Tuesday, April 14, 2009

Kamceng Dengan Solat



"Ahhh...bosannya, xtaw nak buat apa. Malasnye aku study", getus hati kecilku..Lantas aku berjalan ke rak buku roomateku mencari bahan bacaan yang menarik untuk dibaca..Then, tanpa diduga, aku terpandangkan sebuah buku diatas mejanya..Tajuk buku itu amat menarik perhatianku..Lantas aku menarik buku itu, dan membaca sinopsisnya..erm, menarik...aku menuju ke katil ku untuk membaca buku itu..






Teringat peristiwa sewaktu aku darjah 4, kene rotan dengan mak coz tak sembahyang subuh. Al-kisahnya, nak diceritakan, hari tu aku bangun lambat, al-maklumlah cuti sekolah..aku ingat boleh la tidur puas-puas. Sampai terbabas subuh aku..Bila aku bangun je dari tidur, mak aku tanye, "sembahyang subuh tak pagi tadi?".Aku dengan selamba badaknya jawab tak..Mak aku ape lagi mengamuk sakan la dia..Mane la aku taw masa tu, kalo bangun lambat pon kene sembahyang jugak..ingatkan tak payah dah..Tak pasal2 kene rotan...huhu(jadi pengajaran kat aku ni).


Seingat aku, mase kecik2 dulu, aku memang liat sangat nak sembahyang terutamanya subuh ngan isyak..Kalau subuh, malas nak bangun pagi, tambah2 hari cuti..kalau hari sekolah memang selamat la waktu subuh aku cz bangun awal nk g sekolah. Kalau isyak lak, 'sayang' nak tinggal citer yang best..cam rugi je kalau terlepas walaupun sekejap. Bila mak aku suruh sembahyang isyak di awal waktu, aku cakap nanti nak tidur nanti sembahyang la..Alih2, bila dah ngantuk sangat malas lak nak solat and finally, aku tidur tanpa solat..ish..bila ingat2 balik memang teruk r masa tu..


Memang liat sungguh..Ak terfikir gak, kenapalah kene sembahyang..Tapi persoalan tu just bermain kat otak aku je, tak terfikir pulak nak tanye sesapa..Bila dah besar tu, baru la tahu kenapa kita kene sembahyang and jaga solat kita..Alhamdulillah, akhirnya aku dapat jugak petunjuk dari Allah.



Jadi, saya nasihatkan kepada para remaja dan sape2 yang nak tahu secara ringkas kenapa kita mesti solat, bacalah buku karangan Mohd Zawawi Yusoh dan Siti Hasnah Hamzah..Memang berguna sebagai ilmu tambahan. Bahasa yang digunakan agak santai, dan kita akan rasa enjoy bila baca buku ni..cz, dalam buku ni, penulis menciptakan situasi iaitu dialog diantara dua sahabat baik..dan terapat senda gurau diantara mereka yang membuatkan kita tidak bosan membaca buku ini..ianya bukan seperti buku-buku lain, yang menulis ayat panjang berjela-jela sehinggakan kita kadang2 penat membacanya..

sekian, wasalam..

Sekadar perkongsian,

study for next exam :-)

Monday, April 13, 2009

Pagi yang Menyegarkan...



Hurm.....rasa segar sangat bila bangun pagi ni...hasil tidur nyenyak semalam..Semalam tidur cam biasa la, tapi bangun agak lambat sikit..

Pagi tadi, masa romate aku balik ke bilik, pintu bilik xleh bukak guna kuci dia cz aku letak kunci aku tempat kunci pintu. Jadi mula lah dia, buat bising..






~Lebih kurang macam ni la pintu bilik kami..Tapi color kuning..bila aku letak kunci kat tempat kunci tu, memang orang dari luar xleh nak bukak dah pintu tu ~



"Tuk..tuk..tuk....."


Arrgh, memang menggangu tidur aku betol la..Pastu, aku dengan longlai nya pergi ke pintu, memulas kunci untuk buka pintu..


Then, aku menuju ke katil balik, untuk sambung tidur..memang tak puas lagi tidur masa tu




TEMAN VS SAHABAT


Lepas je roomate aku masuk bilik and tengok aku sambung tidur balik, dia buat bising lagi...


Dia menjerit..

"roomate bangun, roomate bangun......" mula-mula perlahan pastu, makin kuat n makin kuat..
aku yang tak tahan dengar bising pon bangun la..huh...

Apa yang aku nak bagi taw kat sini ialah, makna sahabat dan juga teman.


Masa kat matrix, roomate aku cakap, teman ni macam kawan biasa je, ada bila kita senang bila susah, kita sendiri yang tanggungnya..tapi, sahabat ni, seseorang yang begitu rapat dengan kita..kita boleh harapkan dia dalam apa-apa hal, boleh berkongsi suka dan duka...
itulah perbezaan kedua-duanya..


Masa tu, memang aku xboleh nak bezakan lagi dan tak berapa pasti samada benda yang dia cakap tu betul ke tidak. Tapi, semakin aku dewasa aku mula menyedari dan mangakui kebenaran kata-kata dia..

