Monday, March 23, 2009

stop!!.....continue...

gambar adik2 skspm 07 group aku, masa nie diorang tgh present kertas kerja..



Semalam, 22/03/09, kami semua terpaksa membentangkan kertas kerja yang telah disiapkan seminggu lebih awal sebelum tarikh pembentangan. Masa yang diperuntukkan untuk setiap group ialah 20 minutes termasuk Q& A session, tak boleh lebih.

Group ke-2, mengambil masa lebih dari yang sepatutnya. Bilangan slide di power point masih lagi banyak, tetapi mereka terpaksa pergi kepada bahagian penutup selepas diarahkan oleh pensyarah kami.. Erm..aku mula merancang strategi, macam mana nk habiskan 40 slide dalam masa 20 minute..

Jeng-jeng, tibalah kumpulan aku pulak present..Aku kupulan 5, dan aku juga merupakan 1st presenter..ERM....aku po mula lah mukadimah...

Tiba-tiba, dewan kuliahyang sebelumnya agak sunyi, menjadi riuh dengan suara teman-teman..aku terdengar percakapan salah seorang temanku (yang menjadi penonton, di barisan hadapan ),'amboi, lajunya cakap, nk kejar masa tu'...Aku hanya mampu tersenyum..

***************************************************************************
Selepas presentation aku selesai, tiba-tiba kenangan lama menggamit memori ketika aku present case study utk subjek neurology and ent..
Masa tu tiba giliran aku utk present, bila aku baca slide presentation tu, tiba-tiba lecturer aku kata, "stop..stop"..Sau kelas terdiam..Aku ape lg pucat and kaget la..
Pastu pensyarah tu tanya aku, "why are you read too faster, the audience can't catch what are you trying to say". Aku dah pucat dah (sebenarnya, subjek ni yg paling aku takut...memang mencabar lah...huuuuu)..

Lepas tu dia cakap, "you read it again, ok now start", aku pon start la bace..pastu dia kata, "ok, pause for a while, give time to your friends to digest the information". Ok, now continue......ok, Good..good, i wantyou to maintain this speed and the voice tone".

Memang malu giler la masa tu, rase nak lari je.. Tapi, bila terkenang balik rasa lucu pon ade..hehe,

**********************************************************************************

Berbalik pada presentation aku yang first tadi, aku cepat tu sebab bab aku yang aku rasa agak kompleks dan panjang sikit berbanding dengan kawan-kawan yang lain. Aku kene explain pasal patient's data, statistik, and pathophysiology of the disease.. Tu yang aku cakap cepat takut xdan masa..hehe, nasib baik tak kene tegur..


p/s: Ada sorang kawan aku pernah tanye, kenapa aku suka cakap cepat..Tergamam aku seketika, aku rasa aku cakap biase je, mungkin kerana dah terbiasa cakap cepat sampai aku sendiri pon tak perasan aku cakap cepat sebenarnya...

Menunggu waktu berbuka puasa;
:-)

Friday, March 20, 2009

What your excuse(s) for not Solat???


































































Solat is compulsory for each muslim even if he sick to die...

Luasnya Neraka Allah

Yazid Arraqqasyi dari Ana s bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'
Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya...'

Lalu nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?' Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w..: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?' Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s...a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.' Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6... Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?' Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10.Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: ' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA.

' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud : 'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

Wednesday, March 18, 2009

Allah Sebaik-Baik Penjaga

“...maka Allah adalah sebaik-baik Penjaga dan Dia adalah Yang Maha Penyayang di antara para penyayang”(Surah Yusuf:64)

Dengan nama Allah s.w.t. yang Maha Agung, Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun dan segala Puji-pujian serta Kebesaran yang selayak dengan Kekuasaan-Nya yang mengandungi Keberkatan, Kelazatan, Kemanisan, Ketenangan dan Ketenteraman yang tidaklah tersembunyi kepada orang yang pernah menyebut nama yang suci itu dan pernah mencintai-Nya buat beberapa lama.

Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal....(Surah Yusuf:111)”

Maryam a.s. tatkala bernazar untuk tidak bercakap, dan menahan lidah kerana Allah Ta'ala, Allah s.w.t. memfasihkan lidah bayinya yang tidak tahu bercakap, lalu Allah menjadikannya bercakap untuk membuktikan kesucian ibunya.

Maka sesiapa yang memelihara lidahnya di dunia kerana Allah, Allah memfasihkan lidahnya dengan mengucap syahadat ketika mati dan bertemu dengan Allah Ta'ala. Sesiapa yang melepaskan lidahnya pada kehormatan2 kaum muslimin muslimat, dan meneliti aurat-auratnya, Allah menahan lidahnya dari mengucap syahadat ketika mati.

