walaupun mungkin ada sedikit kekurangan tapi alhamdulillah, berkat kerjasama kawan-kawan semua, majlis ini dapat juga diteruskan. Ucapan jutaan terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada penasihat nursing day and night, para pensyarah, HICOM, exco-exco serta ajk-ajk dan para senior dan juniors yang sudi datang untuk memeriahkan lagi majlis ini..

p/s: macam mane nk masukkan gamba ni? takdapat lor...any suggestion?

Tuesday, February 10, 2009

Hukum Menyambut Hari Valentine

Assalamualaikum, apa khabar? harap2 anda semua berada dlm keadaan sihat walafiat dan sentiasa dalam rahmat ALLAH swt..sudah lama saya tida menulis blog..sibuk dengan assignment yang bertimbun-timbun..Tanpa sedar, masa terus berlalu dan sekarang kita berada di bulan February..
Erm..ape yang istimewanya tentang bulan ni? Valentine's Day?? erm..
Sebenarnya saya terpanggil untuk berkongsi dengan kawan2 semua tentang valentine day ini selepas menerima email dari seorang kawan..Harap saudara/i sudi meluangkan masa sekejap membaca artikel ini...


HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya. Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu penulis melihat begitu pentingnya untuk mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram.


SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE
Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.
a) Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

b) Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

- Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

- Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

c) Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

d) Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.
Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Hukum Menyambut Hari Valentine

Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:
Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. – al-Hajj : 67

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.

Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut.

Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah penulis paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T.. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan.

Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). – al-Israa’ : 32

Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T..

Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)". –Al-Baqarah (2) : 120

Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa.

Firman-Nya Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". – al-Hijr (15) : 39-40
Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.
Justeru itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.


Rujukan:
http://akob73.blogspot.com/2009/02/hukum-menyambut-hari-valentine.html

P/S: Akhir kata, diharap Mahasiswa dapat menilai dahulu setiap perbuatan sebelum melakukannya. Jadilah Mahasiswa yang matang di dalam beragama. Pastikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan agar hidup kita diberkati ALLAH dan tidak terjerumus ke dalam perkara yang dimurkai Allah. Sekian.

semoga yang baik itu dijadikan tauladan dan yang buruk itu dijadikan sempadan..

Sunday, February 1, 2009

salam perkenalan

Setelah berbulan-bulan aku mencuba buat blog kali kedua ni, akhirnya kesempatan itu muncul juga..hehe

Ape-ape pun, alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana mengurniakan kesempatan ini kepadaku.

Selepas peristiwa'hitam' yang berlaku terhadap blog ku yang terdahulu..aku menjadi semakin berhati-hati dengan setiap penulisanku.

Aku harap, biarlah blog ini akan berkekalan dan dapat memberikan sedikit sebanyak input kepada para pembaca. Disamping itu juga, aku mengalu-alukan sesiapa yang ingin memberi cadangan dan komen kepadaku supaya blog ku ini menjadi bertambah menarik..Sekian

Salam Perkenalan dan Salam Perjuangan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...