Wednesday, June 29, 2011

Miss Cinderella


Situasi yang agak pelik bagi aku..aku rasa dan seingat-ingat aku,situasi ni tak pernah aku nampak kat mana-mana kecuali kat tadika je..
cik peri2, tolong gue sihh


Masa aku mula-mula mengajar dulu, aku pelik tengok gelagat cikgu-cikgu ni. Apesal la diorang ni terlebih rajin. Asal tak suruh je budak-budak tu yang buat bukan susah pun.

Sekarang aku face benda yang sama jugak. Dan dengan sendirinya gelagat pelik cikgu-cikgu kat sekolah aku tu, dah berjangkit kat aku…gelagat ape tu???

Menyapu didalam kelas..ya,aku ulang sekali lagi  M.E.N.Y.A.P.U D.A.L.A.M. K.E.L.A.S. sila eja satu-satu ye. 

Tapi tabiat ni special untuk budak-budak tahun satu je. Kenapa tak suruh budak-budak je menyapu???
Sebabnya:

1.       1. Kelas darjah 1, memang bersepah, serabut mata memandang. Apatah lagi otak kan??jadi, aku tak tenang selesa mengajar kalo kelas terlampau kotor

2.      2.  Kalo ko suruh budak-budak tahun satu ni kutip sampah di tempat masing-masing, mulala sorang-sorang pergi cari batang penyapu. Nak menyapu

3.      3.  Then, dia akan start menyapu..gelagat diorang menyapu ni yang aku tak tahan. Soooo slowww la untuk budak perempuan. Kalo budak laki lak, mereka akan tolak sampah tu dengan penyapu, macam main hoki kat ais..bising2

4.       4. Tu gelagat pelajar dengan batang penyapu. Yang tak dapat batang penyapu tu? Mereka akan sapu bawah meja mereka dengan kertas sampai la bersih
5.       Memang kalo biarkan diorang ni menyapu, 1 jam pun tak siap lagi. Baik aku buat sendiri lagi cepat dan puas hati..5 minit je

6.      5.  Lagipun tak cun la kalo pagi-pagi dah nak melolong dan ‘berceramah’ ni

Jadi, setiap kali masuk kelas tahun satu, aku akan jadi miss Cinderella..dah la masa aku selalunya pukul 8..jadi, memang sah-sahla aku akan menyapu. Tapi bukan setiap hari la =)

p/s: gambo miss cinderela yang cun xleh nak upload. gambar peri-peri kat atas tu ihsan dari google.

Sunday, June 19, 2011

Kisah cik arija, bawang putih dan cik jerawat part 2


Semalam aku ada cerita kan pasal muka aku yang ‘bengkak’ akibat serangan cik jerawa batu ni.
Natijahnya, hari ni aku amek cuti, p klinik. Lama dah rasanye tak pergi klinik as patient. Lain plak rase. Dah tak tahu da macam mane prosedur dia. Yang aku ingat mula-mula kene p daftar. Lepas tu tak ingat dah. Nasib baikla akak kat kaunter tu bagi tahu kene pergi mana lepas tu.

Jadi, kisah aku dengan cik jerawat ni sudah berakhir apabila seorang MA (medical assistant) yang hensem tu bagitahu, ‘owh, takpe nati ‘dia’hilang sendiri la ni..dalam masa 2 atau 3 hari lagi hilang la ni’…lega siki hati aku mendengarnye.
*hensemnye* kamooooo!!!!
Walaupun begitu, aku still lagi worried..takut tinggal parut plak nati..huh!!! MA yang hensem tu suggest, p cari ubat hilangkan parut kat farmasi..adeh bang, ujung-ujung bulan ni ayang xder duit la.camne?? aku cakap dalam hati je ni, gile kalo aku cakap macam ni kat MA tu, hahaha, nati tak pasal-pasal aku kene cop meroyan..haha

Ape-ape pun tolong doakan aku ye, semoga cikjerawat batu ni tak tinggalkan parut kat muka aku.amin =) 

Ps: nak bonjella?? Sape gigit bibir mulut awak???

Saturday, June 18, 2011

Kisah cik arija, Bawang putih dan cik jerawat

Setiap wanita pasti menginginkan kulit wajah yang bersih, putih, gebu dan tanpa sebarang cela. Tipu la kalo ader sape-sape yang cakap dia tak suka kulit yang bersih….

biarpun hitam, asal bersih. Ya, biar hitam, asal BERSIH..sejuk je mata memandang

Bila nampak je jerawat mula menampakkan diri, mesti kita rasa worried giler kan. Down je..begitulah juga ape yang aku rasa.

