salam aidiladha buat semua..
sayu rasa hati bila terdengarkan takbir raya berkumandang tadi..tiba-tiba perasaan sebak melanda. teringat kampung halaman dan terkenangkan nasib diri diperantauan. terpaksa beraya seorang diri. syahdu
Air mata yang ditahan-tahan akhirnya terhambur keluar juga tengah hari tadi bila mana telefon berdering..suara tersekat-sekat menahan sebak..huh, 'crush' perasaan pulak di pagi raya tadi.
bukan tak pernah pun beraya seorang diri..entahlah. mungkin PMS kot
actually, nak citer pasal pengorbanan. sempena hari raya aidil adha ni kan, apa pengorbanan yang telah korang lakukan??? =)
Tuesday, October 15, 2013
Sunday, October 6, 2013
semoga terus diberi petunjuk
assalamualaikum dan salam malam isnin..........
Memang aku akui sudah jarang berkesempatan untuk update blog ni. ketiadaan internet dekat rumah menyukarkan dan menyulitkan keadaan untuk sentiasa update blog.
Perkembangan diri yang terbaru, tak ade apa rasanya. still macam dulu juga cumanya sangat-sangat bersyukur sekarang ini sebab dah temui rentak kerjaya yang agak selesa dan stabil. alhamdulillah.
Sekarang tengah masih lagi berusaha untuk mengukuhkan bisness dalam bidang etiqa. semoga allah terus berikan kekuatan untuk melakukan dua kerja dalam satu masa. amin
Baru-baru ini hidup aku sikit tunggang langgang gara-gara ikutkan sangat kata hati. Rasanya tak perlulah aku nak explain detail kat sini, cukup aku je yang laluinya..Insya'allah, aku rasa aku sudah buat keputusan yang terbaik untuk diri aku. semoga percaturan aku kali ini tidak tersilap lagi.
Semoga aku terus diberi petunjuk hidayah dan istiqamah dengan apa yang aku sedang lakukan sekarang..amin

