Saturday, May 2, 2009
what gender is your brain?
Your Brain is 47% Female, 53% Male
Your brain is a healthy mix of male and female. You are both sensitive and savvy. Rational and reasonable, you tend to keep level headed. But you also tend to wear your heart on your sleeve.
Very funny la,but i dont believe it..just to have fun and laugh with my friends..dont forget to compare yours with your friends
To know what gender of your brain is, try this test. It's easy, just take 5 minutes to complete it..
http://www.blogthings.com/whatgenderisyourbrainquiz/
Wednesday, April 15, 2009
Petai oh Petai..
Rindu rasa nak balik rumah, nak rasa masakan mak. Walaupun simple, sekadar ikan goreng dan budu, tapi sungguh menyelerakan..Dah sebulan lamanya aku tidak balik rumah, hanya talifon yang menghubungkan kami dihujung minggu..
Sampai je kat cafe, cam biasala..sebelum decide nak beli gerai mane, kami survey dulu lauk kat gerai mane paling best (memang rutin sebelum beli nasi..huhu).. selalunya gerai beratapkan daun nipah menjadi pilihanku.
Kali ni pun sama gak. Gerai beratapkan daun nipah menjadi sasaran aku dan kawanku ini. Tiba-tiba, aku terpandangkan ulam-ulaman. Wah, bestnye ade petai..Teringat kat rumah, mak aku memang selalu beli petai..ah, xsabarnye nak makan petai..Alamak, tapi mali la pulak nak amik..Al-maklumlah, kawan-kawan aku tak suka makan ulam-ulaman, kalau adapun diorang tak suka makan petai. Busuk katanya.. Ah..lantaklah diorang, yang penting aku nak makan.
Lepas aku amik je petai tu, aku nak g bayar..Tiba-tiba, pak cik kat kaunter bayaran tu tegur aku," ooo..makan petai ye dia"..uh..memang malu sangat rasenye, nasib baik xder orang lain masa tu..aku buat muka bodoh je..buat2 xdengar dia cakap (huhu..nak cover malu punye pasal).
teringat cerita adik aku and member dia g pasar malam. Member dia memang suka makan ulam, terutama petai..Bila dia beli petai tu, pak cik tu kata, "eh, muka cantik tapi makan petai, tak takut muka naik jerawat ker?"tanye pak cik tu..adik aku dan members dia senyum je.. cool la sebab siorang ramai..
Ada satu kali tu adik ak citer, demi nk makan petai, diorang bawak pencicah. Adik aku bawak budu (cz dari kelantan), kawan dia dari melaka bawak cencaluk, dan ader yang bawak ulam jeruk. Nak dijadikan cerita, malam tu, dalam bas, xtaw silap kat mane tiba-tiba botol cencaluk meletup, habis satu bas bau busuk. Mereke-mereka yang 'terlibat' buat bodoh jer, macam xder ape-ape yang berlaku..hehe
Turun jer dari bas, usah dikata la, memang nak pecah la perut diorang ketawa..Semua ni, petai punya pasal la..hehe

PM Dr.Aminuddin AHK Dept.of Physiology Medical faculty of UKM Kuala Lumpur Tel:6(03)40405157 fax:6(03)26939687
Jalan yang Berliku


Tuesday, April 14, 2009
Kamceng Dengan Solat

Teringat peristiwa sewaktu aku darjah 4, kene rotan dengan mak coz tak sembahyang subuh. Al-kisahnya, nak diceritakan, hari tu aku bangun lambat, al-maklumlah cuti sekolah..aku ingat boleh la tidur puas-puas. Sampai terbabas subuh aku..Bila aku bangun je dari tidur, mak aku tanye, "sembahyang subuh tak pagi tadi?".Aku dengan selamba badaknya jawab tak..Mak aku ape lagi mengamuk sakan la dia..Mane la aku taw masa tu, kalo bangun lambat pon kene sembahyang jugak..ingatkan tak payah dah..Tak pasal2 kene rotan...huhu(jadi pengajaran kat aku ni).
Seingat aku, mase kecik2 dulu, aku memang liat sangat nak sembahyang terutamanya subuh ngan isyak..Kalau subuh, malas nak bangun pagi, tambah2 hari cuti..kalau hari sekolah memang selamat la waktu subuh aku cz bangun awal nk g sekolah. Kalau isyak lak, 'sayang' nak tinggal citer yang best..cam rugi je kalau terlepas walaupun sekejap. Bila mak aku suruh sembahyang isyak di awal waktu, aku cakap nanti nak tidur nanti sembahyang la..Alih2, bila dah ngantuk sangat malas lak nak solat and finally, aku tidur tanpa solat..ish..bila ingat2 balik memang teruk r masa tu..
Memang liat sungguh..Ak terfikir gak, kenapalah kene sembahyang..Tapi persoalan tu just bermain kat otak aku je, tak terfikir pulak nak tanye sesapa..Bila dah besar tu, baru la tahu kenapa kita kene sembahyang and jaga solat kita..Alhamdulillah, akhirnya aku dapat jugak petunjuk dari Allah.

