Wednesday, July 1, 2009

Rheumatic Heart Disease (CRHD)

A person with rheumatic heart disease has inflammation of the heart, which results in damage to the heart valves and heart muscle. Rheumatic heart disease is the most serious complication of rheumatic fever, which causes of the heart and joints. Rheumatic fever is caused by an infection with Streptococcus bacteria.

Rheumatic heart disease can be divided into two groups:


a) Acute rheumatic heart disease, which includes:


b) Chronic rheumatic heart disease, which includes:

Rindu yang dinodai persengketaan part 1

Lama dah tak jumpa adik aku yang seorang ni.Maklumlah dia sedang belajar di selatan tanah air manakala aku di kelantan. Cuti semester dia pon sekejap je, seminggu. Bila aku dapat berita yang dia akan balik, hatiku melonjak gembira untuk melepaskan kerinduan yang telah lama terbuku, tapi malangnye, masa dia balik aku ada kelas. Kelas preparation sebelum masuk ward.Erm..

Pada petang Khamis tu, selepas kelas aku ingat tak nak balik walaupun esok cuti sebab banyak benda yang aku kene buat sebelum masuk ward. tapi disebabkan rindu yang tak tertahan, aku melangkahkan kaki ku mencari teksi dan balik ke rumah.

Setibanya aku dirumah, tiada orang. Adikku keluar berjumpa dengan guru-guru sekolah menengah..Erm..tak pe, coz malam ni boleh jumpa lg..aku nak datang usm hari sabtu, lambat lagi, fikirku.

Sewaktu aku tengah makan adikku pulang, aku sembunyikan dulu perasaan rinduku ini..Biar dia sapa aku dulu..Tak terduga olehku, dia menyambut kepulanganku dengan senyuman dan pertanyaan yang ramah sebagai adik kakak. Mungkin dia juga rindu padaku, fikirku..tapi tak tahu macam mana nak sembunyikan rindunya itu..fikirku, kerna, setiap butir kata dan tingkahnye itu jelas membuktikan segala-galanye..

Hehe..bangga aku ader adik macam tu, tapi yang paling bestnye, aku berjaya sembunyikan perasaan aku padanya.tak nak obvious sangat, kalo tak kantoi la aku..huhu

Shift petang

Hari nie aku kerja shift petang (2pm-9pm), hari pertama kerja di sessi petang.Tak tahu lagi macam mane keadaan kat ward pada sessi petang.Rmate aku cakap busy tapi tak banyak prosedur..huhu, pening aku.Kalo tak banyak prosedur busy buat ape????Hairan..hairan

walaupun kerja shift petang, tak bermakna pagi ni aku boleh relax..Tak sama sekali, sebab aku kene ulangkaji penyakit-penyakit yang common kat ward tu then, setiap hari khamis ade bedsite teaching.

Sambil cari pengalaman kerja boleh tingkatkan lagi ilmu pengetahuan dan update balik ape yang telah belajar selama 3 tahun kat dewan kuliah dan lab..

Sakit kaki memang lumrah la kalo kerja sebagai nurse coz berdiri sepanjang hari..tak sempat pon nak duduk kalo cubical penuh.

Teringat survey yang dibuat oleh satu organisasi (tak ingat organisasi mana, dengar dalam radio THR.fm), dia kata nursing adalah bidang kerja yang paling professional..Bangga gak bila dengar macam tu.hehe

Menuju ke arah nurses muslim dan professional, =)

Masa untuk mencari gali ilmu..Yeah!!!Ganbatey ney to all my friends =)

Tuesday, June 30, 2009

Clinical posting, day 2

Hari nie aku rasa lebih baik drp semalam. Kalo semalam aku cam blur2 cikit, hari nie ok sikit jer..hehe

Ape yang aku nak konsikan kat sini ialah, kisah seorang mak cik ni.Memag agak kelakar la jugak bila dengar cara dia cakap, tapi punya maksud yang tersirat..

Pagi tadi ila aku nak buat i/o chart, aku dapati kebanyakkan patient dekat cubical yang aku jaga tu, xder bekas urin untuk sukat urine diorang..Pelik gak aku, bila aku check i/o chart diorang, ader plak amount berapa yang diorang kencing..erm..memang pelik bin ajaib ni. Aku pon tanye la staff nurse(SN), cam ner diorang kire,
"agak-agak la dik, tulih je 150ml" kata SN tu..Yup, agak-agak je..Huh!!memang terperanjat gak la aku..no wonder la, public pandang rendah kat SN, ilmu ader tapi tak nak pakai..simpan wat pekasam..pastu, wat kerja short cut..ikut orang suruh jadi cam lembu kene cucuk hidung plak.memang bengang rr..

