Assalamualaikum...syukur alhamdulillah masih lagi diberi rezeki oleh allah s.w.t untuk menghirup udaraNYA serta merasai nikmat-nikmat yang lain. alhamdulillah
Dua minggu lepas baru habis baca buku chef li "Jutawan senyap" dan "aku tak nak miskin". Buku yang sangat-sangat bermotivasi serta banyak point-point yang berguna yang boleh diaplikasikan.
Apa yang menarik perhatian saya ialah tentang konsep 9/10. konsep 9/10 ini menurut sabda Rasulullah s.a.w ialah merupakan pintu-pintu rezeki. Pintu-pintu rezeki ini ialah melalui perniagaan.
Dalam perniagaan, Rasulullah adalah ikon ataupun idola yang terbaik. Sedangkan Rasulullah sendiri berniaga, maka kita sebagai orang islam sepatutnya mencontohi baginda. 9/10 sumber rezeki adalah melalui perniagaan, jadi buat apa dikejar 1/10 itu??
Kita orang melayu mudah sangat merasa selesa. Selesa dengan keadaan yang tak seberapa. Jadi ayuh sama-sama kita keluar dari zon selesa dan sama-sama meningkatkan ekonomi orang islam. Hanya melalui perniagaan saja kita boleh meningkatkan ekonomi umat islam. Rasulullah sendiri serta sahabat baginda pun berniaga..
Janganlah kita merempat dibumi sendiri. saya sangat terkesan dengan kata-kata dari chef li yang berbunyi, "datang tidak bertambah, pergi tidak berkurang, ibarat melukut ditepi gantang, merempat dibumi sendiri". Sangat dalam maknanya kalau dihayati. Realitinya memang pedih untuk diakui, tapi kenyataannya memang benar.
Tak perlu kita menuding jari mencari salah sesiapa, muhasabahlah. Muhasabah diri sendiri!!Cetus kesedaran dalam diri bahawa kita perlu bangkit, bangkit untuk meningkatkan penguasaan ekonomi umat islam.
Dengan menguasai ekonomi sahajalah kita dapat membantu rakan-rakan senegara islam yang ditindas. Ini merupakan jihad kita. Jika kita tak mampu mengangkat senjata untuk berperang menegakkan agama islam, kita berjihad untuk meningkatkan ekonomi umat islam.
Mudah-mudahan usaha kita yang tak seberapa ini dihitung oleh Allah dan dapat membantu masyarakat islam keseluruhanya. Semoga kita dapat sama-sama mengerakkan perniagaan kita walau dalam apa bidang sekalipun. Wallahu'alam.
p/s: Sebarang pertanyaan berkenaan takaful boleh hubungi saya di talian 019-427 6020 atau email arizawaty@gmail.com..khidmat rundingan adalah percuma =)
No comments:
Post a Comment