Jadi, saya nasihatkan kepada para remaja dan sape2 yang nak tahu secara ringkas kenapa kita mesti solat, bacalah buku karangan Mohd Zawawi Yusoh dan Siti Hasnah Hamzah..Memang berguna sebagai ilmu tambahan. Bahasa yang digunakan agak santai, dan kita akan rasa enjoy bila baca buku ni..cz, dalam buku ni, penulis menciptakan situasi iaitu dialog diantara dua sahabat baik..dan terapat senda gurau diantara mereka yang membuatkan kita tidak bosan membaca buku ini..ianya bukan seperti buku-buku lain, yang menulis ayat panjang berjela-jela sehinggakan kita kadang2 penat membacanya..
sekian, wasalam..
Sekadar perkongsian,
study for next exam :-)
Monday, April 13, 2009
Pagi yang Menyegarkan...

~Lebih kurang macam ni la pintu bilik kami..Tapi color kuning..bila aku letak kunci kat tempat kunci tu, memang orang dari luar xleh nak bukak dah pintu tu ~

Sunday, April 12, 2009
Ahad yang Memenatkan!!
Impianku Dimakbulkan Allah...alhamdulillah
gambar dalam internet..puding gula hangus
Berdebar jugak la nak buat puding ni coz dulu memang aku dah pernah buat dah puding ni tapi tak jadi..rasenye PAHIT..tak tahu sebab ape..LAst2, jadi makanan ayam puding aku nie.
Mak aku kata coz aku tak de BAKAT...ye la tu kot..
Dengan penuh keazaman aku bertekad jugak nak buat puding ni..Turun je teksi nak balik rumah, aku beli barang-barang yang patut..
Then, bermulalah operasi aku pada pagi itu..(masa tu kat rumah xder orang, aku sorang-sorang je, tu yang best tu, kalo xjadi..kasi je makan kat ayam..hehe)
Aku memang ikut resepi yang aku salin tu satu persatu..dua tiga kali aku chek takut silap sukatan sebelum buat tu..
Jeng jeng..finally, masak pon puding aku. Nampak cantik jew..cam hari tu jugak, rase xtahu lagi..takut aku nak rase..takut tak jadi..
xpe sabar2..aku keluarkan puding tu drp bekas kukus dan sejukkan..bila dah sejuk..
Bismillahhirrahmanirrohhim..aku potong puding tu dan masukkan dalam piring. Aku rasa..erm...awat pahit jugak ni? rase cam sukatan dah betul tadi..memang banyak kali dah aku chek ni...
Pastu, dengan perasaan hampanya, aku letakkan puding tadi dalam peti sejuk..Bila adik aku balik dari sekolah, dia rasa puding yang aku simpan dalam peti sejuk...Aik, pelik bin ajaib ni..nape xpahit pulak? hehehe...gembiranya aku, puding aku xpahit??YES YES
USAHA TANGGA KEJAYAAN
Benarlah kata orang 'usaha itu tangga kejayaan', jadi pengajaran yang aku dapat disini ialah, jangan mudah berputus asa. Walaupun kita gagal sekali, bukan beerti kita akan gagal selama-lamanya..Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik buat kita, Just berusaha and finally Tawakkal kepada Allah..Insha'Allah, setiap usaha pasti ada ganjarannya walaupun sedikit..
Jadi berusahalah sampai ke akhirnya..Buat teman-teman yang bakal menduduki peperiksaan akhir bemula hari ini, aku ucapkan semoga maju jaya...Nikmatilah hasil usaha kalian selama ini dan berikan yang terbaik... Good Luck!!
sebelum ke dewan peperiksaan;
critical care; 215-415 pm..