Yang aku nak cerita sebenarnya bukan kisah SN kat ward ni, tapi dari kesinambungan citer ni lah..

Lepas pada tu, aku decide nak wat bekas sukat urine utk setiap patient cubical aku yang ade i/o chart. Lepas aku agihkan urine container dan bagi keterangan kat diorang cam mana nak guna, ader sorang mak cik ni tanye;

"dik, air kencing nie, kene tunggu bubuh penuh bekas nie ko?tapi mok cik kencing setakat nie jah" kata mak cik tersebut sambil menunjuk aras penanda di botol tersebut.

Sempat la aku gelak sekejap,"bukey gitu mok cik, gini eh, tiap2 kali mok cik kencing, mok cik tengok la kat mane air kencing mok cik tu, pah tu cuoh la air kencing tu, jgn sipey pulok..kala nak tuggu botol nie penuh gak berat la" jawabku sambil disambut dengan hilaian ketawa pesakit-pesakit lain.

sambungku lagi, "kala buleh, lepas kencing tu, mok cik tanda pukol berapa dan berapa jumlah air kencing ok cik tu deh".

"Pah, mok cik nk tulis daley gapo niy? Mok cik xdok kertas ni", sambung mak cik tadi..

"erm..gini la, xpo2, tp mok cik keno igt la pukul bp mok cik kencing n bp jumlah..pahtu kalo SN maghi tanyo mok cik oyak deh berapo" kata ku lagi.

Mak cik tersebut hanya tersenyum mendengar jawapanku itu..Mungkin sudah berpuas hati barang kali dengan penerangan yang diberikan.

Susah jugak ye nak berkomunikasi dengan orang.Kene guna ayat yang penuh dan satu per satu. Nasib baik mak cik tersebut tidak malu bertanye, kalo tidak, aku akan menganggap mereka semua faham apa yang ingin aku sampaikan..Itulah pentingnya komunikasi dua hala.

Kesian kat my group mate, tak faham bahasa kelantan..

Monday, June 29, 2009

Pagi yang Gelap



Hari nie hari pertama aku masuk ward and kerja shift..Malam sebelumnya aku update balik ape yang telah aku belajar dari tahun satu hingga tahun 3. Tengok la apa-apa yang patut..

Pada pagi hari sebelum aku ke ward...

Tit tit tit...mesej dari telefon aku berbunyi. aku pon terjaga dek terdengar handphone ku berbunyi..sapelah yang hantar mesej kat aku pagi-pagi buta ni..owh..rupanye group mate aku, dia minta tolong suruh cari pakguard kerana DM 1 'blackout'. Aku pon dalam mamai-mamai nak bangun buka lampu, and arrghhh..baru aku perasan yang desa aku pon blackout jugak..macam mana ni? macam mana nak bersiap nak g hospital..Huh!! leceh betul la..

Then, aku kejutkan roomate aku, ajaknye menemaniku pergi cari pak guard kat bawah desa (selalunya pak guard memang ade kat situ). Ntah dimana silapnye, pada pagi tu, pak guard xder kat situ..Pastu, roomate aku pergi cari bilik suis elektrik..uish..takut aku, aku pesan kat dia jangan buat ape-ape la, kang lain pulak yang jadi.

masa tu dah nak dekat pukul 6am dah. Aku tak mandi lagi ni..Nasib baik ade penlight yang aku selalu guna untuk wat assessment kat patient. Dengan menggunakan penlight itulah aku ke tandas dan mandi..Takut memang la takut, tapi bila teringatkan mati seorang diri, tinggal didalam kubur yang gelap gelita lagi sempit, tidak ditemani sesiapa, tiada ruang utk secebis cahaya pon masuk, aku jadi insaf..Rasa takut tu, terus mengalir bersama air yang menghujani tubuhku di pagi itu



practice LO kat lab. Nieza jadi 'mayat'..huhu



cara-cara nk bungkus mayat

Wednesday, June 24, 2009

Tahun akhir???

Erm... dah nak masuk tahun akhir dah rupanya aku nie. Masa third year, memang rasa excited sangat nak cepat-cepat habis. Selalu terfikir bila la aku nak habis nie. Lambatnye..

