Sunday, August 14, 2011

bercerita


Seronok sangat bila tengok dan dengar orang bercerita. Kadang-kadang boleh terlupa dengan kawan kat sebelah. Dulu, aku pernah berangan-angan “alangkah bagusnya kalau aku dapat bercerita.dapat bermesra dengan kanak-kanak dan dapat hiburkan hati mereka”. Bila tengok mereka teruja dan tersenyum, kita pun akan jadi bangga jugak..tapi tu Cuma angan-angan saja

Masa darjah 4 dulu, cikgu bahasa melayu suruh aku dan kawan-kawan melakonkan dialog dalam buku, kumpulan yang menang akan diberi hadiah..angan-angan tersebut datang lagi…”alangkah bagusnya andai aku pandai bercerita”. Akhirnya, tiada kumpulan dalam kelas kami yang berjaya melakonkan watak dalam buku berkenaan, rata-ratanya hanya membaca dialog tersebut.  Jadi, guru tersebut memanggil kumpulan dari kelas lain dan mereka melakonkan watak berkenaan dalam kelas kami. Pada, amatan aku watak yang dibawakan mereka tu memang berkesan. Sampai meremang bulu roma aku…angan-angan aku datang lagi, ‘alangkah bagusnya andai aku pandai bercerita’

Masa darjah 6, sempena minggu bahasa melayu, cikgu mengadakan pertandingan bercerita..aku teruja sangat nak masuk. Jadi aku dan kawan-kawan pun pergi ke perpustakaan untuk mencari buku yang sesuai. Rambang mata jadinya, kerana banyak sangat buku. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Akhinya, aku pun memilih buku siri teladan kisah si pengembala kambing yang bercakap bohong(tak berapa ingat dah tajuk asal dia). Kemudian, aku pun berlatih gaya dan menghafal dialog..

Bila tengok kawan-kawan lagi terer dan advance dari aku, aku rasa cam down sangat-sangat. Aku bukannye reti pun bercerita. Lagipun, nanti aku kene pertandingan ni diadakan dipentas. Disebabkan kurangnya keyakinan diri dan perasaan malu yang menebal, aku menarik diri dari pertandingan tersebut. Aku hanya memerhatikan dari jauh sahaja kawan-kawanku yang bercerita..dalam hatiku terdetik, “alangkah bagusnya andai aku pandai bercerita”.

Bersambung…….

Saturday, August 13, 2011

Inilah masanya!!


Sudah hampir setahun lamanya aku grad. Dan sepanjang tempoh setahun yang lepas banyak ujian-ujian yang boleh dikatakan meragut hampir separuh dari seluruh hidupku. Tapi alhamdulillhah, dalam kepayahan meniti ujian ini, masih ada lagi insan-insan yang sudi mendekat dan memberi nasihat dan dorongan yang tidak putus-putus..alhamdulillah

Hari ini dan saat ini, walaupun aku tidak mempunyai sebarang kerja tetap lagi, tapi aku tetap berusaha dan bersabar..cuba mencari yang terbaik..insha’allah

Ramadhan menjelma lagi. Cuma bezanya dari tahun lepas ialah aku dah kerja, walaupun sebagai cikgu kontrak.aku tetap bersyukur, bersyukur kerana telah ada kerja sementara.boleh la jugak buat duit poket.

Inilah masanya, di bulan ramadhan ini, disamping berusaha doa lagi dan lagi..jangan jemu, walaupun kekadang perasaan itu seringkali juga mengetuk jendela hati ini..tapi, dengan semangat dan dorongan yang sentiasa diberikan aku cekalkan hati menempuhi ujian ini.

“ya allah, bantulah hambamu ini, sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan dengan izinmu jua”…ameen

Friday, August 12, 2011

salam ramadhan

lama rasanye tak update blog ni.maklumlah banyak sangat peristiwa yang berlaku yang menuntut diberi lebih perhatian..daripada episod pindah rumah, kemas rumah, kenduri and laptop plak buat hal..jadi, blog ni seakan-akan terabai buat seketika.

rasanya belum terlambat lagi kot nak wish salam ramadhan kat kengkawan semua. semoga ramadhan kali ini membawa seribu rahmat dan kebaikan buat kita semua. Insha'allah =)

Thursday, July 14, 2011

mencukur rumput

situasi: [cuba bayangkan ok]..................Seorang pemuda/pak cik sedang melibas parang di kawasan semak/rumput panjang.

Dapat imagine tak camne situasi dia??aku dah godek-godek google tadi tapi tak jumpa la gambar yang aku nak. saje je nak kongsikan jawapan student aku yang aku rasa memang tak bleh blah sangat-sangat.

soalan dia camni: bina ayat berdasarkan gambar yang diberikan.
jawapan pelajar 1: ayah saya sedang menebas rumput dengan parang
jawapan pelajar 2: ayah saya sedang memotong rumput.
jawapan pelajar 3: ayah saya sedang MENCUKUR rumput.

cik arija: owh, betapa kecewa dan hampanya aku dengan jawapan no.3 tu, T_T......
             tapi, lepas beberapa hari, and aku cerita balik benda ni kat cikgu-cikgu lain, hampir pecah perut kitaorang gelak. Bila dok ramai-ramai dan kongsikan jawapan para pelajar yang 'luar biasa' ni, boleh gak hilangkan tensen. bagus jugak kadang-kadang jawapan yang 'luar biasa' ni.=)

ihsan dari yahoo.com
ok, cuba korang pulak bina ayat berdasarkan gambar rajah kat atas tu.

