Monday, March 17, 2014

9/10

Assalamualaikum...syukur alhamdulillah masih lagi diberi rezeki oleh allah s.w.t untuk menghirup udaraNYA serta merasai nikmat-nikmat yang lain. alhamdulillah

Dua minggu lepas baru habis baca buku chef li "Jutawan senyap" dan "aku tak nak miskin". Buku yang sangat-sangat bermotivasi serta banyak point-point yang berguna yang boleh diaplikasikan.

Apa yang menarik perhatian saya ialah tentang konsep 9/10. konsep 9/10 ini menurut sabda Rasulullah s.a.w ialah merupakan pintu-pintu rezeki. Pintu-pintu rezeki ini ialah melalui perniagaan.

Dalam perniagaan, Rasulullah adalah ikon ataupun idola yang terbaik. Sedangkan Rasulullah sendiri berniaga, maka kita sebagai orang islam sepatutnya mencontohi baginda. 9/10 sumber rezeki adalah melalui perniagaan, jadi buat apa dikejar 1/10 itu??

Kita orang melayu mudah sangat merasa selesa. Selesa dengan keadaan yang tak seberapa. Jadi ayuh sama-sama kita keluar dari zon selesa dan sama-sama meningkatkan ekonomi orang islam. Hanya melalui perniagaan saja kita boleh meningkatkan ekonomi umat islam. Rasulullah sendiri serta sahabat baginda pun berniaga..

Janganlah kita merempat dibumi sendiri. saya sangat terkesan dengan kata-kata dari chef li yang berbunyi, "datang tidak bertambah, pergi tidak berkurang, ibarat melukut ditepi gantang, merempat dibumi sendiri". Sangat dalam maknanya kalau dihayati. Realitinya memang pedih untuk diakui, tapi kenyataannya memang benar.

Tak perlu kita menuding jari mencari salah sesiapa, muhasabahlah. Muhasabah diri sendiri!!Cetus kesedaran dalam diri bahawa kita perlu bangkit, bangkit untuk meningkatkan penguasaan ekonomi umat islam.

Dengan menguasai ekonomi sahajalah kita dapat membantu rakan-rakan senegara islam yang ditindas. Ini merupakan jihad kita. Jika kita tak mampu mengangkat senjata untuk berperang menegakkan agama islam, kita berjihad untuk meningkatkan ekonomi umat islam.

Mudah-mudahan usaha kita yang tak seberapa ini dihitung oleh Allah dan dapat membantu masyarakat islam keseluruhanya. Semoga kita dapat sama-sama mengerakkan perniagaan kita walau dalam apa bidang sekalipun. Wallahu'alam.

p/s: Sebarang pertanyaan berkenaan takaful boleh hubungi saya di talian 019-427 6020 atau email arizawaty@gmail.com..khidmat rundingan adalah percuma =)

Saturday, March 8, 2014

kepuasan

assalamualaikum..alhamdulillah masih lagi boleh bernafas dan diberi peluang dan ruang untuk hidup serta mencari rezeki yang halal

Jarang-jarang sekali je dapat update blog sekarang ni..Maklumla, bila takder tenet ni, susah sikit nak updatenye.

Alhamdulillah kerja sekarang pun dah makin ok, kalau ada stress sikit-sikit tu adatla kan. kita nak puaskan hati semua orang pun susah jugak, tapi yang penting kita tahu apa yang kita buat dan kita dah buat yang terbaik.

Bersyukur jugak, bila kita dah kerja penat, ada orang menghargai. Bukan berharap sangat pun dapat pujian ataupun hadiah, tapi at least bila kita rasa dihargai tu, lagi la semangat nak buat kerja..eh ye ke??poyo je statement cik arija ni..hehe

Minggu lepas, aku kena ragut. On the way balik dari kerja dalam pukul 3pm. Biasala, perempuan bawak motor kan, jalan raya bukan sibuk mana pun, makan angin sakan la aku. Syok sgt rasa bila dibuai angin sepoi-sepoi bahasa tu. Teengah-tengah syok menikmati kesejukkan angin tu, aku terperasan aku sebuah motor follow aku, dia bawak perlahan je..terdetik dlm hati aku 'aku nk kena rompak ke?'

Lepas tu je, terus motor tersebut himpit motor aku dan ambil beg kerja dlm bakul motor. Aku jadi terkejut, tergamam, tak buat ape pon. menjerit tak, bunyikan hon moto pun tak..TErbaik la kan??haha
Siap perompak tu berhenti dekat traffic light merah main mata ngan aku lagi..kurang ajar kan..

Alhamdulillah, sume barang-barang penting aku letak dalam uniform aku.tak delah aku panic sangat coz sume benda-benda penting terselamat..alhamdulillah..barang-barang yang ada dalam beg kerja aku cuma baju hujan, botol air, pamplet etiqa n bussiness card aku. kot-kot la bila dia terbaca pamplet etiqa tu terbukak hati nak amik takaful ngan aku ke ape kan, manalah tahu..kuikui...bussiness card pon dah ade, ape lagi, call je la =) Tapi kalau tengah meragut tu, tiba-tiba accident takaful tak cover ye..sebab melibatkan kes jenayah..huhu, pikir dulu sebelum buat ape-ape dik!!!

Barang TERLAJAK LARIS pun ader..ape tu??ape lagi, dherbs la, syampu, pencuci muka dan krim. tak sempat aku nak pakai, dah kena sapu..huhu

Aku berdoa moga-moga peragut yang meragut beg aku tu, jadi makin hensem dan rambut bertambah lebat. Kalau nak cari kerja halal boleh contact aku..hehe

Bertaubatlah, harap-harap korang berpuas hati la. Aku tak mampu nak puaskan hati semua orang..

Adios!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...