Alhamdulillah, aku dikurniakan oleh Allah sahabat dan juga roomate yang baik hati. Bila aku penat sangat dan terlelap, dia kejutkan aku untuk sembahyang, tanye samada aku dah sembahyang ke belum..sembahyang berjemaah bersama, pergi ke surau bersama...dan bila aku dilanda musibah, dia sedia menghulurkan bantuan..Alhamdulillah..Terima Kasih ya Allah




semoga persahabatan yang terbina ini, akan kekal selamanya, dunia dan akhirat..serta mendapat keredhaan dan rahmat dariNYA...Amin

Sunday, April 12, 2009

Ahad yang Memenatkan!!

Huh!!!..penat sangat, tapi rasa nak jugak tulis sesuatu kat blog ni...


Exam petang tadi memang mencabar la..Fuh!! Rasa tak release walaupun dah lepas satu paper yang kritikal..Rasa aku dah study dah, tapi tak taw la knp rase cam xleh nk jawad jew...


Lepas balik je exam tadi, aku igt nak lepak biik kawan, tok release tension sambil layan movie..Boleh pulak roomate kawan aku@coursemate aku ni tanye sal exam tadi..aku ape lagi gatal la mulut nak menjawabnyer..bincang punyer bincang, tersedar banyak rupanya aku wat silap..huh, menyesal lak bincang..


Tapi, alhamdulillah, ianya tak bagi affect mood aku untuk study malam ni..syukur sangat..


MEMANG LETIH!!!!



Selalunya waktu tengah hari, aku nap jap. Tapi, hari ni dah exam tengah hari xleh la nk lelapkan mata..Lepas je exam, mase dekat cafe, kawan aku bagi tahu, tarikh tutup permohonan untuk extend desa akan ditutup esok.apalagi, kelam kabut la aku..masa tu pukul 430pm..pejabat desa tutup pukul 500pm..Lepas tu, memang terus pergi pejabat desa..kat situ kene 'interview' jap dengan orang pejabat..alih-alih dia suruh aku pergi HEP utk dapatkan borang..Memang bengang r masa tu..kalau cam tu kenapa tak cakap dari tadi lagi..membazir air liur aku je jawap soklan diorang (upset cz effect dari tension jawab exam)...
Nasib baik Hep tak tutup lagi..Lepas amik borang terus balik bilik..Igtkan nk tidur jap lepas maghrib tu, tapi mata lak tak nak lelap..Badan penat usah kata la..kehulu kehilir..urm..
Esok lak ada kelas revision tok exam..nak kene fikir tajuk research lagi ni..huhu...xterfikir lagi nk wat pasal ape..
'release'kan otak;
setelah penat menimba setitik ilmu,
ku mencari tempat beradu untuk berteduh,
dunia hanyalah sementara
akhirat jua yang kekal abadi,
Ya Allah
berikanlah aku ketabahan
untuk menempuh ujian ini
hanya padaMu aku bergantung harap
berikanlah aku Nur HidayahMu

Impianku Dimakbulkan Allah...alhamdulillah


Alhamdulillah, segalanya telah selesai atas izin Allah subhanallah ta'ala..


Rasa lega sangat-sangat even final exam tak lepas lagi..hehe..tahu tak kenapa?

Hari yang aku tunggu-tungu hampir setahun lamanya telah pon berlalu dengan gembiranya..aku dah lulus test LESEN ngan JPJ..hehe


Aku rase lega sangat bcos..before ni, memang ada byk sangat problem yang timbul..Bermula dengan tempat belajar aku yang kene sita (sebab masalah dalaman), then, masalah kewangan yang menimpa aku lepas pindah belajar kat tempat baru. Tapi, alhamdulillah segalanya telah berjalan lancar...dan yang pentingnya aku LULUS.


MENGIDAM...


Lepas je test tu, tiba-tiba tangan aku gatal nak surf resepi kat internet..Lepas, menjeguk-jenguk blog orang mencari resepi yang menarik, aku pon menyalin mane-mane resepi yang aku berkenan..Akhirnya aku decide nak buat puding gula hangus..


gambar dalam internet..puding gula hangus



Berdebar jugak la nak buat puding ni coz dulu memang aku dah pernah buat dah puding ni tapi tak jadi..rasenye PAHIT..tak tahu sebab ape..LAst2, jadi makanan ayam puding aku nie.



Mak aku kata coz aku tak de BAKAT...ye la tu kot..



Dengan penuh keazaman aku bertekad jugak nak buat puding ni..Turun je teksi nak balik rumah, aku beli barang-barang yang patut..

Then, bermulalah operasi aku pada pagi itu..(masa tu kat rumah xder orang, aku sorang-sorang je, tu yang best tu, kalo xjadi..kasi je makan kat ayam..hehe)

Aku memang ikut resepi yang aku salin tu satu persatu..dua tiga kali aku chek takut silap sukatan sebelum buat tu..



