Tuesday, April 14, 2009

Kamceng Dengan Solat



"Ahhh...bosannya, xtaw nak buat apa. Malasnye aku study", getus hati kecilku..Lantas aku berjalan ke rak buku roomateku mencari bahan bacaan yang menarik untuk dibaca..Then, tanpa diduga, aku terpandangkan sebuah buku diatas mejanya..Tajuk buku itu amat menarik perhatianku..Lantas aku menarik buku itu, dan membaca sinopsisnya..erm, menarik...aku menuju ke katil ku untuk membaca buku itu..






Teringat peristiwa sewaktu aku darjah 4, kene rotan dengan mak coz tak sembahyang subuh. Al-kisahnya, nak diceritakan, hari tu aku bangun lambat, al-maklumlah cuti sekolah..aku ingat boleh la tidur puas-puas. Sampai terbabas subuh aku..Bila aku bangun je dari tidur, mak aku tanye, "sembahyang subuh tak pagi tadi?".Aku dengan selamba badaknya jawab tak..Mak aku ape lagi mengamuk sakan la dia..Mane la aku taw masa tu, kalo bangun lambat pon kene sembahyang jugak..ingatkan tak payah dah..Tak pasal2 kene rotan...huhu(jadi pengajaran kat aku ni).


Seingat aku, mase kecik2 dulu, aku memang liat sangat nak sembahyang terutamanya subuh ngan isyak..Kalau subuh, malas nak bangun pagi, tambah2 hari cuti..kalau hari sekolah memang selamat la waktu subuh aku cz bangun awal nk g sekolah. Kalau isyak lak, 'sayang' nak tinggal citer yang best..cam rugi je kalau terlepas walaupun sekejap. Bila mak aku suruh sembahyang isyak di awal waktu, aku cakap nanti nak tidur nanti sembahyang la..Alih2, bila dah ngantuk sangat malas lak nak solat and finally, aku tidur tanpa solat..ish..bila ingat2 balik memang teruk r masa tu..


Memang liat sungguh..Ak terfikir gak, kenapalah kene sembahyang..Tapi persoalan tu just bermain kat otak aku je, tak terfikir pulak nak tanye sesapa..Bila dah besar tu, baru la tahu kenapa kita kene sembahyang and jaga solat kita..Alhamdulillah, akhirnya aku dapat jugak petunjuk dari Allah.



Jadi, saya nasihatkan kepada para remaja dan sape2 yang nak tahu secara ringkas kenapa kita mesti solat, bacalah buku karangan Mohd Zawawi Yusoh dan Siti Hasnah Hamzah..Memang berguna sebagai ilmu tambahan. Bahasa yang digunakan agak santai, dan kita akan rasa enjoy bila baca buku ni..cz, dalam buku ni, penulis menciptakan situasi iaitu dialog diantara dua sahabat baik..dan terapat senda gurau diantara mereka yang membuatkan kita tidak bosan membaca buku ini..ianya bukan seperti buku-buku lain, yang menulis ayat panjang berjela-jela sehinggakan kita kadang2 penat membacanya..

sekian, wasalam..

Sekadar perkongsian,

study for next exam :-)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...