Wednesday, October 26, 2011

ler moh fellow kite vacation, are we not?

during the school holidays soon da, da kinds of plans that have been planned together with other friends. mintak-ngan mintakla all plans run smoothly.
 I plan to go hiking to the mountain Stong tu day were canceled coz they left for the mountains Stong on Thursday morning. so, me and the gang frust menonggeng can not go, go Posted jugak school .. T_T so sad next week, the children happily start da exam. 2 weeks old. Posted diorang exam finished, I go camping boys lak ngan degree 6. 
Credits, holidays .. Yahooo! bestnye =) Credits, starting at the plan I n the gang. ask-mintala not rain soon, I was delayed again Posted at kitaorang plan. oh yes, the end of this week insha'allah, I went pilot silver cape. go interview .. good luck an approved leave pk tu me. wish me best of luck ya! daa .. see u later =)  
bahasa ape ni???aku pon pening nak baca nih!!google chrome punye pasal la ni. saje aku nak test camner dia nak translate blog aku jadi english. nilah hasilnya.
cer korang buat jgak..
p/s: cik arija yang xder kerja dan kebosanan dengan kata lain malas ler..k, adios

Thursday, October 20, 2011

moh ler kite bercuti sesama, nak tak??

sempena cuti sekolah yang da tak lama lagi, macam-macam da plan yang telah dirancangkan bersama dengan kawan-kawan yang lain. mintak-mintakla segala perancangan berjalan ngan lancar. Plan nak pergi mendaki ke gunung stong hari tu terpaksa dibatalkan coz mereka bertolak ke gunung stong pada pagi khamis. so, aku and the geng frust menonggeng tak dapat pergi, kene pergi sekolah jugak..so sad  T_T

next week, kanak-kanak riang da start exam. 2 minggu lamanya. habis je diorang exam, nak pergi berkhemah lak ngan budak-budak darjah 6. pastu, cuti..Yahooo!!!bestnye =)

pastu, bermula la rancangan aku n the geng. minta-mintala tak hujan nanti, kalo tak memang tergendala lagi la plan kitaorang.

oh ya, hujung minggu ni insha'allah, aku pergi tanjung malim perak. pergi interview..nasib baik pk 1 luluskan cuti aku tu.
wish me best of luck ya!! daa..see u later =)

Sunday, October 16, 2011

satu, dua dan dot dot dot

"adik kau cepat pergi mandi!!! aku kira sampai tiga" laung seorang kakak pada adiknya pada petang hari.
adiknya yang sedang enak bermain tidak menghiraukan ugutan kakaknya terus juga bermain.
"satu, dua, dua setengah, dua suku, tiii...iiiii...ggg...aaaa..."laung kakaknya sampil mengeja nombor tiga itu.
adik yang masih enak bermain tidak menyedari akan kemarahan kakanya itu. adik meneruskan permainannya itu disertai gelak ketawa beliau bersama rakan-rakannya.

"Panggg!!!!" tangan kakak berbirat dibelakang adik. Adik yang melihat kemarahan kakak yang telah sampai ke kemuncaknya terus berlari ke rumah sambil meraung sekuat-kuat hati..

       ***************************************************************************
Intro je tu.hehe, tapi tu kisah benar taw. kisah masa aku kecik-kecik dulu. ape yang aku nak highlight kan kat sini ialah, korang perasan tak cara akak aku tu kira..
satu...dua..dua setengah...dua suku...tiga.perasan tak???
sepatutnya, kalau ikut logiknye dua suku dulu la kan baru dua setengah..kan?kan? kan??

Tapi kalo sebut dua suku dulu baru dua setengah, cam tak best plak bunyinye. cuba kire, best tak bunyinye???

Kadang-kadang aku pon kira macam tu jugak kalo nak ugut anak-anak sedara or anak-anak murid aku, hahaha..cam sengal je aku ni..tak pe sekali sekala je beb, bukan selalu pon. ye dakkkk????

p/s: naper xleh nak upload pic ni??bila nak upload terus firefox closed dgn sendirinya. ader sape-sape boleh tolong tak??

Saturday, October 15, 2011

menu hari ini ialah.....