Demi menghilangkan jerawat batu yang baru berusia sehari ini, aku mencuba petua yang diambil dari internet. Petua dia simple je.  Ape dia??
Ambil seulas bawang putih kemudian tumbuk sampai hancur. Lepas tu, tempek kat tempat yang ader jerawat tu.
owh bawang putih!!kalo jeruk sedap jugak ni

Pada pukul 1 pagi, aku memulakan operasi ini..ketung..ketang  ketung..ketang..alu dan lesung batu berbunyi..bila aku tempek bawang putih ni kat tempat jerawat tu, mak aiiii panasnye rasa. Tapi aku sabar je…..sabar, sabar kan nak cantik, bisikku dalam hati sampai aku terlena

Bangun je dari tidur, awat aku rasa muka aku lain macam je ni? Aih, tak boleh jadi ni..aku amek cermin..belek-belek muka aku. 

Ya, allah awat makin teruk ni..bengkak plak dah..huh, camne nak p sekolah esok ni??? malu la aku T_T

 So, moral of the story ialah, jangan sesekali mencuba sesuatu yang kita tak pernah cuba..tambah-tambah area muka.mungkin benda tu sesuai bagi orang lain tapi tidak bagi kita..so be careful ya!!!!

p/s: seperti tikus membaiki labu =( ku kecewa

Wednesday, June 15, 2011

nora elena


Aku tak follow sangat pun citer ni. Kalo boring tahap gaban baru aku tengok. Seingat-ingat aku dua episode je aku tengok citer ni. Kalo adik aku memang tak penah miss. Asal pukul 7 je mesti tercongok kat depan tv, asal dia tercongok kat depan tv je mesti pukul 7<;;;;;;;;;;;; hehe, contoh je nak tunjukkan betapa komitednye dia ngan cerita tu.

Sepanjang dua episode yang aku tengok ni (bukan berturut-turut), aku ader terperasan satu benda..emmm musykil jugak aku. Adakah citer nora Elena ni adaptasi dari sebuah novel??

Kenapa aku berkata begitu?sebabnya, aku pernah terbaca novel ni dulu. Tapi aku dah lupa dah tajuknye ape and penulis novel tu sape. Tapi jalan cerita nora Elena ni sebijik-sebijik sama ngan novel yang aku penah baca tu..

Em..musykil jugak ni. Jap, aku nak godek-godek tenet jap. Nak cari pasal nora Elena ni.

aiii.....nak cari laki yang ideal camni, dlm mimpi pun tak dapat aku ase, huhu

Hah!!memang sah, citer nora Elena ni memang adaptasi dari sebuah novel..Kasih yang suci
Telahan aku memang tepat and mengena =)
kalo sape2 yg xder masa nak baca buku ni, leh layan citer ni kat tv 3..tapi feel baca buku and tengok kat tv tak kan pernah sama even jalan ceritanya sama..percayalah cakap aku..TAK KAN SAMANYE...kan dah huruf besar tu, siap bold lagi =)
 p/s: gambo cam biasala, cekau kat google.com....info ni aku dapat kat belog ni, masa tengah mencari tadi.............silalah kelik kalo nak taw sinopsis dia

Sunday, June 12, 2011

Biar betik?????


Aku bukan nak cerita pasal betik . Tapi ingin menceritakan rasa terkejutku. Memang terkejut. Bukan main-main ni

Duda idaman Malaya telah dirampas orang daaa. Siapa tu??? Siapa lagi, ni kisah si yusry kru la. Bukak je televisyen, terus mata terfokus pasal tengok yusry and lisa…OMG, diorang mengaku tengah bercinta oooo


Memang agak terkejut beruk jugak la. Adakah aku serang je yang baru tahu ni??? Coz masa aku godek-godek tenet cari gambar lisa and yusry, rupanya khabar angin ini sudah lama tersebar..demmm awat aku baru je taw, memang ketinggalan sungguh ahk

Walaupun frust menonggeng-nonggeng, aku tetap merestui hubungan kalian berdua. Eh, perlu ka? Penting sangat ke ko pada diorang tu??? Piiiirahhhhh….., Diorang tak perlu restu dari ko la cik arija, jgn nak perasan k…diorang pon tak kenal ko, ko je eksen lebih….

huhu, ok ok, aku angkat bendera putih ahk

Apepun, semoga diorang bahagia la. Sweet sangat tengok lisa and yusry bersama. Lisa yang ayu, and simple je..i like it…

so sweet la, buat i jeles je, haha
 p/s: picture credit to google lah, mane lagi nak cekau gambo2 ni

terima kekalahan dengan hati yang terbuka

Hampir tiga jam bersila dihadapan televisyen semalam untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara kelantan dan terengganu bagi merebut piala FA. pelbagai aksi menarik yang dipertontonkan oleh pemain bola sepak dari kedua-dua belah pasukan semalam.