Almond London

"cikgu, biji badam tu ape?" tanye seorang pelajar.
"eh, awak tak pernah tengok ka?"
"tak pernah la cikgu"
sambil berfikir-fikir, tiba-tiba siguru tersebut teringat akan almond london.
puasa dah dekat, nak buat kuih ape ek tahun ni????  

"awak pernah makan tak almond london?"tanye guru tersebut.
"pernah, cikgu"jawab pelajar tersebut
"em, kalau awak perasan, masa makan almond tu kat tengah-tengah dia ada 'kacang'. awak perasan tak?"
pelajar tersebut mengangguk-angguk sambil cuba mengingati almond london yang pernah dimakannya barangkali.

"kalau awak nak tahu, 'kacang' tu la biji badam"
"bahasa melayunya badam, bahasa omputehnye almond" sambung siguru itu tadi
"oooo..."jawab pelajar tersebut sambil tersenyum

gambar ihsan almond london dr en google =)

Tuesday, July 12, 2011

................?????

disini ku masih sendiri
merenungi langit biru
tanpa kamu menemani

di tempat ini ku bertahan
 masih menunggu.....
masih berharap.......
 agar didalam hatimu masih ada rindu
seperti rinduku ini...............


Monday, July 11, 2011

kisah si ikan dan manusia

alhamdulillah, kenyang rasanya tapi da terlebih plak kenyang rasanye..setelah penat berpuasa seharian, terasa nikmat sangat-sangat bila air membasahi kerongkong ni.alhamdulillah

ok, hari ni aku nak kongsi satu kisah, iaitu kisah si ikan dan manusia. yakni lebih kurang perumpamaan la (*sory aku xleh pikir perkataan yang sesuai la tok gantikan perumpamaan tu, huhu.terlebih kenyang la ni, otak pun turut jadi lembap T_T)

kisah ni telah diceritakan oleh ustaz aku semasa aku di matrikulasi dulu. jadi, hari ni aku nak kongsi sikit cerita ni ngan korang. moga-moga kita dapat sama-sama menjadi insan yang lebih baik dari semalam, insya'allah

ustaz aku cakap, kita ni macam ikan. ikan yang berada didalam sungai. ikan tu bebas berenang kesana kemari serta melompat kesana sini dengan riangnya tanpa perlu risau akan apa-apa. tapi ikan tu perlu ingat, dia kene jaga batas-batas renangannye dan lompatannya itu.kerana jika silap hari bulan, boleh terlompat dan mendarat kedarat. ok, once ikan tu da lompat naik kedarat, macam-macam leh jadi. silap haribulan boleh masuk periuk dijadikan gulai or digoreng (ni ayat yang aku tambah,huhuhu)


maksudnye, ikan tu hanya boleh berenang dan melompat bebas hanya dalam kawasan berair je. kalau ikan tu degil jugak, maka jadilah santapan aku ikan tu akan mengelupur kesakitan and finally mati, kalo tak ader insan-insan yang baik hati nak tolong dia.

ape analoginye ikan tu ngan kehidupan kita sebagai orang islam??? sebagai orang islam yang beriman, kita ader peraturan-peraturan yang perlu kita patuhi. seperti menutup aurat, puasa di bulan ramadhan, sembahyang 5 kali sehari dan sebagainya yang telah termaktub dalam al-quran dan hadis. jika kita patuhi kesemua peraturan yang allah tetapkan ini, insyaallah kita akan selamat dan bahagia.
 
tapi, kalo kita degil dan banggang tolol juga, tak mahu hidup dalam lingkungan agama, maka jadilah kita macam ikan tu, terkapai-kapai. tapi, kita tak kan mati semudah ikan tu. ikan kalo tak de air, mati. tapi kita kalo takder agama, mati jugak tapi mati hati, jasadnye hidup tapi jiwa kosong. ni yang lebih parahnye..nasihat orang bagi tak mo dengar, asyik die je yang betol, ni masalahnye

jadi untuk selamat dari anasir-anasir yang tidak diingini, jagalah lingkungan dan batas-batas agama kita. jangan mudah dicerobohi..jom kita 'berenang dan melompat' dengan riang-ria =)

p/s: takder orang yang boleh tolong diri kita melainkan diri kita sendiri. orang lain hanya boleh bagi tunjuk ajar dan nasihat, tapi kitalah yang perlu mulakan langkah pertama kearah perubahan tu

pssttt: jangan sedih jika orang lain tidak menghargai kita, tapi bersedihlah jika diri kita benar-benar tidak beharga (ust pahrol mohamad juoi)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...