Saturday, January 4, 2014

3 safar 1435H

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan utk menghirup udara di bumi ini. Actually, tak der mood nak menulis tapi paksakan jugak otak berfikir, byk sangat tidur otak jadi lembap jugak..ye dak??

Bila berbicara tentang rezeki, setiap orang mempunyai definisi dan tafsiran yang tersendiri. Ada yang cakap rezeki tu bila ada duit yang banyak, ada yang cakap punyai waktu terluang dan macam-macam lagi la.

Aku pun suatu ketika dulu pernah tersalah tafsir mengenai rezeki ni.Alhamdulillah, akhirnya dipertemukan dengan hamba Allah yang menerangkan konsep rezeki yang sebenar.

p/s: sebenarnya bercakap lebih senang dari menghadapi dunia realiti kan?? modal hanya air liur je..kalau org tak sudi jangan dipaksa..sudah, apa aku merepek pagi-pagi ni??ok la, Bai

Wednesday, January 1, 2014

jan 2014

salam...lama tak update blog...hari ni dah bulan january 2014...
 Ermm..setiap hari bangun solat subuh dan sentiasa berdoa supaya hari ini dan hari-hari mendatang lebih baik dari semalam.

Azam untuk tahun baru 1435H masih lagi dlm genggaman. Moga Allah mudahkan urusan untuk capai =)

Move forward with Etiqa Takaful!!! =)

Tuesday, October 15, 2013

perutusan aidiladha

salam aidiladha buat semua..

sayu rasa hati bila terdengarkan takbir raya berkumandang tadi..tiba-tiba perasaan sebak melanda. teringat kampung halaman dan terkenangkan nasib diri diperantauan. terpaksa beraya seorang diri. syahdu

Air mata yang ditahan-tahan akhirnya terhambur keluar juga tengah hari tadi bila mana telefon berdering..suara tersekat-sekat menahan sebak..huh, 'crush' perasaan pulak di pagi raya tadi.

bukan tak pernah pun beraya seorang diri..entahlah. mungkin PMS kot

actually, nak citer pasal pengorbanan. sempena hari raya aidil adha ni kan, apa pengorbanan yang telah korang lakukan??? =)


Sunday, October 6, 2013

semoga terus diberi petunjuk

assalamualaikum dan salam malam isnin..........

Memang aku akui sudah jarang berkesempatan untuk update blog ni. ketiadaan internet dekat rumah menyukarkan dan menyulitkan keadaan untuk sentiasa update blog.

Perkembangan diri yang terbaru, tak ade apa rasanya. still macam dulu juga cumanya sangat-sangat bersyukur sekarang ini sebab dah temui rentak kerjaya yang agak selesa dan stabil. alhamdulillah.

Sekarang tengah masih lagi berusaha untuk mengukuhkan bisness dalam bidang etiqa. semoga allah terus berikan kekuatan untuk melakukan dua kerja dalam satu masa. amin

Baru-baru ini hidup aku sikit tunggang langgang gara-gara ikutkan sangat kata hati. Rasanya tak perlulah aku nak explain detail kat sini, cukup aku je yang laluinya..Insya'allah, aku rasa aku sudah buat keputusan yang terbaik untuk diri aku. semoga percaturan aku kali ini tidak tersilap lagi.

Semoga aku terus diberi petunjuk hidayah dan istiqamah dengan apa yang aku sedang lakukan sekarang..amin




Sunday, September 22, 2013

saat diuji dengan nasihat sendiri

salam...........

Terasa lemah badan dan urat sarafku. Hidup kembali kelam kabut sekarang ni, tidak kutemui rentak hidupku.
Benarlah kata-kata yang pernah aku dengar, kadang-kadang kita akan diuji dengan kata-kata kita sendiri.

"kau tak kena sedap la kau cakap"
"sabar, sabar!!sampai bila?"
Ya, sekarang aku tengah diuji dengan kata-kataku sendiri. Nasihat yang kulemparkan kepada 'teman tapi mesra' terpantul terpalit, sedang menguji diriku saat ini. Nasihat dan harapku agar dirinya berubah dan menjadi lebih baik.........

Segala usaha dan daya serta nasihat secara percuma telah ku berikan. Nampaknya, semakin aku ingin menolong dirinya seakan-akan aku turut terheret sama dalam situasi dirinya..

