Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, hari ni masih lagi diberi kesempatan dan waktu oleh allah untuk mencoretkan sesuatu di belog kesayangan ini.
Entah mengapa sejak dua tiga hari ni hati asyik berdebar-debar je. Macam ader sesuatu yang tak kena atau bakal terjadi (sesungguhnya Allah maha mengetahui segalanya). Buat kerja pun tak boleh fokus sangat. Benda remeh pun boleh buat silap.Ya Allah, kenapa debaran hati ini berdetap tidak tenang. Mudahkanlah ya allah, mudahkanlah...amin. Itu adalah diantara ungkapan ku sejak dua tiga hari ini sebelum pergi kerja dan semasa kerja..
Aku cuba kuatkan diri dan fokus..fokus. Tak mahu fikir yang negatif. Sentiasa positif. Teringat kata prof dr muhaya, kita yang menentukan samada kita ni bahagia atau tidak. YA, hanya kita yang boleh menentukan kebahagiaan diri kita.
'Apa yang kita fikir, itulah yang akan terjadi' begitulah kata-kata prof dr muhaya yang aku ingat. Allah juga berfirman yang bermaksud, "Aku sesuai dengan tanggapan hambaKu terhadapKu". Jadi aku mesti berfikir positif dan berkelakuan positif. Insya'allah, aku tak akan membiarkan keadaan serta masyarakat sekeliling mengganggu emosi dan sekaligus meragut kebahagiaanku.
Ya Rahman, sesungguhnya solatku, ibadahku hidup dan matiku hanya padamu. Ameen
picture: credit to google.com
Saturday, June 30, 2012
muhasabah diri
Bismillah....dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang
Alhamdulillah, hari ini berkesempatan untuk mencoret sepatah dua kata dalam blog ni setelah lama kesepian.
tanggungjawab dan komitmen terhadap tugas agak membataskan masa untuk menulis.
Tanpa disedari, kita sekarang sudah berada di bulan sya'aban. taksampai sebulan lagi, 'tetamu' istimewa ini akan menjenguk..Allah, betapa cepatnya masa berlalu. semoga aku diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu dengan 'tetamu' yang istimewa ini.insya'allah
terasa baru semalam aku menyarungkan uniform ni kat badan. rupanya sudah enam bulan aku berada di perantauan mencari rezeki..semoga dipermudahkan segalanya.
mood: tengah bermujahadah dam muhasabah diri =)

Subscribe to:
Posts (Atom)