Tuesday, June 30, 2009

Clinical posting, day 2

Hari nie aku rasa lebih baik drp semalam. Kalo semalam aku cam blur2 cikit, hari nie ok sikit jer..hehe

Ape yang aku nak konsikan kat sini ialah, kisah seorang mak cik ni.Memag agak kelakar la jugak bila dengar cara dia cakap, tapi punya maksud yang tersirat..

Pagi tadi ila aku nak buat i/o chart, aku dapati kebanyakkan patient dekat cubical yang aku jaga tu, xder bekas urin untuk sukat urine diorang..Pelik gak aku, bila aku check i/o chart diorang, ader plak amount berapa yang diorang kencing..erm..memang pelik bin ajaib ni. Aku pon tanye la staff nurse(SN), cam ner diorang kire,
"agak-agak la dik, tulih je 150ml" kata SN tu..Yup, agak-agak je..Huh!!memang terperanjat gak la aku..no wonder la, public pandang rendah kat SN, ilmu ader tapi tak nak pakai..simpan wat pekasam..pastu, wat kerja short cut..ikut orang suruh jadi cam lembu kene cucuk hidung plak.memang bengang rr..

Yang aku nak cerita sebenarnya bukan kisah SN kat ward ni, tapi dari kesinambungan citer ni lah..

Lepas pada tu, aku decide nak wat bekas sukat urine utk setiap patient cubical aku yang ade i/o chart. Lepas aku agihkan urine container dan bagi keterangan kat diorang cam mana nak guna, ader sorang mak cik ni tanye;

"dik, air kencing nie, kene tunggu bubuh penuh bekas nie ko?tapi mok cik kencing setakat nie jah" kata mak cik tersebut sambil menunjuk aras penanda di botol tersebut.

Sempat la aku gelak sekejap,"bukey gitu mok cik, gini eh, tiap2 kali mok cik kencing, mok cik tengok la kat mane air kencing mok cik tu, pah tu cuoh la air kencing tu, jgn sipey pulok..kala nak tuggu botol nie penuh gak berat la" jawabku sambil disambut dengan hilaian ketawa pesakit-pesakit lain.

sambungku lagi, "kala buleh, lepas kencing tu, mok cik tanda pukol berapa dan berapa jumlah air kencing ok cik tu deh".

"Pah, mok cik nk tulis daley gapo niy? Mok cik xdok kertas ni", sambung mak cik tadi..

"erm..gini la, xpo2, tp mok cik keno igt la pukul bp mok cik kencing n bp jumlah..pahtu kalo SN maghi tanyo mok cik oyak deh berapo" kata ku lagi.

Mak cik tersebut hanya tersenyum mendengar jawapanku itu..Mungkin sudah berpuas hati barang kali dengan penerangan yang diberikan.

Susah jugak ye nak berkomunikasi dengan orang.Kene guna ayat yang penuh dan satu per satu. Nasib baik mak cik tersebut tidak malu bertanye, kalo tidak, aku akan menganggap mereka semua faham apa yang ingin aku sampaikan..Itulah pentingnya komunikasi dua hala.

Kesian kat my group mate, tak faham bahasa kelantan..

1 comment:

Anonymous said...

byk ejaan salah lor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...