Tapi, sekarang masanya dah tiba. Bila teringatkan clinical posting seram sejuk aku dibuatnya. Maklumlah, banyak prosedur yang aku dah lupa. Bila practice kat lab pon, tak perferct lagi..
Terbayang muka clinical fasilitator, takut rasanya nak berhadapan dengan mereka. Sebabnya, aku masih lagi tak yakin boleh buat dengan betul..

Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku..ameen

Tuesday, June 23, 2009

Kasih sayang

Kasihnya ayah, tinggal-tinggalkan, kasihnya ibu sampai ke syurga. Alangkah bahagianya jika diri kita dikasihi dan disayangi oleh orang lain dan juga Pencipta kita. Beretebaranlah manusia atas muka bumi untuk mencari rezeki, menuntut ilmu dan berkasih sayang. Kerana, rasa ingin kasih dan sayang dan juga dikasihi itu adalah fitrah kita sebagai manusia. Memang kasih sayang terlalu indah untuk dikenang, tiada pernah kenal usia, tua dan muda semua menikmatinya.

Tetapi, alangkah sedihnya jika kasih dan sayang ini tidak dimanfaatkan sebaik mungkin. Kasih sayang yang terlalu indah untuk dikenang boleh bertukar menjadi sesuatu yang pahit dan juga menyakitkan!!

Kasih sayang terlalu pahit dan menyakitkan..memang kasih sayang itu indah tetapi disebalik keindahan itu ada maksud yang tersirat disebaliknya.

Jika kita tidak mampu untuk mengawal kasih sayang malah berlebih-lebihan, maka saksikanlah akibatnya. Bak kata pujangga, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak tangan-tangankan..

Dunia hari ini, jika kita lihat diberita-berita dan akhbar, ada anak yang sanggup mendera malah membunuh ibubapa sendiri. Mengapa hal sebegini boleh terjadi?? Seperti cerita anakku sazali lakonan allayarham P.Ramlee, kerana sayang yang keterlaluan akhirnya sazali tumbuh membesar sebagai anak yang biadap dan kurang ajar kepada bapanya seterusnya menjadi sampah masyarakat kerana terlibat dengan jenayah.. Lihatlah, betapa kasih sayang juga boleh menghancurkan manusia..dan lihatlah juga betapa susahnya hendak memanusiakan manusia.

Jika kita sudah jatuh sayang pada seseorang tu, tak ingin rasanya kasih dan sayangnya itu diberikan kepada orang lain. Bila dia menunjukkan sayangnya pada orang lain, kita akan rasa sakit hati, nak marah, rasa tidak dipedulikan, dan sebagainya. Bermacam-macam benda yang kita buat untuk menarik perhatiannya kembali. Kadang-kadang kita sebagai manusia tak sedar bahawa perbuatan kita untuk menarik perhatian insan yang kita sayang itu sebenarnya telah menimbulkan rasa sedih dan sakit di hatinya hati. Tegakah kita melihat insan yang kita sayang menitiskan air mata kerana perbuatan kita? menyebabkan dia terasa hati dan sakit hati??
Tepuk dada tanyalah akal fikiran yang waras berpandukan iman dan hidayah daripada Allah.

Biarlah kita bersedih dan menangis, asalkan insan yang kita sayang berbahagia dan mampu tersenyum dengan teman pilihan hatinya. Tawakkal dan berserahlah pada Allah. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Kembalikan diri kita kepada Pencipta kita..

Cintakan bunga, bungakan layu,
cintakan manusia, manusiakan mati
cintakan Allah, kekal berpanjangan
Dan Allah akan membalas cinta kita melebihi
cinta kita kepadaNya..Percayalah

Jadi berpada-padalah dalam berkasih sayang..Jika kamu bencikan seseorang, maka simpanlah sedikit rasa sayang dihatimu untuk dia, mana tahu suatu hari nanti kamu akan jatuh sayang kepadanya pula..
Dan Jika kamu sayangkan seseorang, simpankanlah sedikit rasa benci dihatimu untuk dia..suatu hari nanti bila kamu terluka, lemah dan tak berdaya, ada tempat dan sesuatu yang kamu boleh sandarkan harapan kamu itu.

Kasih sayang,
terlalu indah untuk dikenang
semuanya takkan pernah kubuang
kasih sayang,
tiada pernah kenal usia
tua muda akan menikmatinya
Namun jangan engkau lupa
akan artinya masa nanti
engkau akan menderita
karena terlena rasa cinta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...