Thursday, July 14, 2011

mencukur rumput

situasi: [cuba bayangkan ok]..................Seorang pemuda/pak cik sedang melibas parang di kawasan semak/rumput panjang.

Dapat imagine tak camne situasi dia??aku dah godek-godek google tadi tapi tak jumpa la gambar yang aku nak. saje je nak kongsikan jawapan student aku yang aku rasa memang tak bleh blah sangat-sangat.

soalan dia camni: bina ayat berdasarkan gambar yang diberikan.
jawapan pelajar 1: ayah saya sedang menebas rumput dengan parang
jawapan pelajar 2: ayah saya sedang memotong rumput.
jawapan pelajar 3: ayah saya sedang MENCUKUR rumput.

cik arija: owh, betapa kecewa dan hampanya aku dengan jawapan no.3 tu, T_T......
             tapi, lepas beberapa hari, and aku cerita balik benda ni kat cikgu-cikgu lain, hampir pecah perut kitaorang gelak. Bila dok ramai-ramai dan kongsikan jawapan para pelajar yang 'luar biasa' ni, boleh gak hilangkan tensen. bagus jugak kadang-kadang jawapan yang 'luar biasa' ni.=)

ihsan dari yahoo.com
ok, cuba korang pulak bina ayat berdasarkan gambar rajah kat atas tu.

Almond London

"cikgu, biji badam tu ape?" tanye seorang pelajar.
"eh, awak tak pernah tengok ka?"
"tak pernah la cikgu"
sambil berfikir-fikir, tiba-tiba siguru tersebut teringat akan almond london.
puasa dah dekat, nak buat kuih ape ek tahun ni????  

"awak pernah makan tak almond london?"tanye guru tersebut.
"pernah, cikgu"jawab pelajar tersebut
"em, kalau awak perasan, masa makan almond tu kat tengah-tengah dia ada 'kacang'. awak perasan tak?"
pelajar tersebut mengangguk-angguk sambil cuba mengingati almond london yang pernah dimakannya barangkali.

"kalau awak nak tahu, 'kacang' tu la biji badam"
"bahasa melayunya badam, bahasa omputehnye almond" sambung siguru itu tadi
"oooo..."jawab pelajar tersebut sambil tersenyum

gambar ihsan almond london dr en google =)

Tuesday, July 12, 2011

................?????

disini ku masih sendiri
merenungi langit biru
tanpa kamu menemani

di tempat ini ku bertahan
 masih menunggu.....
masih berharap.......
 agar didalam hatimu masih ada rindu
seperti rinduku ini...............


Monday, July 11, 2011

kisah si ikan dan manusia

alhamdulillah, kenyang rasanya tapi da terlebih plak kenyang rasanye..setelah penat berpuasa seharian, terasa nikmat sangat-sangat bila air membasahi kerongkong ni.alhamdulillah

ok, hari ni aku nak kongsi satu kisah, iaitu kisah si ikan dan manusia. yakni lebih kurang perumpamaan la (*sory aku xleh pikir perkataan yang sesuai la tok gantikan perumpamaan tu, huhu.terlebih kenyang la ni, otak pun turut jadi lembap T_T)

kisah ni telah diceritakan oleh ustaz aku semasa aku di matrikulasi dulu. jadi, hari ni aku nak kongsi sikit cerita ni ngan korang. moga-moga kita dapat sama-sama menjadi insan yang lebih baik dari semalam, insya'allah

ustaz aku cakap, kita ni macam ikan. ikan yang berada didalam sungai. ikan tu bebas berenang kesana kemari serta melompat kesana sini dengan riangnya tanpa perlu risau akan apa-apa. tapi ikan tu perlu ingat, dia kene jaga batas-batas renangannye dan lompatannya itu.kerana jika silap hari bulan, boleh terlompat dan mendarat kedarat. ok, once ikan tu da lompat naik kedarat, macam-macam leh jadi. silap haribulan boleh masuk periuk dijadikan gulai or digoreng (ni ayat yang aku tambah,huhuhu)


maksudnye, ikan tu hanya boleh berenang dan melompat bebas hanya dalam kawasan berair je. kalau ikan tu degil jugak, maka jadilah santapan aku ikan tu akan mengelupur kesakitan and finally mati, kalo tak ader insan-insan yang baik hati nak tolong dia.

ape analoginye ikan tu ngan kehidupan kita sebagai orang islam??? sebagai orang islam yang beriman, kita ader peraturan-peraturan yang perlu kita patuhi. seperti menutup aurat, puasa di bulan ramadhan, sembahyang 5 kali sehari dan sebagainya yang telah termaktub dalam al-quran dan hadis. jika kita patuhi kesemua peraturan yang allah tetapkan ini, insyaallah kita akan selamat dan bahagia.
 
tapi, kalo kita degil dan banggang tolol juga, tak mahu hidup dalam lingkungan agama, maka jadilah kita macam ikan tu, terkapai-kapai. tapi, kita tak kan mati semudah ikan tu. ikan kalo tak de air, mati. tapi kita kalo takder agama, mati jugak tapi mati hati, jasadnye hidup tapi jiwa kosong. ni yang lebih parahnye..nasihat orang bagi tak mo dengar, asyik die je yang betol, ni masalahnye

jadi untuk selamat dari anasir-anasir yang tidak diingini, jagalah lingkungan dan batas-batas agama kita. jangan mudah dicerobohi..jom kita 'berenang dan melompat' dengan riang-ria =)

p/s: takder orang yang boleh tolong diri kita melainkan diri kita sendiri. orang lain hanya boleh bagi tunjuk ajar dan nasihat, tapi kitalah yang perlu mulakan langkah pertama kearah perubahan tu

pssttt: jangan sedih jika orang lain tidak menghargai kita, tapi bersedihlah jika diri kita benar-benar tidak beharga (ust pahrol mohamad juoi)

Sunday, July 10, 2011

kuning oh kuning!!!

"cikgu, cikgu, kalo cikgu nak pergi jalan-jalan, cikgu jangan pakai baju warna kuning", beritahu salah seorang muridku yang berumur 7 tahun.
belum pun sempat aku bertanya kenapa, dia terus menyambung, "nanti kalo pakai baju warna kuning, kene tangkap"
aku hanya diam tidak memberi sebarang respon..

ader sape-sape tak pikir cam ape yang tengah bermain kat kepala aku ni????

Friday, July 8, 2011

bicara hati


Tatkala sendirian hatiku terdengar degupan cintamu…….
Bukan aku pinta untuk jatuh cinta. Mungkin satu ketentuan bahawa kita memang telah dijodohkan. 

Aku tidak pasti sebenarnya! Adakah wajar tindakan kita dalam mencipta ikatan yang tidak pernah aku fikirkan selama ini?

Tanpa kasih sayang seperti pasangan lain, kau dan aku bersatu! Jangka waktu yang kita ambil untuk menyempurnakan ikatan ini akhirnya telah menghayutkan kita dengan perasaan sayang anegerah TUHAN. Aku berjaya menempatkan perasaanku dalam jiwamu dan kau telah mencuri hatiku ini tanpa aku sedar.

Tetapi, mengapa mesti kita berjauhan hanya kerana sedikit rintangan yang datang dalam kehidupan kita? Jadi…jangalah kau meninggalkan aku bersama-sama kerinduan yang hanya akan menjadi milikmu.

Pulanglah! Kerana hanya kau yang kurindu…  

15/04/2010, 1746 hours........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...