Sunday, September 22, 2013
saat diuji dengan nasihat sendiri
salam...........
Terasa lemah badan dan urat sarafku. Hidup kembali kelam kabut sekarang ni, tidak kutemui rentak hidupku.
Benarlah kata-kata yang pernah aku dengar, kadang-kadang kita akan diuji dengan kata-kata kita sendiri.
"kau tak kena sedap la kau cakap"
"sabar, sabar!!sampai bila?"
Ya, sekarang aku tengah diuji dengan kata-kataku sendiri. Nasihat yang kulemparkan kepada 'teman tapi mesra' terpantul terpalit, sedang menguji diriku saat ini. Nasihat dan harapku agar dirinya berubah dan menjadi lebih baik.........
Segala usaha dan daya serta nasihat secara percuma telah ku berikan. Nampaknya, semakin aku ingin menolong dirinya seakan-akan aku turut terheret sama dalam situasi dirinya..
Macam manakah ini???
Ya Allah, berikanlah aku petunjuk..mudahkanlah urusanku dan jauhkan kami dari tergoda dengan bisikan syaitan..amin
Jiwa Kacau, 3.25 am
Wednesday, September 11, 2013
Off day...
assalamualaikum w.b.t..
Hari ini aku off day selepas kerja malam 2 hari berturut-turut. Tapi ku gagahkan juga hati dan kaki ini untuk melangkah masuk ke ofis etiqa walau sekejap.
Misi untuk bulan ni untuk dapatkan 4 kes sahaja. Walaupun nampak macam sikit, tapi kalo tak berusaha jenuh jugak nak mencari tu. Rezeki tak kan datang bergolek kalau tak diusahakan. Pokok pangkalnye kena usaha.
Walaupun sikit, tapi lama-lama kalo kita konsisten buat, nanti jadi bukit jugak kan. Jadi, aku try buat slow-slow untuk cari lagi satu kes untuk bulan september. Moga-moga dimudahkan oleh Allah. Ameen
Owh, lupa nak update, skrg da kerja jadi nurse balik, huhu..menyarung kembali pakaian yang beruniform itu. Tapi kat tempat lain. Moga dimudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki...amin
Wednesday, September 4, 2013
mabrur.
Dengan nama allah yang maha
pengasih dan maha penyayang,
Assalamualaikum w.b.r
Rasanya belum terlambat lagi
untuk I ucapkan selamat hari raya aidilfitri dan salam merdeka kepada semua.
Alhamdulillah,
hidup saat ini bertambah baik. Segala doa-doa yang dipanjatkan sebelum ini
akhirnya satu persatu terjawab. Alhamdulillah..
Benarlah janji allah, setiap manusia
akan diuji berdasarkan tahap keimanan masing-masing. Dan janji allah adalah
pasti. Cuma kita sebagai khalifah dan hambanya mesti banyak bersabar redha
dengan apa yang berlaku. Insya’allah setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya,
Cuma cepat atau lambat sahaja kesedaran itu datang pada kita. Plan dan
persiapan untuk bertunang pada tahun ini terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab
yang tak dapat dielakkan.
Tak mahu lagi nak dikenang kisah
lampau, sekarang nak cerita tentang perkembangan produk etiqa yang terhangat
dipasaran iaitu, mabrur.
Mabrur merupakan satu pelan haji
yang sangat komprehensif untuk mempersiapkan diri anda dan ahli keluarga ke
tempat yang berprestij. Hasil kerjasama antara etiqa takaful berhad dan lembaga
tabung haji Malaysia ini akan memudahkan rakyat Malaysia dan bakal-bakal haji
khususnya untuk mendaftarkan diri mereka dan ahli keluarga untuk memunaikan
rukun islam yang ke lima itu.
Antara kelebihan yang akan
diperolehi jika anda mendaftarkan diri ialah;
- Pembukaan akaun tabung haji secara percuma (bagi yang belum mempunyai akaun) dan bayaran tunai tetap akan dikreditkan secara automatic kedalam akaun tabung haji
- Pendaftaran haji pada tahun ke-3, selepas mendaftar di etiqa
- Perlindungan komprehensif dengan manfaat badal haji dan ihsar*
*manfaat ihsar
akan dibayar sekiranya jemaah haji dikenakan dam disebabkan oleh masalah
kesihatan/ perubatan (rm 1000.00)
*elaun hospital
rm 100.00/hari akan dibayar jika orang yang dilindungi dimasukkan ke wad (berkuatkuasa
selepas 45 hari dari tarikh polisi dikeluarkan)
·
Jumlah bayaran tunai tetap sehingga 123%
daripada jumlah asas dilindungi akan dibayar (bonus dari etiqa)
·
Tambahan 100% daripada jumlah asas dilindungi
akan dibayar sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan di makkah atau
madinah (umur peserta yang dilindungi mestilah berumur kurang dari 70 thn pada
masa kejadian)
·
Elaun haji, umrah dan penjagaan anak*
*elaun haji/umrah Rm 1000.00 akan diberikan kpd bakal
jemaah haji sebelum bertolak ke makkah- selepas 5 tahun sijil berkuat kuasa
*Elaun penjagaan anak yang ditinggalkan semasa
mengerjakan haji akan diberikan kepada penjaga (anak mestilah berumur 18
kebawah) Rm 1000.00
·
Boleh disertakan sekali dengan kad perubatan-
bil hospital ditanggung 100% oleh etiqa takaful berhad
Thursday, April 4, 2013
Etiqa Takaful
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi
Maha Mengasihani..
Alhamdulillah, hari ini masih lagi sempat
dan diberi kekuatan untuk menjalankan segala suruhannya serta menyebarkan
kebaikan kepada semua orang. Syukur Alhamdulillah.
Bila bercerita tentang kebaikan ni, banyak
sebenarnya yang ingin I kongsikan disini. Diam bukan sebarang diam. Diam-diam
ubi berisi =)
Pada 15 february lalu, Alhamdulillah I
telah pun lulus exam untuk jadi agen takaful etiqa yang berdaftar. Maka,
bermula dari tarikh tersebut dengan rasminya I telah dilantik menjadi ejen
takaful etiqa. Maka bermulalah tugasku sebagai ejen takaful.
Menjadi ejen takaful ni sebenarnya best sangat-sangat. .nak tahu kenapa??? jom scroll kebawah ;
- · Waktu kerja yang sangat-sangat fleksibel. Tak kisah u nak start kerja pukul berapa dan nak balik pukul berapa pun. Tak ade orang nak marah.
- · Tak perlu bersesak-sesak dijalan raya and kejar masa coz nak punch card. Tiada kerungsingan langsung. Anda boleh berlapang dada dan tersenyum sepanjang hari. Nak bangun pukul berapa pun tak kisah. Yang penting kerja jalan =)
- · Boleh makan angin secara percuma. Buat kerja ni memerlukan anda berjalan ke merata-rata tempat. So, sambil bekerja tu, bolehla kenal tempat orang sekali kan?? Bak kata pepatah sambil menyelam minum air, ye tak?
- · Kursus dan latihan disediakan secara percuma oleh individu yang berkelayakkan dan professional
- · APA YANG PALING PENTING IALAH BULAN-BULAN TETAP MASSSUKK WALAUPUN ANDA SEDANG TIDURRRR!!! MENARIK KAN??
Jika anda rasa tugas sebagai ejen takaful
ni sangat menarik dan ingin tahu lebih lanjut mengenainya bolehlah hantar
sebarang pertanyaan di arizawaty@gmail.com saya akan berbesar hati utk menjawab segala
pertanyaan anda dan sangat mengalu-alukan kedatangan anda untuk menjadi
sebahagian daripada kami =)
Cukup sampai disini dulu buat masa
sekarang. Banyak lagi kisah-kisah menarik yang ingin I kongsikan disini. Kalau
ada masa, insya’allah, I akan update lagi.
SEBARKAN
KEBAIKAN, HIDUP ANDA PASTI CERIA =)
Tuesday, February 12, 2013
blog update- tukar profession
salam...
lama menyepi dari dunia blog ni, bukan sengaja menyepi tapi waktu yang agak.
bulan lepas merupakan bulan terakhir aku menyarungkan uniform kesayanganku itu.
now, tgh tumpukan perhatian pd kerja yang dulunya kerja part-time..15hb nanti ada exam kat oum.
nk menaip pn xbest cz keyboard rosak =(...daa, nati i update lg

Wednesday, January 9, 2013
percaturan hidup
assalamualaikum dan salam 2013
dah agak lama blog ni kesepian tanpa post. em, hambatan kerja membuatkan diri ini kesuntukan masa untuk meng'update' entri-entri terkini.
alhamdulillah, tahun 2013 ini membuka sinar baru dalam kehidupanku. ujian yang penuh getir dan beronak duri pada tahun 2012, telah mengajar erti kematangan dan kedewasaan pada diri ini. Sedih dan kecewa telah berlalu, luka yang lama hanya tinggal parut dan kembali pulih seperti biasa.
Insya'allah, semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya. dan semoga juga allah permudahkan urusanku untuk mengatur kehidupanku bersama bakal tunangku ini. amin
tengah pening kepala nak aturkan persiapan. semoga dipermudahkan segalanya, itu saja pintaku. dan semoga juga rezeki pada tahun ini dipermurahkan. Thank You Allah =)

Subscribe to:
Posts (Atom)