Sunday, June 12, 2011

terima kekalahan dengan hati yang terbuka

Hampir tiga jam bersila dihadapan televisyen semalam untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara kelantan dan terengganu bagi merebut piala FA. pelbagai aksi menarik yang dipertontonkan oleh pemain bola sepak dari kedua-dua belah pasukan semalam.

suara yang gegak gempita di stadium bukit jalil dengan ribuan penonton menambahkan seri perlawanan pada malam itu. situasi dirumah aku juga lebih kurang. Bising dengan suara si emak yang asyik dok melatah je dari mula perlawanan. asal je tengok, pemain jatuh tergolek-golek atas padang, mulala mulut dia keluar perkataan yang membuatkan aku tidak kering gusi. dok gelakkan kat si emak je..hahaha.

bila pasukan kelantan mula menjaringkan gol pertama, kedengaran suara si emak yang menjeritkan gol...aku dengan muka yang terperanjat berpaling kepada si emak. kemudian, aku gelak berdekah-dekah. tak tahan tengok reaksi si emak. begitu bersemangat dia..hahha, tak tahan aku.

Aku dengan yakinnya rasa kelantan akan menang pada malam ini. ye, 99.9% instinct aku kate kelantan menang

Bila tiba disaat dan detik-detik terakhir, aku terlopong...Gol kelantan berjaya dibolosi..yang paling memghampakan aku, bila tandukan pemain kelantan sendiri yang meyumbangkan gol pada pasukan terengganu..aiiii, daud su daud su...tandukan yang dikira penyelamat akhirnya membawa padah

si emak da kurang excited da..mungkin penat dok melatah kot. bila diadakan masa tambahan, si emak kelihatan kepenatan. aku dengan semangat yang kurang, terus tenung televisyen tu..si emak sudah tertidur..ah biarkan!!!!

akhirnya, sekali lagi pasukan terengganu berjaya membolosi gol kelantan..ah, kecewanye aku. sepakan yang tidak dijangkakan akan membuahkan hasil..

walaupun kalah, aku still bangga la ngan pasukan kelantan.. walaupun diorang exhausted, tapi still berlawan hingga detik-detik yang terakhir..SYABAS!!!

Alhamdulillah, hari ni cuti...huhu..si emak da bising ajak aku p rmh nenek ni..ok daaa

p/s: member aku dari jb turun bukit jalil semalam semata-mata nak tengok bola. mesti frust giler dia bila kelantan kalah ni..padan muka dia, sape suruh dia tak pedulikan aku sangat. dapat je bola, aku terus dia letak tepi...padan mukaaa uuuuuuuuu, hahaha (ketawa jahat)

3 comments:

Fareha Rahmat (Bos Besar) said...

gomo klate gomo, liga super ada lagi!

cik arija said...

ye2..btol tu kak

Luna Nisa said...

hahaha..mak ko memang sporting abes ar... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...