Tengok tak tahajud cinta semalam??eeii....geram je kan ending dia tu, tergantung cenggitu jer.tak taw camner kesudahan dia..mencinye =(

k la, tak mo la ulas panjang-panjang cerita tahajud cinta tu. hari ni aku nak citer benda yang aku da buat, huhu
semalam rancangnya nak buat telur gulung inti udang dan ayam untuk sarapan pagi. da siap bagitahu kat mak da, esok sarapan pagi kita cuba resepi baru ye...dengan perasaan excited nak masak sarapan pagi ni, yeay!!!

tup-tup tak jadi plak. alkisahnye, ingat lepas solat subuh tu nak baring kejap. bila bangun, tengok sume orang tengah makan nasi lemak bungkus dan nasi impit..berkecai harapan nak try resepi baru =(, nasib baik la tak kene sindir

jadi untuk makan tengah hari, aku masak jer sup ayam, ayam goreng dan puding karamel..selalunya mak yang masak untuk makan tengah hari, tapi disebabkan dia pergi rumah pak cik, dia da pesan siap-siap suruh masak sup ayam..kalo tak pesan mesti aku tak buat ni.ish3(sambil geleng-geleng kepala)

Tapi kan, yang bestnye, puding karamel aku memang menjadi. serius ni, tak tipu. kalo dulu aku buat lembik la, pahit la dan macam-macam lagi. tapi kali ni memang ngam-ngam. siap kene puji ngan nenek dan mak aku lagi..kembang la aku. maklumla orang jarang-jarang masuk dapur, pastu jenis mudah fed-up, kalo buat benda dan benda tu tak menjadi seperti yang kita inginkan, terus hilang mood nak masak. Tapi sekarang alhamdulillah, sikap tu da menghilang da sikit-sikit.perubahan hormon barangkali, hahaha, ape aku merepek ni.

ok la, bye-bye..kalo ader masa nati aku update lagi..=))

Friday, October 14, 2011

hadiah yang tak diduga di pagi jumaat

"allahu akbar..allahu akbar........" lagu dendangan MAher Zain nyaring kedengaran di telingaku. Lantas dalam mamai aku mencapai telefon bimbit disebelahku. sebelum menjawab panggilan tersebut sempat aku menjeling siapakah gerangan yang membuat panggilan dipagi hari ini.
"em.." sapaku dalam nada serak-serak basah..."tido ka?"    
aku diam, tidak menjawab pertanyaan tersebut. sebenarnya bukan aku sengaja tidak mahu menjawab pertanyaan tersebut, tapi otakku sedang ligat berfikir 'kenapa tiba-tiba suara adikku ini boleh bertukar menjadi garau..sedangkan dia seorang perempuan'..aish pelik sungguh

Beberapa saat kemudian aku dikejutkan semula oleh suara pemanggil tadi.."wanie dah selamat melahirkan pagi tadi" beritahu pemanggil tadi.
"alhamdulillah, laki ka perempuan?" tanyaku
"lelaki"..katanya.
"o..nanti bagitahu ma, assalamualaikum"ucapku mengakhiri perbualan telefon tersebut.

Rupa-rupanya yang telefon kat aku pagi tadi ialah adik ipar aku, dia gunakan telefon adik aku. patutla garau semacam je 'suara' adik aku ni, hehe. Tak dan plak nak bertanya khabar camne keadaan adik aku tu. excited punye pasal nak bagi tahu kat ma aku. tak pe nanti aku call balik.

Masa tengah sembang-sembang ngan dia dalam telefon semalam tak der la plak dia ngadu atau bagitahu tanda-tanda da nak bersalin. tup-tup hari ni, da keluar da..kalau ikutkan jangkaan yang sebenarnya dia akan melahirkan 22/10/2011 nanti. ni terawal seminggu plak. tapi takpe, asalkan semuanya selamat tu da kira bagus da..alhamdulillah.

Insha'allah, kalo tak der ape-ape, tahun depan dapat lagi dua anak saudara baru. semoga fasa-fasa bahagia ini terus mengalir dalam keluarga ku..pergilah wahai duka lara, menjauhlah air mata penderitaan.
Ya Tuhanku, terima kasih atas pemberian rezeki yang tidak ternilai ini pada kami sekeluarga di pagi hari jumaat ini. semoga anak ini menjadi anak yang soleh suatu hari nanti..amin, amin ya robbal 'alamin.

Sunday, October 9, 2011

carilah kebahagiaan walaupun di NERAKA dunia

sesungguhnya tiada daya dan upaya untuk aku terus melangkah menghadapi liku-liku hidup ini...nasihat bijak pandai, berusaha ,bersabarlah dan berdoalah, sesungguhnya Allah sedang mengujimu...

Ya allah, sesungguhnya aku tak mampu lagi untuk terus menghadapi ujianmu ini..bantulah aku...terasa penat menghadapi mehnah dunia ini....luka yang tidak bewarna tapi peritnya menikam ke kalbu..carilah dan gapailah bahagia itu walaupun di neraka dunia!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...