Macam manakah ini??? 
Ya Allah, berikanlah aku petunjuk..mudahkanlah urusanku dan jauhkan kami dari tergoda dengan bisikan syaitan..amin

Jiwa Kacau, 3.25 am

Wednesday, September 11, 2013

Off day...

assalamualaikum w.b.t..

Hari ini aku off day selepas kerja malam 2 hari berturut-turut. Tapi ku gagahkan juga hati dan kaki ini untuk melangkah masuk ke ofis etiqa walau sekejap.

Misi untuk bulan ni untuk dapatkan 4 kes sahaja. Walaupun nampak macam sikit, tapi kalo tak berusaha jenuh jugak nak mencari tu. Rezeki tak kan datang bergolek kalau tak diusahakan. Pokok pangkalnye kena usaha. 

Walaupun sikit, tapi lama-lama kalo kita konsisten buat, nanti jadi bukit jugak kan. Jadi, aku try buat slow-slow untuk cari lagi satu kes untuk bulan september. Moga-moga dimudahkan oleh Allah. Ameen

Owh, lupa nak update, skrg da kerja jadi nurse balik, huhu..menyarung kembali pakaian yang beruniform itu. Tapi kat tempat lain. Moga dimudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki...amin

 

Wednesday, September 4, 2013

mabrur.


Dengan nama allah yang maha pengasih dan maha penyayang,
Assalamualaikum w.b.r

Rasanya belum terlambat lagi untuk I ucapkan selamat hari raya aidilfitri dan salam merdeka kepada semua. 

Alhamdulillah, hidup saat ini bertambah baik. Segala doa-doa yang dipanjatkan sebelum ini akhirnya satu persatu terjawab. Alhamdulillah..

Benarlah janji allah, setiap manusia akan diuji berdasarkan tahap keimanan masing-masing. Dan janji allah adalah pasti. Cuma kita sebagai khalifah dan hambanya mesti banyak bersabar redha dengan apa yang berlaku. Insya’allah setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya, Cuma cepat atau lambat sahaja kesedaran itu datang pada kita. Plan dan persiapan untuk bertunang pada tahun ini terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Tak mahu lagi nak dikenang kisah lampau, sekarang nak cerita tentang perkembangan produk etiqa yang terhangat dipasaran iaitu, mabrur.

Mabrur merupakan satu pelan haji yang sangat komprehensif untuk mempersiapkan diri anda dan ahli keluarga ke tempat yang berprestij. Hasil kerjasama antara etiqa takaful berhad dan lembaga tabung haji Malaysia ini akan memudahkan rakyat Malaysia dan bakal-bakal haji khususnya untuk mendaftarkan diri mereka dan ahli keluarga untuk memunaikan rukun islam yang ke lima itu.

Antara kelebihan yang akan diperolehi jika anda mendaftarkan diri  ialah;
  •         Pembukaan akaun tabung haji secara percuma (bagi yang belum mempunyai akaun) dan bayaran tunai tetap akan dikreditkan secara automatic kedalam akaun tabung haji

  •      Pendaftaran haji pada tahun ke-3, selepas mendaftar di etiqa

  •      Perlindungan komprehensif dengan manfaat badal haji dan ihsar*
 *manfaat badal haji akan dilaksanakan jika orang yang dilindungi meninggal dunia sebelum sempat     mengerjakan haji (rm 3000.00)

        *manfaat ihsar akan dibayar sekiranya jemaah haji dikenakan dam disebabkan oleh masalah kesihatan/ perubatan (rm 1000.00)

*elaun hospital rm 100.00/hari akan dibayar jika orang yang dilindungi dimasukkan ke wad (berkuatkuasa selepas 45 hari dari tarikh polisi dikeluarkan)

·   Jumlah bayaran tunai tetap sehingga 123% daripada jumlah asas dilindungi akan dibayar (bonus dari etiqa)

·   Tambahan 100% daripada jumlah asas dilindungi akan dibayar sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan di makkah atau madinah (umur peserta yang dilindungi mestilah berumur kurang dari 70 thn pada masa kejadian)

·   Elaun haji, umrah dan penjagaan anak*
*elaun haji/umrah Rm 1000.00 akan diberikan kpd bakal jemaah haji sebelum bertolak ke makkah- selepas 5 tahun sijil berkuat kuasa
*Elaun penjagaan anak yang ditinggalkan semasa mengerjakan haji akan diberikan kepada penjaga (anak mestilah berumur 18 kebawah) Rm 1000.00

·   Boleh disertakan sekali dengan kad perubatan- bil hospital ditanggung 100% oleh etiqa takaful berhad
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...