Ali bin Abu Talib r.a. berwasiat kepada anaknya Al-Hassan, lalu berkata kepadanya: Tahanlah lidahmu, maka sesungguhnya kebinasaan seseorang berada pada percakapannya.

Dari Malik bin Dinar rahimahullah Ta'ala: Jika engkau melihat kekerasan dalam hatimu, atau kelemahan pada tubuhmu, atau kekurangan pada rezekimu, maka ketahuilah bahawa engkau telah bercakap dengan perkataan yang tidak mendatangkan faedah.

Luqman berkata kepada anaknya: Wahai anakku, sesiapa yang mengasihani dia dikasihani, sesiapa yang berdiam dia selamat, sesiapa berbuat kebaikan dia beruntung, sesiapa yang melakukan keburukan dia berdosa, dan sesiapa yang tidak dapat menguasai lidahnya dia menyesal.................................................................................................................................................................................................................................... Diriwayatkan


dari Nabi s.a.w., dari Jibri a.s., dari Allah Ta'ala, bahawa Dia berfirman: Wahai Musa lima kalimat Aku menutup Taurat dengannya, jika engkau mengamalkannya nescaya berguna bagimu ilmu Taurat, dan jika engkau tidak mengamalkannya maka tidak berguna bagimu ilmu Taurat:
1. Wahai Musa, percayalah dengan rezekiKu yang telah dijamin bagimu selama engkau tidak melihat khazanahKu kosong.
2. Wahai Musa, jangan engkau takut atas kekuasaan bumi selama engkau tidak melihat kekuasaanKu hilang.
3. Wahai Musa, jangan engkau mencari keaiban seseorang selama engkau tidak sunyi dari sebarang keaiban.
4. Wahai Musa, jangan engkau meninggalkan memerangi syaitan selama roh berada dalam jasadmu.
5. Wahai Musa, jangan engkau merasa aman dari seksaKu sekalipun engkau tahu dirimu dalam syurga....................................................................................................................................................................................................................................


Suatu hari Ibnu Abbas r.a. berkata: Aku adalah orang yang mendalam pengetahuannya, dan suatu hari dia berkata: Tanyalah aku sebelum kamu kehilangan aku, tatkala dia pulang ke rumahnya, Allah mengutuskan malaikat kepadanya dalam bentuk manusia, lalu ia mengetuk pintu, maka Abdullah bin Abbas keluar kepadanya, lantas malaikat itu bertanya kepadanya: Wahai Ibnu Abbas, bagaimana pandanganmu tentang semut yang kecil, di manakah rohnya adakah ia berada di bahagaian hadapan atau bahagian belakang?Maka dia tidak menemui jawapannya lalu masuk ke rumahnya dan menutup pintunya....


Allah Ta'ala berfirman:"Dan tiap2 orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebihmengetahui."(Yusuf:76)..............................................................................................................................................................................................


Diriwayatkan bahawa Nabi Isa a.s. melalui sebahagian sungai, tiba2 dia melihat anak2 kecil sedang bermain di sungai itu, dan bersama mereka ada seorang anak kecil yang buta, dan mereka menenggelamkannya ke dalam air, kemudian mereka berlari ke kiri kanan di sekelilingnya, dan dia mencari mereka namun tidak menjumpainya. Lalu Isa memikirkan keadaannya, dan berdoa kepada Tuhannya agar di kembalikan penglihatan anak kecil itu, serta di samakannya dengan sahabat2nya.Lalu Allah mengembalikan penglihatannya, tatkala dia membuka kedua matanya dan melihat mereka dia terus melompat kepada salah seorang dari mereka lalu menangkapnya dan dia terus menenggelamkannya dalam air sehingga mati, kemudian menangkap yang lainnya dan melakukan perbuatan yang sama sehingga mati, dan yang lainnya berjaya melarikan diri. Maka Isa a.s. melihat yang demikian, lalu terkejut dan berkata: Wahai Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui makhlukMu, lalu dia berdoa di kembalikannya kepada keadaanasal agar anak kecil itu tidak membunuh lagi.Lalu Allah mewahyukan kepada Isa a.s.: Aku telah beritahu engkau namun engkau mencabar Aku dalam hukum dan pentadbiranKu, lalu Isa a.s. menjatuhkan diri bersujud.....................................................................................................................................................................................................................................

