Wednesday, September 4, 2013

mabrur.


Dengan nama allah yang maha pengasih dan maha penyayang,
Assalamualaikum w.b.r

Rasanya belum terlambat lagi untuk I ucapkan selamat hari raya aidilfitri dan salam merdeka kepada semua. 

Alhamdulillah, hidup saat ini bertambah baik. Segala doa-doa yang dipanjatkan sebelum ini akhirnya satu persatu terjawab. Alhamdulillah..

Benarlah janji allah, setiap manusia akan diuji berdasarkan tahap keimanan masing-masing. Dan janji allah adalah pasti. Cuma kita sebagai khalifah dan hambanya mesti banyak bersabar redha dengan apa yang berlaku. Insya’allah setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya, Cuma cepat atau lambat sahaja kesedaran itu datang pada kita. Plan dan persiapan untuk bertunang pada tahun ini terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Tak mahu lagi nak dikenang kisah lampau, sekarang nak cerita tentang perkembangan produk etiqa yang terhangat dipasaran iaitu, mabrur.

Mabrur merupakan satu pelan haji yang sangat komprehensif untuk mempersiapkan diri anda dan ahli keluarga ke tempat yang berprestij. Hasil kerjasama antara etiqa takaful berhad dan lembaga tabung haji Malaysia ini akan memudahkan rakyat Malaysia dan bakal-bakal haji khususnya untuk mendaftarkan diri mereka dan ahli keluarga untuk memunaikan rukun islam yang ke lima itu.

Antara kelebihan yang akan diperolehi jika anda mendaftarkan diri  ialah;
  •         Pembukaan akaun tabung haji secara percuma (bagi yang belum mempunyai akaun) dan bayaran tunai tetap akan dikreditkan secara automatic kedalam akaun tabung haji

  •      Pendaftaran haji pada tahun ke-3, selepas mendaftar di etiqa

  •      Perlindungan komprehensif dengan manfaat badal haji dan ihsar*
 *manfaat badal haji akan dilaksanakan jika orang yang dilindungi meninggal dunia sebelum sempat     mengerjakan haji (rm 3000.00)

        *manfaat ihsar akan dibayar sekiranya jemaah haji dikenakan dam disebabkan oleh masalah kesihatan/ perubatan (rm 1000.00)

*elaun hospital rm 100.00/hari akan dibayar jika orang yang dilindungi dimasukkan ke wad (berkuatkuasa selepas 45 hari dari tarikh polisi dikeluarkan)

·   Jumlah bayaran tunai tetap sehingga 123% daripada jumlah asas dilindungi akan dibayar (bonus dari etiqa)

·   Tambahan 100% daripada jumlah asas dilindungi akan dibayar sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan di makkah atau madinah (umur peserta yang dilindungi mestilah berumur kurang dari 70 thn pada masa kejadian)

·   Elaun haji, umrah dan penjagaan anak*
*elaun haji/umrah Rm 1000.00 akan diberikan kpd bakal jemaah haji sebelum bertolak ke makkah- selepas 5 tahun sijil berkuat kuasa
*Elaun penjagaan anak yang ditinggalkan semasa mengerjakan haji akan diberikan kepada penjaga (anak mestilah berumur 18 kebawah) Rm 1000.00

·   Boleh disertakan sekali dengan kad perubatan- bil hospital ditanggung 100% oleh etiqa takaful berhad

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...