Lama dah tak update belog ni. Nak sangat update belog tapi dek kerana keterbatasan waktu, maka segala idea-idea yang mula tumbuh hilang begitu saja.
Banyak sangat peristiwa-peristiwa yang terjadi pada waktu cuti ni. Perkara yang paling menyentuh hati ialah berita ‘kepulangan’ insan yang banyak mencurahkan ilmu kepadaku semasa di university dahulu.
Berita kematian beliau kuterima menerusi sms dari bestfren ku. Tiada kata yang mampu ku ucapkan, tiada butir bicara yang terkeluar, hanya kenangan-kenangan indah bersama beliau bermain di memori ingatanku.
Semasa hayatnya, sepanjang aku mengenali beliau beliau merupakan seorang wanita yang penyabar, berkarisma dan yang penting penuh dengan kasih sayang walaupun muka sentiasa nampak serius. Cara beliau bercakap pun lembut dan penuh dengan sifat keibuan. Tak pernah aku tengok dia kondem student dia directly..neverrrr!!!!!!!
Semasa dalam kelas, kalau beliau nampak ader antara kawan-kawan aku yang ngantok (termasuk aku skali la kaki tido tu..errr), pandai la beliau buat lawak. Sure mata aku and the geng akan jadi segar bugar. Yang aku paling suka tentang lecturer aku ni, kalo dia nak tegur kesalahan or nak komen masa kita present, mesti dia akan bagi pujian dulu. Positive inforcement la kan. Tak lah down sangat rasa.
“your presentation is very good, you got the point but bla la bla……”
Nila antara ayat dia yang aku ingat..sepanjang 4 tahun menuntut ilmu dengan beliau, banyak benda yang dah aku pelajari. Tapi sayang, hidup dia tak lama. Benarlah kata orang, orang yang baik Tuhan sayang. Sebab tu Tuhan panggil dia ‘kembali’ untuk menikmati kebahagiaan selama-lamanya.
2 comments:
serius! aku yang pernah 'dekat' dengan dia sangat2 merasakan kehilangannya..aku mcm xpercaya jgk...
dia memang lecturer paling cemerlang pernah aku jumpa selama hidup aku 24 tahun ni..serius! aku tak tipu...mungkin ko dan kwn2 lain pun setuju..
dia memang insan istimewa.. kami sayang dr.lim phaik hooi ;'(
aah..dia memang istimewa
Post a Comment