Tetapi, alangkah sedihnya jika kasih dan sayang ini tidak dimanfaatkan sebaik mungkin. Kasih sayang yang terlalu indah untuk dikenang boleh bertukar menjadi sesuatu yang pahit dan juga menyakitkan!!
Kasih sayang terlalu pahit dan menyakitkan..memang kasih sayang itu indah tetapi disebalik keindahan itu ada maksud yang tersirat disebaliknya.
Jika kita tidak mampu untuk mengawal kasih sayang malah berlebih-lebihan, maka saksikanlah akibatnya. Bak kata pujangga, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak tangan-tangankan..
Dunia hari ini, jika kita lihat diberita-berita dan akhbar, ada anak yang sanggup mendera malah membunuh ibubapa sendiri. Mengapa hal sebegini boleh terjadi?? Seperti cerita anakku sazali lakonan allayarham P.Ramlee, kerana sayang yang keterlaluan akhirnya sazali tumbuh membesar sebagai anak yang biadap dan kurang ajar kepada bapanya seterusnya menjadi sampah masyarakat kerana terlibat dengan jenayah.. Lihatlah, betapa kasih sayang juga boleh menghancurkan manusia..dan lihatlah juga betapa susahnya hendak memanusiakan manusia.
Jika kita sudah jatuh sayang pada seseorang tu, tak ingin rasanya kasih dan sayangnya itu diberikan kepada orang lain. Bila dia menunjukkan sayangnya pada orang lain, kita akan rasa sakit hati, nak marah, rasa tidak dipedulikan, dan sebagainya. Bermacam-macam benda yang kita buat untuk menarik perhatiannya kembali. Kadang-kadang kita sebagai manusia tak sedar bahawa perbuatan kita untuk menarik perhatian insan yang kita sayang itu sebenarnya telah menimbulkan rasa sedih dan sakit di hatinya hati. Tegakah kita melihat insan yang kita sayang menitiskan air mata kerana perbuatan kita? menyebabkan dia terasa hati dan sakit hati??
Tepuk dada tanyalah akal fikiran yang waras berpandukan iman dan hidayah daripada Allah.
Biarlah kita bersedih dan menangis, asalkan insan yang kita sayang berbahagia dan mampu tersenyum dengan teman pilihan hatinya. Tawakkal dan berserahlah pada Allah. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Kembalikan diri kita kepada Pencipta kita..
Cintakan bunga, bungakan layu,
cintakan manusia, manusiakan mati
cintakan Allah, kekal berpanjangan
Dan Allah akan membalas cinta kita melebihi
cinta kita kepadaNya..Percayalah
Jadi berpada-padalah dalam berkasih sayang..Jika kamu bencikan seseorang, maka simpanlah sedikit rasa sayang dihatimu untuk dia, mana tahu suatu hari nanti kamu akan jatuh sayang kepadanya pula..
Dan Jika kamu sayangkan seseorang, simpankanlah sedikit rasa benci dihatimu untuk dia..suatu hari nanti bila kamu terluka, lemah dan tak berdaya, ada tempat dan sesuatu yang kamu boleh sandarkan harapan kamu itu.
Kasih sayang,
terlalu indah untuk dikenang
semuanya takkan pernah kubuang
kasih sayang,
tiada pernah kenal usia
tua muda akan menikmatinya
Namun jangan engkau lupa
akan artinya masa nanti
engkau akan menderita
karena terlena rasa cinta
No comments:
Post a Comment