Jeng jeng..finally, masak pon puding aku. Nampak cantik jew..cam hari tu jugak, rase xtahu lagi..takut aku nak rase..takut tak jadi..

xpe sabar2..aku keluarkan puding tu drp bekas kukus dan sejukkan..bila dah sejuk..

Bismillahhirrahmanirrohhim..aku potong puding tu dan masukkan dalam piring. Aku rasa..erm...awat pahit jugak ni? rase cam sukatan dah betul tadi..memang banyak kali dah aku chek ni...



Pastu, dengan perasaan hampanya, aku letakkan puding tadi dalam peti sejuk..Bila adik aku balik dari sekolah, dia rasa puding yang aku simpan dalam peti sejuk...Aik, pelik bin ajaib ni..nape xpahit pulak? hehehe...gembiranya aku, puding aku xpahit??YES YES



USAHA TANGGA KEJAYAAN



Benarlah kata orang 'usaha itu tangga kejayaan', jadi pengajaran yang aku dapat disini ialah, jangan mudah berputus asa. Walaupun kita gagal sekali, bukan beerti kita akan gagal selama-lamanya..Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik buat kita, Just berusaha and finally Tawakkal kepada Allah..Insha'Allah, setiap usaha pasti ada ganjarannya walaupun sedikit..



Jadi berusahalah sampai ke akhirnya..Buat teman-teman yang bakal menduduki peperiksaan akhir bemula hari ini, aku ucapkan semoga maju jaya...Nikmatilah hasil usaha kalian selama ini dan berikan yang terbaik... Good Luck!!



sebelum ke dewan peperiksaan;

critical care; 215-415 pm..

Monday, March 23, 2009

stop!!.....continue...

gambar adik2 skspm 07 group aku, masa nie diorang tgh present kertas kerja..



Semalam, 22/03/09, kami semua terpaksa membentangkan kertas kerja yang telah disiapkan seminggu lebih awal sebelum tarikh pembentangan. Masa yang diperuntukkan untuk setiap group ialah 20 minutes termasuk Q& A session, tak boleh lebih.

Group ke-2, mengambil masa lebih dari yang sepatutnya. Bilangan slide di power point masih lagi banyak, tetapi mereka terpaksa pergi kepada bahagian penutup selepas diarahkan oleh pensyarah kami.. Erm..aku mula merancang strategi, macam mana nk habiskan 40 slide dalam masa 20 minute..

Jeng-jeng, tibalah kumpulan aku pulak present..Aku kupulan 5, dan aku juga merupakan 1st presenter..ERM....aku po mula lah mukadimah...

Tiba-tiba, dewan kuliahyang sebelumnya agak sunyi, menjadi riuh dengan suara teman-teman..aku terdengar percakapan salah seorang temanku (yang menjadi penonton, di barisan hadapan ),'amboi, lajunya cakap, nk kejar masa tu'...Aku hanya mampu tersenyum..

***************************************************************************
Selepas presentation aku selesai, tiba-tiba kenangan lama menggamit memori ketika aku present case study utk subjek neurology and ent..
Masa tu tiba giliran aku utk present, bila aku baca slide presentation tu, tiba-tiba lecturer aku kata, "stop..stop"..Sau kelas terdiam..Aku ape lg pucat and kaget la..
Pastu pensyarah tu tanya aku, "why are you read too faster, the audience can't catch what are you trying to say". Aku dah pucat dah (sebenarnya, subjek ni yg paling aku takut...memang mencabar lah...huuuuu)..

Lepas tu dia cakap, "you read it again, ok now start", aku pon start la bace..pastu dia kata, "ok, pause for a while, give time to your friends to digest the information". Ok, now continue......ok, Good..good, i wantyou to maintain this speed and the voice tone".

Memang malu giler la masa tu, rase nak lari je.. Tapi, bila terkenang balik rasa lucu pon ade..hehe,

**********************************************************************************

Berbalik pada presentation aku yang first tadi, aku cepat tu sebab bab aku yang aku rasa agak kompleks dan panjang sikit berbanding dengan kawan-kawan yang lain. Aku kene explain pasal patient's data, statistik, and pathophysiology of the disease.. Tu yang aku cakap cepat takut xdan masa..hehe, nasib baik tak kene tegur..


p/s: Ada sorang kawan aku pernah tanye, kenapa aku suka cakap cepat..Tergamam aku seketika, aku rasa aku cakap biase je, mungkin kerana dah terbiasa cakap cepat sampai aku sendiri pon tak perasan aku cakap cepat sebenarnya...

Menunggu waktu berbuka puasa;
:-)

Friday, March 20, 2009

What your excuse(s) for not Solat???


































































Solat is compulsory for each muslim even if he sick to die...

Luasnya Neraka Allah

Yazid Arraqqasyi dari Ana s bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'
Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya...'

Lalu nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?' Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w..: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?' Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s...a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.' Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6... Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?' Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10.Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: ' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA.

' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud : 'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...