Sunday, August 14, 2011

bercerita


Seronok sangat bila tengok dan dengar orang bercerita. Kadang-kadang boleh terlupa dengan kawan kat sebelah. Dulu, aku pernah berangan-angan “alangkah bagusnya kalau aku dapat bercerita.dapat bermesra dengan kanak-kanak dan dapat hiburkan hati mereka”. Bila tengok mereka teruja dan tersenyum, kita pun akan jadi bangga jugak..tapi tu Cuma angan-angan saja

Masa darjah 4 dulu, cikgu bahasa melayu suruh aku dan kawan-kawan melakonkan dialog dalam buku, kumpulan yang menang akan diberi hadiah..angan-angan tersebut datang lagi…”alangkah bagusnya andai aku pandai bercerita”. Akhirnya, tiada kumpulan dalam kelas kami yang berjaya melakonkan watak dalam buku berkenaan, rata-ratanya hanya membaca dialog tersebut.  Jadi, guru tersebut memanggil kumpulan dari kelas lain dan mereka melakonkan watak berkenaan dalam kelas kami. Pada, amatan aku watak yang dibawakan mereka tu memang berkesan. Sampai meremang bulu roma aku…angan-angan aku datang lagi, ‘alangkah bagusnya andai aku pandai bercerita’

Masa darjah 6, sempena minggu bahasa melayu, cikgu mengadakan pertandingan bercerita..aku teruja sangat nak masuk. Jadi aku dan kawan-kawan pun pergi ke perpustakaan untuk mencari buku yang sesuai. Rambang mata jadinya, kerana banyak sangat buku. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Akhinya, aku pun memilih buku siri teladan kisah si pengembala kambing yang bercakap bohong(tak berapa ingat dah tajuk asal dia). Kemudian, aku pun berlatih gaya dan menghafal dialog..

Bila tengok kawan-kawan lagi terer dan advance dari aku, aku rasa cam down sangat-sangat. Aku bukannye reti pun bercerita. Lagipun, nanti aku kene pertandingan ni diadakan dipentas. Disebabkan kurangnya keyakinan diri dan perasaan malu yang menebal, aku menarik diri dari pertandingan tersebut. Aku hanya memerhatikan dari jauh sahaja kawan-kawanku yang bercerita..dalam hatiku terdetik, “alangkah bagusnya andai aku pandai bercerita”.

Bersambung…….

Saturday, August 13, 2011

Inilah masanya!!


Sudah hampir setahun lamanya aku grad. Dan sepanjang tempoh setahun yang lepas banyak ujian-ujian yang boleh dikatakan meragut hampir separuh dari seluruh hidupku. Tapi alhamdulillhah, dalam kepayahan meniti ujian ini, masih ada lagi insan-insan yang sudi mendekat dan memberi nasihat dan dorongan yang tidak putus-putus..alhamdulillah

Hari ini dan saat ini, walaupun aku tidak mempunyai sebarang kerja tetap lagi, tapi aku tetap berusaha dan bersabar..cuba mencari yang terbaik..insha’allah

Ramadhan menjelma lagi. Cuma bezanya dari tahun lepas ialah aku dah kerja, walaupun sebagai cikgu kontrak.aku tetap bersyukur, bersyukur kerana telah ada kerja sementara.boleh la jugak buat duit poket.

Inilah masanya, di bulan ramadhan ini, disamping berusaha doa lagi dan lagi..jangan jemu, walaupun kekadang perasaan itu seringkali juga mengetuk jendela hati ini..tapi, dengan semangat dan dorongan yang sentiasa diberikan aku cekalkan hati menempuhi ujian ini.

“ya allah, bantulah hambamu ini, sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan dengan izinmu jua”…ameen

Friday, August 12, 2011

salam ramadhan

lama rasanye tak update blog ni.maklumlah banyak sangat peristiwa yang berlaku yang menuntut diberi lebih perhatian..daripada episod pindah rumah, kemas rumah, kenduri and laptop plak buat hal..jadi, blog ni seakan-akan terabai buat seketika.

rasanya belum terlambat lagi kot nak wish salam ramadhan kat kengkawan semua. semoga ramadhan kali ini membawa seribu rahmat dan kebaikan buat kita semua. Insha'allah =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...