Ibnu Abi Ad-Dunya meriwayatkan dari Anas bin Malik, Al-Asma'i berkata: Aku melihat seorang wanita Arab Badui sedang menasihati anaknya, lalu dia berkata: Wahai anakku, aku berwasiat denganmu dan hanya Allah yang memberi taufik. Jangan engkau menyebarkan fitnah, maka sesungguhnya ia melahirkan permusuhan antara manusia dan mencerai beraikan orang yang berkasih sayang.Jangan engkau mencari keaiban orang lain lalu engkau menjadi ahli baginya.Jangan engkau dermawan dengan hutangmu dan bakhil dengan hartamu.Wahai anakku, jangan engkau berkhianat, maka sesungguhnya ia adalah pergaulan manusia yang paling buruk,Kumpulkan dermawan dan ilmu, tawadhuk dan malu, dan aku menitipkan engkau kepada Allah, serta kesejahteraan atasmu.

"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang2 yang beriman"(Adz-Dzariyaat:55).....................................................................................................................................................................................................................................

Di malam sepi
Ku sujud menghadapMu
Mengharap maghfirahDariMu
Tuhan yang Esa...
Kucemari hidup dengan kesesatan
Membutakan hati yang sering terleka
Terasa jauh diriku dari Tuhan
Dengan godaan syaitan...
Kutahu Dialah penerima taubat
Walaupun ku sering tinggalkan suruhan
Berilah kesempatan ini untuk berubah...
Cinta kudambakan
Hanya padaMu Tuhan
Terimalah permintaan dariku hamba yang hina
Kusering berjanji namun sering kumungkiri
Janji yang tak pernah lagi ku tepati...
Kupasrahkan segala padaMu Tuhan
Jangan Kau palingkan hati ini dari kebenaran
Andai esok nafasku terhenti di sini
Ku mohon jauhkan diriku dari azabMu...

Monday, March 16, 2009

Doa

Ya Allah, Engkau tahu hati-hati ini berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa dalam taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu,
teguhkanlah;Ya Allah, ikatannya.
Kekalkanlah cinta kasihnya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati tersebut dengan cahayamu
yang tidak pernah hilang.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan
kelimpahan iman kepada-Mu dan indahnya bertawakal kepada-Mu.
Hidupkanlah hati ini dengan ma'rifat kepada-Mu.
Matikanlah ia dalam syahid di jalan-Mu.
Sungguh Engkau sebaik-baik pelindung
dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, kabulkanlah.
Dan sampaikan salawat kepada junjungan kami,
Nabi Muhammad sallallah hu'alai wassalam, kepada keluarga,
para sahabatnya, dan juga sampaikanlah salam.Amin.

Sunday, March 15, 2009

Sekadar Peringatan dan Renungan Bersama

Pada hari jumaat lepas 13/3/09, ana pergi mendengar ceramah sempena Maulidur Rasul di kampus ana. Sementara menunggu kedatangan para panel jemputan, ana membelek-belek pamlet yang diberikan semasa pendaftaran tadi. Sedang asyik menatap aturcara majlis, tiba-tiba mata ana terbaca suatu ungkapan yang menusuk ke lubuk hati ana.

Kita jangan takut mati,
Jangan mencari mati,
Jangan lupakan mati,
Tetapi rindukan mati.
Kerana mati itu adalah pintu
Berjumpa dengan Allag SWT.
Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup,
tetapi mati adalah awal cerita sebenarnya,
maka, sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan..
Mendalam kan maksudnya?Bila terfikirkan pasal mati dan bertemu dengan Allah, terasa hina dan kerdilnya diri ini. Banyak lagi yang perlu ana dipelajari, seringkali terlintas difikiran ana dikala sendirian, 'dapatkah aku menghuni Jannah Allah swt?"
"Ramai yang sakit hidup zaman berzaman, tetapi yang segar bugar tiba-tiba meninggal, daun yang gugur kebumi, rantingnya masih lagi hijau, sedangkan ranting yang sudah kering masih lagi utuh didahan. Jadi, apakah maksud semua ini?"
Mari kita fikir-fikirkan dan renunginya..Sekian, wassalam.

Sunday, March 8, 2009

nursing day and nite

Assalamualaikum....dah lama rasanya saya tidak meluangkan masa untuk menulis di blog ni. Ntah kenapa tiba-tiba hari nie tergerak pulak hati saya nak menulis. Mungkin untuk menghilangkan kesunyian or sekadar ingin menulis kenangan terindah supaya ianya akan terus kekal di memori setiap kali saya membaca blog ini..hehe, ntah ler yang mana satu..

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kerana nursing day and night dapat berjalan dengan jayanya. Walaupun mungkin ada sedikit kekurangan tapi alhamdulillah, berkat kerjasama kawan-kawan semua, majlis ini dapat juga diteruskan. Ucapan jutaan terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada penasihat nursing day and night, para pensyarah, HICOM, exco-exco serta ajk-ajk dan para senior dan juniors yang sudi datang untuk memeriahkan lagi majlis ini..

p/s: macam mane nk masukkan gamba ni? takdapat lor...any suggestion?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...