suara yang gegak gempita di stadium bukit jalil dengan ribuan penonton menambahkan seri perlawanan pada malam itu. situasi dirumah aku juga lebih kurang. Bising dengan suara si emak yang asyik dok melatah je dari mula perlawanan. asal je tengok, pemain jatuh tergolek-golek atas padang, mulala mulut dia keluar perkataan yang membuatkan aku tidak kering gusi. dok gelakkan kat si emak je..hahaha.

bila pasukan kelantan mula menjaringkan gol pertama, kedengaran suara si emak yang menjeritkan gol...aku dengan muka yang terperanjat berpaling kepada si emak. kemudian, aku gelak berdekah-dekah. tak tahan tengok reaksi si emak. begitu bersemangat dia..hahha, tak tahan aku.

Aku dengan yakinnya rasa kelantan akan menang pada malam ini. ye, 99.9% instinct aku kate kelantan menang

Bila tiba disaat dan detik-detik terakhir, aku terlopong...Gol kelantan berjaya dibolosi..yang paling memghampakan aku, bila tandukan pemain kelantan sendiri yang meyumbangkan gol pada pasukan terengganu..aiiii, daud su daud su...tandukan yang dikira penyelamat akhirnya membawa padah

si emak da kurang excited da..mungkin penat dok melatah kot. bila diadakan masa tambahan, si emak kelihatan kepenatan. aku dengan semangat yang kurang, terus tenung televisyen tu..si emak sudah tertidur..ah biarkan!!!!

akhirnya, sekali lagi pasukan terengganu berjaya membolosi gol kelantan..ah, kecewanye aku. sepakan yang tidak dijangkakan akan membuahkan hasil..

walaupun kalah, aku still bangga la ngan pasukan kelantan.. walaupun diorang exhausted, tapi still berlawan hingga detik-detik yang terakhir..SYABAS!!!

Alhamdulillah, hari ni cuti...huhu..si emak da bising ajak aku p rmh nenek ni..ok daaa

p/s: member aku dari jb turun bukit jalil semalam semata-mata nak tengok bola. mesti frust giler dia bila kelantan kalah ni..padan muka dia, sape suruh dia tak pedulikan aku sangat. dapat je bola, aku terus dia letak tepi...padan mukaaa uuuuuuuuu, hahaha (ketawa jahat)

Friday, June 10, 2011

'Ringan-ringan' Bakal Lahirkan Keluarga & Zuriat Zina



Maka sesiapa yang membiarkan ikatan pertunangan dan era mudanya dicemarinya dengan 'ringan-ringan dan zina', ia membenihkan penyakit yang serius dalam hati. 

Tanpa taubat yang sebenar, Allah SWT akan membiakkan lagi peluang dan ruangnya untuk menjadi orang yang celaka, dan mendapat keluarga yang bakal runtuh, kecoh dan hancur. Kelaurga yang amat berpotensi melahirkan suami yang bermain kayu tiga, isteri bercinta dan zina dengan rakan sekerja, anak yang menjadi penzina muda di sekolah dan lain-lain bencana keluarga yang pastinya diakhiri dengan penceraian dan penderitaan anak-anak. 

Matinya si ibu bapa ini kelak, mungkin diiringi  dengan celaan atau sorakan oleh anak-anak peninggalannya. 

untuk membaca dengan lebih lanjut sila klik ke laman ustaz zaharuddin..
semoga perkongsian ini bermanfaat utk kita semua, wallahu 'alam

Monday, June 6, 2011

Jodoh itu rahsia Allah


Tiba-tiba lak tergerak hati nak menulis pasal jodoh hari ini. Bukan ape, dok tengah boring-boring semalam sempat gak aku layan citer ayat-ayat cinta. Even dah banyak kali tengok dan dah khatam pun novelnye, semalam baru terperasan benda ni.

Ingat tak masa Aisyah suruh fahri kawen ngan maria. Fahri tak nak kan??lepas Aisyah cakap ayat ni, barulah terbuka hati fahri untuk kawen ngan Maria.

“jodoh itu rahsia Allah”

Betol-betol. Jodoh tu memang rahsia Allah. Kalo kita dah tahu sape jodoh kita, tak yah la pening-pening kepala lagi dok kapel and pikir pasal jodoh  kan? Kan?? Hidup senang, hati pun riang..hahaha (erkkk ye ka??) 

sabar menghadapi ujian hidup...kerana jalan keluar yang tidak mempunyai jalan keluar ialah SABAR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...