"allahu akbar..allahu akbar........" lagu dendangan MAher Zain nyaring kedengaran di telingaku. Lantas dalam mamai aku mencapai telefon bimbit disebelahku. sebelum menjawab panggilan tersebut sempat aku menjeling siapakah gerangan yang membuat panggilan dipagi hari ini.
"em.." sapaku dalam nada serak-serak basah..."tido ka?"
aku diam, tidak menjawab pertanyaan tersebut. sebenarnya bukan aku sengaja tidak mahu menjawab pertanyaan tersebut, tapi otakku sedang ligat berfikir 'kenapa tiba-tiba suara adikku ini boleh bertukar menjadi garau..sedangkan dia seorang perempuan'..aish pelik sungguh
Beberapa saat kemudian aku dikejutkan semula oleh suara pemanggil tadi.."wanie dah selamat melahirkan pagi tadi" beritahu pemanggil tadi.
"alhamdulillah, laki ka perempuan?" tanyaku
"lelaki"..katanya.
"o..nanti bagitahu ma, assalamualaikum"ucapku mengakhiri perbualan telefon tersebut.
Rupa-rupanya yang telefon kat aku pagi tadi ialah adik ipar aku, dia gunakan telefon adik aku. patutla garau semacam je 'suara' adik aku ni, hehe. Tak dan plak nak bertanya khabar camne keadaan adik aku tu. excited punye pasal nak bagi tahu kat ma aku. tak pe nanti aku call balik.
Masa tengah sembang-sembang ngan dia dalam telefon semalam tak der la plak dia ngadu atau bagitahu tanda-tanda da nak bersalin. tup-tup hari ni, da keluar da..kalau ikutkan jangkaan yang sebenarnya dia akan melahirkan 22/10/2011 nanti. ni terawal seminggu plak. tapi takpe, asalkan semuanya selamat tu da kira bagus da..alhamdulillah.
Insha'allah, kalo tak der ape-ape, tahun depan dapat lagi dua anak saudara baru. semoga fasa-fasa bahagia ini terus mengalir dalam keluarga ku..pergilah wahai duka lara, menjauhlah air mata penderitaan.
Ya Tuhanku, terima kasih atas pemberian rezeki yang tidak ternilai ini pada kami sekeluarga di pagi hari jumaat ini. semoga anak ini menjadi anak yang soleh suatu hari nanti..amin, amin ya robbal 'alamin.
1 comment:
syukur alhamdulillah rezeki dariNYA..mesti comel baby baru lahir kan?
Post a Comment