Wednesday, April 16, 2014

bangkit berniaga 2014

Assalamualaikum w.b.t 

Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang utk menghirup udara segar, alhamdulillah juga hujan sudah mula turun membasahi bumu KL ni, tapi catuan air masih lagi diteruskan =)

Minggu lepas berkesempatan untuk menghadirkan diri di program Bangkit Berniaga 2014 di SACC mall shah alam. Pukul 640 pagi sudah bertolak bersama bos/mentor tersayang Pn Zarina, husband dan kuncu-kuncunya.

Sesampainya di sana, lebih kurang 745 pagi, orang sudah memenuhi ruang legar dan beratur utk pendaftaran.Huh, mmg ramai giler orang. Selepas pendaftaran, pergi makan jap. 830 pagi, pintu dewan dibuka. 

Masuk-masuk je, tgk kerusi dah full. ada 3 baris je seat kosong kat belakang. Aku masuk dan pilih tempat duduk dan cop untuk kawan-kawan yang belum masuk lagi. Malangnya, petugas-petugas tak bagi cop kerusi utk org lain, first come first serve...huhu

Jadi, aku call diorang suruh cepat-cepat masuk, dapatla jugak duduk kat kerusi walaupun belakang. ada yang sanggup bersila dilantai, coz kerusi tak cukup.punyalah ramai rupanya rakyat m'sia yang datang ni.

Apa yang menariknya Dr Azizan cakap 'guna kuasa ilmu dan tindakan akan membuahkan hasil'. kita kena sentiasa positif dan jangan mudah berputus asa. orang yang berjaya ialah orang yang melakukan sesuatu sampai habis.

Insha'allah aku cuba aplikasikan. Cuma agak terkilan sikit bila tak dapat mendaftar jadi murid Dr azizan. Kekurangan 'modal' membuatkan hasrat murni terbantut..

Nak jugak tahu apa rahsia orang boleh buat bisness sampai berjuta-juta tu. Semuanya perlukan ilmu..dr azizan kata ELMU.

Nak tuntut ilmu pun pakai duit.semua duit. tak de duit orang pun tak pandang. sebab tula aku kene kerja kuat, aku nak ada duit, nak jadi jutawan jugak. 

just be patient!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...